Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Abang

Assalammualaikum Abang. Aku nak ngadu.. Aku nak kau. Nak nangis kat bahu kau, nak peluk kau kuat kuat abang. Kenapa walid buat aku mcm ni? Aku bukan budak budak lagi Aku dah penat lah abang.. semua aku kena ikot belah sini aku kena jaga. belah sana aku kena jaga. Hati aku sapa nak jaga? Pernah diorang tanya apa yang aku nak? Pernah diorang tanya aku okey ke tak?? Pernah ke? Tak pernah abang. Sekali pun takde. Abang. Datanglah. Aku nak kau sahaja. Aku nak kau backup aku Macam dulu.. Aku dah xde siapa siapa abang Kadang aku rasa tk guna aku hidup kalau mcm ni je jadinya dari dulu. aku penat Kau nak thu satu benda tk abang since aku rapat dengan ajrul ni.. aku rasa dia seorang je keluarga yang aku ada... sebab tu dia susah mcm mana pun aku cuba tolong. Sampai satu saat aku rasa aku xde family dekat kl or seremban tu hidup aku hanya ada abang aku si ajrul tu dengan kawan kawan aku saja...

Pertemuan

Assalammualaikum dua hari ni orang orang yang aku x sangka je aku jumpa Serius aku cakap Aku happy Siapa yang aku jumpa? okey semalam aku jumpe Ash, Firas and jihan. 3 orang budak ITP yang rapat gila dengan aku selain arwah Uzair. Awal nye subuh tu Ash msg cakap nak jumpa pagi semalam, dia gerak Ipoh dalam pukul 8 pagi.. tapi malam sebelum tu Along ade ajak gi maybank nak buat acc baru.. So qid cakap kat Ash, jumpa petang. Sebab pagi tu ingat nk teman Along. Pukul 3 pulak qid ade daftar kat kolej. Ash pon okey jeee... Ash kata dia grak je pagi, tapi die boleh je tunggu. Dia pusing Ipoh dulu katanya. Sekali pagi semalam, qid msg2 Along tak balas. Call pon tak angkat. Senyap je yang sowg tu.. Dalam pukul 11 dia senyap gak lagi, qid terus call Ash suh ambik qid. Ash awalnye pelik gak, bila qid cakap si Along tu senyap jee.. terus dia datang ambik. Ya Allah lama gila x jumpe Ash, Firas, Jihan... Ayat pertama Ash "sihat qid?" Haha aku dah jangka dah tu soalan di

Kerjasama

Assalammualaikum Semalam aku pergi tengok wayang dengan Along, Renyuk and Musyid. Cita apa aku tengok? Aku tengok cita #OlaBola Cerita yang ramai sangat suruh aku tengok And now aku tahu kenapa korang suruh aku tengok cerita ni. Satu kata yang aku masih ingat dalam cerita tu "Kita Menang Sama Sama, Kita Kalah Sama Sama" Masa salah seorang player tu sebut ayat tu, hampir menitik airmata. kim, Ajam, Ash, Mamu, Firas. Aku faham kenapa kalian beria minta aku tengok cerita ni. Semangat. Itu yang aku nampak. Matlamat. Itu yang dikejarkan. Kerjasama. Itu paling utama. Cakap pasal kerjasama, aku teringat sewaktu aku mula dilatih untuk memegang pangkat Leftenan Muda Aku ligat sangat masa tu, Aku memberontak tika itu dengan diri aku sendiri. Aku hilang arah hanya kerana aku sendiri tak memahami apa yang aku inginkan. Sampai satu masa, munculnya Tuan Saiful yang menjadi ketua melatih kami tika itu. Aku dimaki, aku dipijak, aku disepak terajang. Darah muda, siapa

Usaha

Assalammualaikum Sampai sampai je bilik tadi terus siap siap mandi Then pi makan nan Along and renyuk Balik tu terussss aku lena Penat sesangat sangat penat. Malam sebelum tu aku dah penatt sangat menangiss Menangis semahunya tika tu Lepas along suruh solat malam tu aku terus terlena. Bangun pagi tu terus siap siap gi studio pukul 10 tu. dekat studio dri 10 pagi smp 4 pagi esok tu. Penat sangat weh, aku berkeras nakk sangat siap benda ni sebelum hantar semuanya dekat remy. Duduk studio, makan minum semua hari tu Dengan ubat ubat semua aku bawak gi studio Seharian aku kat sana. Baru half yang setel. penat sangatttt.. Aku nekad, sebab aku nak projek ni berjaya kali ni Thankz kim, pklang yang always support aku apa yg aku buat Even ajam sendiri suruh aku tangguhkan tapi klo aku tangguhkan makan masa pulak untuk teruskan balik Thankz juga pada yang whatsapp tny pasal lappy yang hilang tu Aku redho dah, aku tgh cuba untuk buat backup yang lain lain tu Insya Allah se

