Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

Takut

Assalammualaikum Abang. Tak tahu laa apa aku rasa ni. Kosong. Kosong sangat abang. Aku tkthu apa aku fikir ni. Esok ajam nak dtg sini. Dan aku risau, risau dia thu semua benda. Dan dia akan mula sekat aky Dia akan halang semua aktiviti aku. Aku takut abang. Even aku byk kuar dengan nad akhir akhir ni Tapi bila aku dh penat, aku rest je. Aku makan je ubat. Aku harap sangat abang, ajam x halang aku apa2 Aku tknak Nanti aku msti bosan gila kt umah Tak de kwn, tkleh melepak. Kau thu kot aku mcm mne kan abang. Harap2 ajam fikir dlu b4 dia nk wat pape pun keputusan esok. Harap sangat. Salam

rebah

Kerena nekad, aku pergi Aku redah hujan. Aku abaikan semua benda semua orang. Tengah malam skali pun aku pergi. Dan aku keliru apa yang aku cari sebenarnya? apa yang aku nak? Allahu rabbi kenapa aku mcm ni skang? kenapa perasaan tu dtg skang? kenapa? aku xnak rasa ni skang aku tknak fikir aku tknk nangis lagi kuatkan aku tuhan. aku mohon

Kapten ke kelaut

Assalammualaikum. Abang, Aku story satu benda. Semalam aku gi tapah. Konon nyaa nak buat latihan serap masuk balik. Aku gi tu aku x gi thu ajam pon. Aku thu klo akubagi thu tkde makne nyaaa dia nak bagi. Tapi. Aku bagi tahu along dengan syid. Manusia dua ketoi tu kasiii je. Memula aku mcm takut gk nak bagi tahu sebb tkut marah ke apa kann. Skali along okey jee. So aku ingt ni mcm petanda baik laa. hihi Skaliiiii. Pergi2 aku gagal ujian latihan tuuu. Hahaahaa balik2 aku mengekek gelakk wehhhh. Pergi sana dowg ambik. Sampai2 masuk baris semua okey lagi. Tri menembak okey lagii. Dada tak sakit sangat lagi. Tapi masuk latih diri. Hahahah tu yang terduduk aku sakit tuuu... Berlariiii memula okeyyy. Start angkat balak tgk. Hahaahaha mane tk terduduk aku. Sakit gila dada. Last2 kena ketepi. Bawak aku gi medic. Tuan yang tlg aku tk boleh nak ckp apa lahhh. Sampai dowg sume dtg medic tanya okey tk. Tanya ape kes blh gagal. hahahahaha dan aku?? Gelakk jee laaa.

Suatu Hari

Tiba satu hari, kita tak lagi punya waktu begini, saling menatap sesama sendiri, saling melakar segala memori. Akan datang suatu hari, aku akan melangkah pergi, dari dunia yang indah ini, dan kembali bertemu Illahi. Jika mahu menangis, gugurkan air matamu hari ini, kerna nanti, aku cuma mahu doa dari kamu, yang mengiringi aku. Saat aku tiada lagi, jangan kau lemah sendiri, teruskan langkah jangan berhenti, Tuhan ada untuk kamu luahkan lelah dihati. Dan kita, Moga moga bertemu lagi Di Syurga abadi. Assalammualaikum. Mimpi tu buat aku menulis. Dan sehingga kini, aku masih takut. Puas menyendiri. Tapi aku tak mampu. Dan aku tahu aku tak boleh terus begini. Kuatlah wahai diri. Salam

Roy

Assalammualaikum Tadi aku bukak fb tiba2 ade notification pasal apa yang jadi hari ni. Means apa yang aku update. Dan aku ternampak nama Sofian Al-Hadi. Siapa yang follow blog ni dri dulu. Mungkin tahu dan kenal siapa dia. Aku panggil dia pian dalam ni. Pian meninggal masa bulan puasa. Time aku trial SPM. Sejak pian meninggal yang membuatkan aku makin rapat dengan Roy masa tu. Ingat Roy? Roy kauselor sekolah aku. Dekat luar aku panggil dia walid jugak. Dalam ni aku panggil dia Roy. Roy orang yang bertanggungjawab uruskan jenazah pian masa tu. Sebab pian xde siapa masa tu. Roy lah orang yang ambik jenazah pian, uruskan segalanya sampai laa pian dikebumikan. Masa tu aku tengah bengang dengan Roy sebab dia komplot nan arwah abang pasal apatah. Aku tak ingat.. Tapi masa pian disah kan meninggal. Aku, ajam and mirul x tahu mcm mane nak uruskan dia masa tu. Dan dekat kepala aku hanya fikir Roy. Nasib roy ada. Masa tu ajam tak mcm skang ni. Dia tak yakin dia blh urus

Aku

Buat kau dan kau, cuba letak diri kau diposisi aku, sebelum kau mahu tafsir, aku ni seperti apa orangnya. Susah aku, kau tak pernah rasa, jatuh aku, kau hanya pandang sipi mata. Kadang senyum aku, bukan ertinya bahagia, juga tangis aku, bukan tentu tentang kecewa. Hidup aku, cuma aku yang bisa rasa, perit lelahnya seperti apa. Jadi buat kau dan kau, jangan sesekali tafsir aku, tanpa tahu, bagaimana rentetan ceritanya -aku.

Lemah atau Rapuh?

