Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

27 Januari 2018. Terima Kasih

Assalammualaikum. Mungkin saat ni aku masih lena dibuai mimpi. Atau mungkin aku sudah tak ada dalam dunia ni. Aku sendiri tidak pasti. 27 Januari. Aku menulis untuk mengucapkan ucapan tahniah buat Abang2 aku yang perform di singapore pada 26 Januari. Terima kasih juga kerana bawa semua lagu lagu tu. Terima kasih sangat. Aku tak pernah menyesal berkerja dengan kalian. Aku tak pernah menyesal memberi karya pada kalian. Aku tahu, kalian takkan tikam belakang. Aku tahu, kalian ikhlas bantu aku. Terima kasih Ajam. Terima kasih untuk semua benda. Kalau tika ini aku masih lena. Kau tolong jalani hidup kau seperti biasa. Jangan dimanjakan aku. Biar aku lena sendiri. Jika aku dah pergi buat selamanya. Tolong halalkan semua benda. Dan jangan ratapi apa yang jadi. Kau abg yang terbaik. Kau jaga aku tanpa ada cela. Kau jaga aku elok, kau pun dah puas jaga aku kan? Terima kasih Ajam.. Along. Sihat? Aku tak tau keadaan apa aku masa 27 januari ni. Jika aku tidur terl

Happy Birthday Ajrul Ameel

Happy Birthday along. Mungkin semasa kmo baca ni aku masih lena. Atau aku tak tahu apa dah jadi pada aku. Maaf sejak perkenalan kita tak pernah sekali aku datang menyambut hari kelahiran kamu. Maafkan aku. Aku harap kmu sentiasa bahagia dengan insan insan yang kamu sayang. Semperna befday kmo aku tahu bukan aku yang patut meminta. Tapi. Ketika kamu baca posting ni. Aku nak minta kamu supaya jaga diri kamu sebaiknya. Aku mungkin takkan ada dalam hidup kamu seperti dulu. Aku dengan kamu dah jadi kenangan. Kenangan yang aku akan simpan. Tapi. Kamu kena tahu, kamu selamanya abang aku, along aku. Dan aku tetap ingin jadi adik kamu selamanya. Terima kasih pernah berkongsi kasih sebagai abang aku. Aku hargai Aku sayang kamu.

Jika Tuhan ambil aku

Aku tak tahu apa bakal jdi esok lusa. Aku tkthu sama ada aku msih bernafas atau tidak. Jika aku tiada lagi Aku mohon maaf pada semua. Aku mohon maaf kerana tk menjadi Anak yang baik, adik yang baik, kawan yang baik. Maafkan aku. Aku tak sebaik manusia lain. Aku tk sehebat manusia lain Jika tuhan ambil aku esok. Redho. Itu sahaja yang aku minta. Sebab aku dah lama redho dengan apa yang aku tanggung. Korang pun kena redho. Jangan titis kan air mata kerana aku. Kerana aku bukan siapa siapa. Kerana aku bukan manusia yang baik yang wujud dalam hidup korang. Terus jalani hidup seperti biasa. Terima kasih pada siapa yang pernah ada. Korang tahu siapa korang. Maafkan aku kerana tidak terus bertahan.

Aku bakal pergi nanti

Assalammualaikum. Sedang semua menanam azam untuk tahun 2018. Aku terpandang diri sendiri. Semoga aku kuat. Tak banyak masa yang ada. Moga aku hargai setiap masa ada. Cuma aku niat. Aku tak mahu mengadu apa apa pada orang lagi. Penat dah buat orang risau. Orang tahu, tahu lah. Orang tak tahu, aku diam. Memang kadang masuk ke sini mengadu aku sendiri. Tapi, dari dulu sampai sekarang sini sahaja tempat aku berkata Yang tak siapa bakal pertikaikan. Jadi biar aku sendiri. Bawa diri? Ye aku bawak diri. Membiarkan orang sekeliling aku biar hidup tanpa aku Suatu hari nanti mereka akan rasa ketiadaan aku. Aku bakal pergi pergi jumpa kembali abang abang aku, atok nenek aku. Mungkin disana kebahagiaannya lebih. Aku tak rasa kasih disini. Tapi mungkin Allah nak bagi tika disana. Tika aku dapat ketemu dengan abang. Sesungguhnya aku sangat rindu dengan keluarga aku sendiri.

Lelah

Assalammualaikum Hari ni sedaya upaya sembunyikan apa yang dirasa. Senyum depan semua orang yang datang untuk melawat. Hari ni Ajam balik dan dia dah tahu semua yang doktor cakap pada aku semalam. Ajam jarang cakap dekat aku dia sayang aku, Ajam tak pernah menangis depan aku. Tapi hari ni. Airmata dia jatuh. Awalnya aku tak tahu dia pergi jumpa doktor. Dia masuk wad, dia tenung je aku Aku tanya kenapa? Dia senyum dengan airmata. Allahhu. Maafkan aku sebab buat kau risau. Dan tiba tiba dia cakap, kau kena kuat tau, aku tak ready. tu je dia cakap. Aku sejujurnya tak tahu nak respon apa. Sejujur nya aku tak tahu nak lagak mcm mana lagi. Aku tak tahu. Yang aku cakap, doakan aku. Tu je. Terlalu banyak yang kau hadap bro Memikul tanggungjawab menjaga aku bukan satu benda yang mudah dengan kos rawatan aku, dengan keadaan aku tk menentu. dengan degil aku. aku tahu semua tu tak mudah. Lagi sakit bila kau sendiri kena hadap semua benda, kawan kawan aku, orang se