Hampa

Assalammualaikum Diduga lagi. Allahu rabbi Ingatkan balik boleh rest Boleh tido Tapi terkedu bila masuk bilik Habis berselerak semuanya Dan satu satunye brng yg aku sayang hilang Bukan keyboard, bukan guitar Tapi laptop aku Laptop yang punya bermacam benda yang aku simpan Segala gambar, segala lagu, segala kerja aku disitu Termasuk semua video masa dekat studio FT hritu Allahhuakbar kenapa kena ambil barang aku? Kenapaaaaaaa Lagu tu akan di rakam minggu depan. Dan semua script tu akan dihantar minggu depan Kenapa kena jd sekarang???? Benda kalau melibatkan aku sahaja takpe Ni libatkan kerja FT, Kerja Remy Kerja semua team production Kenapaaa laa kena jd mcm niiiiii Baru proposal lulus minggu lepas. Tp, bila semua dah setel jd mcm ni Apa ni???? Otak ni dah cukup serabut dah dengan apa yg jd skang. Dengan yg doktor bgtahu tadi tu Lagi buat aku pening kepala Bila semua ni nak habis? Bila aku boleh duduk relax tanpa pikir apa apa Aku penat Aku penatttt sa

Hari kedua

Assalammualaikum Baru dua hari kat sini aku dah rasa bosan sebosan bosannya Nak tgk tv xde cerita best Nak tido tk boleh. Nak main phone betri dedua tengah nazak. Bosannya aku. Ikotkan malam ni aku gi pangkor dengan nad semua. Tp terpaksa cancel sebab aku masuk wad. Aku nK sgt join kowg And sory sebab aku terpaksa tipu kowg. Aku ckp kat diorang aku ade hal nan family. Hakikatnya aku kt kpj bengong ni Mmmmm Penat berangan Beli laptop nak hilangkan bosan Tapi dah beli aku kat hospital Laptop kat bilik Kenapa eh bila masuk wad je mesti syahdu Padahal dah selalu aku masuk hospital And sekarang ni tengah baring baring tetibe air mata menitik aku nak makan sup ayam yang bonda buat Makanan kat sini tak best tengahari tadi diorang bagi aku bubur. Memang aku x makan laa.. Semalam pun sama. Sudah nya tengah malam aku lapar Aduhhhh Bonda Adik rindu.

Tergamam

Assalammualaikum Apa korang rasa bila sedar dari lena, Korang tengok kedua dua tapak tangan korang jadi mcm kebiru biruan. Mcm lebam tu. Bukan sebelah. Tapi dua dua belah. Lepas tu bibir korang pun sama nak jadi mcm kebiru biruan tu Itu yang aku rasa sekarang. Aku takut. Jujur aku takut. Bila doktor explain semua. Aku terdiam.. terdiam lagi dan lagi tergamam sendiri Allahhu rabbi Aku takut sangat

