Skip to main content

Rintih

Assalammualaikum

Aku balik Ampang untuk uruskan apa yang belum selesai
Jujur aku katakan aku rindu walid, rindu Bonda
Aku ketemu walid, tapi tidak Bonda
Aku mengharapkan pulangnya kali ni dapat merasa
masakan bonda.
Tapi hampa
Hanya angan angan aku
Esok aku akan pulang ke Ipoh semula
Aku kata pada hati, sabar
Semua akan okey, satu hari nanti
Aku akan ketemu Bonda, satu hari nanti
Aku hanya perlu sabar dan terus sabar
Menangis sendiri dihadapan cermin saat melihat diri
Hina kah aku?
Cuma inginkan Bonda.
Tapi tak diberi kesempatan.
Bonda,
Semua ni akan berakhir,satu hari nanti
Dan saat tu akan ku peluk susuk tubuh mu
Cium disetiap ruang diwajah tu
Aku amat merinduimu Bonda
Hanya satu yang aku harapkan, doakan yang terbaik untuk diri ini
Anakmu ini amat merindui kamu.
Dan rindu masakan kamu.
Jaga diri Bondaku sayang

Salam

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen:Pengorbanan Seorang Guru

*mengisi ruang sunyi aku Setelah dimarah dan dipukul oleh abang,Aqid terus pergi ke bandar Seremban untuk berjumpa dengan kawan-kawannya.Ini kali pertama abang memukul dia.Dia merasakan dirinya tercabar setelah dipukul oleh abang.Aqid Amsyar adalah seorang pelajar perempuan yang menuntut di sebuah sekolah di Seremban.Aqid atau nama sebenarnya Siti Zuraidah telah mengubah identiti dirinya sejak berumur 12 tahun.Aqid merupakan anak bongsu dari 2 adik-beradik.Nama Siti Zuraidah Zainal telah ditukar sendiri menjadi Aqid Amsyar Zainal.Nama,diri dan percakapannya juga ditukar seperti seorang lelaki. "Zuraidah telah merokok didalam tandas sekolah pada waktu rehat tadi!!" kata-kata Cikgu Bob iaitu GPK HEM sekolah masih terngiang-ngiang di telinga abang.Kata-kata itu juga yang menyebabkan dia memukul adiknya sendiri menggunakan getah paip.Hal itu telah menyebabkan Aqid tidak pulang ke rumah sehingga larut malam.Jauh disudut hati abang,dia kesian melihat tangan dan kaki Aqid berb

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hingga kini

LEKA

Manusia takkan pernah puas Biar apa keinginan, walau besar mana dah digapai. Tetap, Tidak puas. Kau lupa matlamat hidup sebenarnya. Bukan untuk kaya, bukan untuk bergaya. Tapi untuk hidup yang selamanya.