CheckIn

Assalammualaikum Cuba teka aku katmane? hahaha aku dah agak dah akan tewas jugak aku takpelah.. nak buat macam mana nak mengeluh pun tak boleh dah ni bahagian aku kan? so senyum je lah qid oi Semalam, semalam semampunya aku cuba bertahan dah dapat rasa weh mesti aku akan checkin sini punya sebelum daftar bak kata Remy "cas beteri dulu b4 jadi robot" haaa gua tengah cas ahh ni remy oii Pagi semalam pergi Ar Ridzuan sebab ubat gastrik habis. plus aku kena gastrik pulakk pagi tu. Bila dah petang tu keluar dgn Ajrul and Mursyid Pusing punye pusing, kami pergi karoke. dengan Bell, Nad and Zaki sekali. Lepas jugak hajad nak karoke Balik tu lepak kedai Zaki Masa tu dah menahan je sakit ni. Ye lah last aku makan ubat pukul 7 pagi tu. Ubat 4jam sekali. Lepak sampai pukul 2. Memang padan muka aku lah kannn... Balik balik je  bilik malam tadi Mata ngantuk, tapi tak boleh tido. Pukul 3 lebih mcm tu dah start sesak nafas. Aku tahan lagi... Lepas subuh tu ak
Assalammualaikum Aku baru balik Masuk bilik Airmata mengalir Entah kenapa makin lemah Aku rindu Terlalu rindu Pada sorang insan yang dipanggil abang, yang dipanggil bonda Tadi aku round Ipoh dengan Nad. Sepanjang perjalanan tu hanya lagu2 syahdu diradio Aku kata pada Nad. Aku rindu Dan Nad tanya "SIAPA?" Aku jawab dengan airmata Jujur aku terlalu rindu Aku ajak mereka pergi karoke Dua tige tempat kami pergi, tutup. Hampa Itu yang aku rasa Aku tak leh tahan dah. Jauhh aku menung Dan satu satu wajah yg aku nampak, Bonda Aku rengek pada Along pun xguna, sebab memang semua tempat tutup. Aku nangis. bukan airmata sebab tk dapat karoke Tapi sebab aku nak lepaskan apa yang aku rasa. At least aku dgr lagu, aku tgk orang karoke. Aku nyanyi, aku boleh lupakan semuanya sebentar. Tapi takde. Jalan balik bilik pun mata dah berlinang Aku tak tahu kenapa malam ni aku rasa down sangat Aku nak semangat aku semula. Tolong Salam

Rintih

Assalammualaikum Aku balik Ampang untuk uruskan apa yang belum selesai Jujur aku katakan aku rindu walid, rindu Bonda Aku ketemu walid, tapi tidak Bonda Aku mengharapkan pulangnya kali ni dapat merasa masakan bonda. Tapi hampa Hanya angan angan aku Esok aku akan pulang ke Ipoh semula Aku kata pada hati, sabar Semua akan okey, satu hari nanti Aku akan ketemu Bonda, satu hari nanti Aku hanya perlu sabar dan terus sabar Menangis sendiri dihadapan cermin saat melihat diri Hina kah aku? Cuma inginkan Bonda. Tapi tak diberi kesempatan. Bonda, Semua ni akan berakhir,satu hari nanti Dan saat tu akan ku peluk susuk tubuh mu Cium disetiap ruang diwajah tu Aku amat merinduimu Bonda Hanya satu yang aku harapkan, doakan yang terbaik untuk diri ini Anakmu ini amat merindui kamu. Dan rindu masakan kamu. Jaga diri Bondaku sayang Salam

Mereka

Assalammualaikum hai harini macam macam aku nak story nak kata banyak takjuga. tapi aku nak bercerita apa yang jadi hari ni awal nya pagi tadi aku dapat call dari Remy dia bagi tahu proposal yang aku hantar kat sana dah lulus. syukur aku syukur sangat aku harap semua yang dirancang tentang kat sana berjalan lancar dalam sakit, aku menulis dalam sakit aku buat irama dan terus hantar ke sana dan akhirnya diluluskan tapi aku minta pada remy jangan mengguna nama BudakPEMALAS atau Si TingTong aku minta dia guna nama RS cukup nama dia aku menulis dengan hati aku menulis apa yang aku lalui sepanjang hidup aku sehingga kini dan apa yang aku bayangkan dipenghujungnya nanti dan aku harap mereka buat yang terbaik untuk projek tu aku harap sangat. Biar orang luar tahu siksanya menjadi orang yang ada ada Biar tak semua mahu menjadi orang yang ada ada Biar mereka tahu, tak ada apa itu lebih berharga Remy.. Thankz menghantar semua karya thankz menghantar semua tulisa

Dataran

Assalammualaikum Pukul 6 petang aku berada di tengah dataran Ipoh Tiada apa yang boleh aku lakukan disini Melain duduk melihat langit Melihat beribu kereta yang lalu di keliling dataran ini Melihat berbagai ragam manusia yang tiada seorang pun yang aku kenal Cukup aku duduk disini Dan merenung diri aku sendiri Untuk apa peduli pada kehidupan orang lain Sedangkan diri sendiri sedang terumbang ambing Biarkan manusia yang lain keliru dengan kehidupan mereka dan aku disini akan terus tersenyum untuk semua Tempat ini menyimpan terlalu banyak kenangan Sukar untuk aku ungkap Mungkin dulu satu satu nya tempat yang membuatkan aku tenang Adalah di Bukit Ampang Duduk disitu saat langit mula menggelap Ribuan lampu mula menyinar Membuatkan aku tenang Dan melihat bermacam macam benda Disitu juga banyak kenangan aku Tapi kini Ini tempatnya Tidak tinggi dihujung bukit seperti di ampang Hanya rumput hijau yang menyegar Saat bermacam benda berada difikiran Aku memilih untuk k

Aku kuatkan?

Assalammualaikum Abang aku kat hospital sekarang Dari petang tadi. Masuk air Tak tahan wad, tapi diorang suruh rest kat emergency Dulu sampai okey Suhu badan aku panas sangat Lepas tu aku dri pagi tadi muntah muntah Tu yang aku lemah So dowg masuk kan air Diorang nak bagi antibiotik Tapi kalau bagi antibiotik kena tahan wad dalam seminggu aku cakap kat diorang aku ada ubat makan Hkl bekalkan. Aku bawak ubat tu skali tunjuk kat dia. So dia masukkan aku air je nak bagi bertenaga balik. Aku harap suhu panas badan ni turun Penat abang Penat sangat penat nangis lagi Aku kuat kan abang? Doakan aku abang

Lali

Asalammualaikum Abang Ajam kesini mlm tadi Aku tak tahu Aku lepak dataran Tiba tiba dia msg suruh share location Aku pikir dia nak tahu aku blik ipoh ke tak Skali Dia muncul depan mata Dia datang semata mata nak marah aku Hahahaha kelakar kan? Lama aku tak kena penampar dia Lama aku tak dgr maki hamun dia Entah kenapa kali ni aku tak melawan Mungkin aku penat Malas untuk bertekak Aku tahu mereka nak yang terbaik untuk aku Cuma layanan mereka tak seperti arwah abg wan Penuh dengan kasih sayang Sampai je kat bilik, airmata menitik Aku nak msg kau abang, nak mengadu Tapi tak boleh Aku cuba msg Ajrul. tapi dia tak berapa sihat. Aku diam lagi cuba tak bercerita Abang Kalau ajam dan mereka tahu stiap apa yang aku rasa Mesti x jadi mcm ni. Mesti tade yang datang semata mata untuk mengamuk Aku pergi untuk tenang kan diri. Bukan mencari penyakit Tak salah bukan? jujur aku dah lali Dengan mereka semua dulu lagi teruk aku kena dengan kau kan sham? Lagi teruk ka

Titisan jernih

Assalammualaikum Demam lagi Lagi dan lagi Penat dan terlalu penat Bila dah okey seminggu lepas tu demam kembali Kuatkan aku Tuhan Terlalu banyak mutiara putih ni mengalir Berikan tiap titisan ini mengalir Membawa bersama segala kesakitan Aku mohon Tuhan

Bawa Kembali

Tiba satu saat terfikir untuk menyerah Mengangkat tangan tanda aku tewas Tewas dengan pencaturan dunia Melihat manusia yang datang dan pergi dari hidup Membiarkan diri terus terumbang ambing Mencari jalan hidup sendiri Sedang diri memerlukan tangan tangan yang menghulur Terima kasih pada yang menghulur tangan kosong Yang memberi satu pengajaran dalam hidup Yang mengajar pelbagai cara bagaimana menjadi susah Susah menjadi manusia anak kepada Zainal Abidin Tika diri mahu mati Di biar tinggal sendiri membiarkan luka dan segala darah terus mengalir luka ini bakal busuk dan aku bakal terus pergi Pergi bertemu kekasih atau teman yang paling setia mendengar segala keluhan aku Mendengar segala rintihan aku Yang tidak pernah meninggalkan aku walau sesaat Yang tidak pernah alpa pada aku walau sesaat Yang sering memberi aku kekuatan saat diri terus Lalai dengan segala perintah nya Ya aku yang alpa Aku yang leka Aku yang membuang dia suatu ketika dulu Tuhan bawa aku kem

Gastrik

Assalammualaikum Lama aku tak kena gastrik teruk mcm ni Sakit yang teramat sangat Abang Aku baru teringat yang aku last makan Malam yang aku keluar nan ajrul and renyuk tu Hari selasa Aku makan beger Lepas tu ssmpai harini aku tak makan apa dah Hilang selera makan ni buatkan aku makin lemah abang Even ada dekat lumut ni pun aku tak makan apa Dulu kalau kesini, aku suka makan tomyam Makan satay Tapi kali ni tak abang Malam tadi badan aku start sakit Sakit sangat sampai aku nak duduk pun tak boleh Mungkin sebab aku terlalu penat Aku baring saja satu malam Dan pagi ni aku kena gastrik teruk pulakk leps subuh tadi aku dah rasa tak sedap je perut ni Sakit abang Bila dh kul 7 lebih aku dah start muntah2 Aku nak kuar pergi beli susu. Tapi aku sendiri tak larat nak drive nak tidur pun mata taknak lelap sebab terlalu sakit sekarang ni baru lega sikit. Tapi sakit tu masih ada. Tiga hari di lumut ni buat aku rasa mcm mcm abang Sendiri menanggung segala kesakitan Aku

Sakit

Assalammualaikum Jam 3.17 pagi Duduk Sendiri Diruang kecil Dan masih menangis Saat bersujud bertemu pencipta Diri tak mampu untuk bangkit Dan hanya terus terbaring Menahan segala kesakitan Minta pada Tuhan Ringankan sakit ini Terlalu sakit Allahurabbi

Perempuan Rapuh

Dia Dia selalu tersenyum Sehabis manis dia cuba menguntum senyuman Senyuman yang menyimpan seribu satu rahsia Dia selalu tertawa Sebisa mungkin dia tertawa umpama tiada apa Sebisa mungkin dia mengikut cerita dunia Hari ini sahaja dia mampu gembira Dia sering berpura tabah Agar tak siapa tahu dia lemah Dia mahu mereka tahu dia tidak lemah Dia sering berlakon gagah Agar tak siapa tahu dia lelah Dia mahu mereka tahu dia tidak lelah Namun di sebalik semua itu dia sedang menyimpan selautan resah segunung kekeliruan Selangit kesakitan Jiwanya juga pecahhh Seperti serpihan kaca Seperti butiran pasir dipantai Seperti deraian hujan yang kita taktahu Berapa jumlahnya Dia tahu Tidak mudah untuk dicantum semula Tidak mudah untuk menyambung semua Apatah lagi untuk menjait tiap satu darinya Malah, menampalnya juga mengambil masa Masa yang tiada siapa bisa tentukan Berapa waktu yang diperlukan Tetapi ada satu hal Yang buat dia terus bertahan Bertahan untuk terus ber

Lemah

Assalammualaikum Abang aku sakit abang sakit sangat malam ni. dari pukul 12 lebih tadi sampai skrang masih terasa aku nangis menahan sakit sampai tertido aku sedar, sakit tu masih ada. aku tak kuat abang. jujur aku tak kuat. aku tak tahu nak mengadu kat siapa aku call remy tadi. remy marah aku nangis. dia kata nanti aku makin lemah. makin sakit. entah lah abg dada aku sakitt sangat. Awalnye pukul 8 tu dah start sakit. dlm pukul 10 tu aku nak kuar mkn ngan Ajrul and renyuk aku makan ubat da so kurang sikit sakit.. Makan makan semua.. Aku masih mampu tahan, aku mampu senyum. sampai satu saat tu dada aku sakit sangat aku diam. then Ajrul ajak balik. sebab die pun tak berapa sihat.. masuk je dalam keta, aku pegang je dada aku. sakit abang. sakit sangat. aku diam je kat belakang. bila sampai, aku pikir aku boleh turun. tapi aku x mampu. aku suh dowg tunggu kejap. tapi aku segan. last last aku bangun kuar dari kereta aku duduk dekat tangga tu dulu. lama

Rapuh

Assalammualaikum Mengadu pada siapa pun tak siapa bakal fahami Menangis sendiri menanggung segala yang dirasai Hampir tiap malam begini. Terduduk sendiri menahan sakit Allahu Kuatkan aku Ya Allah Terlalu sakit apa yang dirasai. Terlalu berat yang aku tanggung sekarang ni. Aku terfikir, esok aku nak balik dah, aku tak mahu kelihatan sakit depan orang. Mcm mana harus aku lalui malam malam seterusnya? Doakan aku kuat. Aku kena kuat. Aku harus kuat untuk teguh depan semua orang. Tuhan. kurang kan sakit ini aku tak mampu. Terasa diri sangat rapuh tika ini. Menangis sendiri. Aku mohon tuhan. Kuatkan diri ini. Aku ingin terus teguh. Salam