Ada seorang perempuan, cuba bertahan dengan perasaan, pura pura kuat meski diri sudah tenat, tetap ukir senyuman walau hati, terhenyak lumat.. Disebalik senyuman itu, dia menyimpan selautan resah, jiwanya sudah pecah, berkecai seperti serpihan serpihan kaca, tidak mudah untuk dicantum semula, apatah lagi menjait tiap satu satu darinya, menampalnya juga mengambil masa, sehingga tiada siapa bisa menentukan berapa waktu yang dibutuhkan. Dia berpura tabah, agar mereka tahu dia tidak lemah. Dia berlakon gagah, agar mereka tahu dia tidak lelah. Airmata umpama teman rapat, sering terbasah dalam hujan lebat, hingga jiwanya terbunuh hebat, langit yang berwarna, cuma dilihatnya GELAP. Perlahan dia belajar bangkit, bangkit menghadap dunia, dunia yang dia rasa cuma ada perit bangkit tanpa peduli sakit yang memerit dia kembali melihat cerahnya sang langit. Tersedar dia dari penjara mimpi, luka lama mula kering sendiri, ulas senyuman terukis sekali lagi, dan kini
Sakit abang. Sakitttt sangat. Sepanjang atas moto nak balik tadi aku sebak gilaaa Aku nak kau abang Aku nak bondaaa tlg laa abang. Aku tak kuat dahhh.. Kenapaaa aku kena tnggung semua ni Sakitttt sangat abangggg. kenapaa tiap kali buat semua benda nii aku sorang sorang kenapaaaa!!!! Aku tak kuat dahhh, tlg laaaaa Ajam janji lainnn Tapi dia buat lainnn kenapa buat aku mcm ni... Aku taknak rasa bendaaa ni lg tolong laaaaaaa Aku penat tahu tak sedih mcm niii Aku penat thu tk ingt keluarga time time aku rasa mcm niii Akuuu penat korang tahu takkkkkk!!!!!!!!!

Balik lah Abang.

Assalammualaikum Abangg, Aku nangis sekarang abang. Tadi aku jumpa along dengan syid. Nak keluar makan. Aku excited gila, Sebab aku lapar. Lepas tu. Along datang datang tanya bila operate. Aku terkedu la. Aku tak bagi tahu siapa siapa Aku diam je la. sampai laa gi makan. Gi umah member, aku diam je. Bila dorang tanya aku tak tahu nak jawab apa abang. Aku hanya mampu nangis dalam hati depan dorang. Lepas dorang pergi, Aku tak tahu kenapa aku masih nangis. Banyak benda abang, banyak benda aku nak cakap. Tapi. Aku tak mampu nak cakap. Aku hargai dorang semua care pasal aku. Tapiiii. Aku nak dorang tahu apa aku rasa. Apa ada dalam hati aku. apa ada dalam otak aku. aku tak mampu abang. aku takut. aku takut sangat. kau faham kan abang. Setiap kali nak buat benda benda macam ni aku ambik masa nak decide sebab apa? Sebab aku takut. Aku takut, aku fikir macam2. Siapa nak jaga aku. Klau buat tu, aku dah balik rumah, mcm mane? Aku sorang abang. Aku takde ak

blank

Asalammualaikum. Banyak benda nak cakap. Tp.. Hahaha aku bukak posting nye page je. Aku tenung, and aku blank. Entah laa. Apa yang patut aku cakap pun aku tk thu. Mungkin dah tk payah pikir pasal enjoy. Dah puas enjoy kan? Mungkin kena rehat bbtl kot. Hmm Mungkin lahhh. Entah la. Aku mengarut apa pun aku tkthu ni. Tak thu mcm mane aku nak cakap Yg aku fikir. Aku nak sihat. Cepat. Tu je Salam

happyyyy

Assalammualaikum. Aku skang kt ttdi. Sumpah rindu gila tempat ni. Kol 1130 kang aku dah nak naik bus balik Ipoh. And esok aku dh nak start treatment balik. Doakan aku k. Sepanjang 5 hari ni aku happy je. Even ade kne gi hsptal hritu. Tp aku happy gila. Sebab apa? Sebab sume yg aku nak buat. Semua aku dpt. Termasuklah ziarah kubur abg wan, alang and abg sham. Even kubur diorang jauh2. Tp aku dpt gakk pergi. Terima kasih badan sebab bg kerja sama. Moga kau terus kuat untuk treatment ni nti. Guys, doakan aku k? Aku kuat kannn? Salam

sorry abang

Assalammualaikum Abang, Tak  sempat  aku nak  pi ziarah rumah kekal kamu hari  ni Pagi  semalam dalam  pukul 3pagi  mcm  tu Tibe  tibe aku sesak nafas. Then tak  pepasal aku gi  hospital kem  terendak. Pakai  oksigen sume. Masuk air. Sampai lah  pukul 4 ptg tdi. Dalam pukul 5 lebih mcm  tu  bru  aku gerak balik chalet balik tadi. Aku fikir klo  aku balik seremban gak tdi Kol  brp  plak aku nak  smp  melaka balik malam nti. Tak  pepasal nti gi  hospital  lak  lagi. Hmmm Takpe la abang. Aku otw nak  balik kl  nti aku singgah rumah  kekal kmo k. Aku akan singgah jugak. Lepas ni  tk thu lg  bila aku boleh  jalan jauh macam  ni. Doakan aku x  sakit mcm  semalam lg  k abang. Aku  ade esok je untuk  relax mcm  ni. Ahad pg  aku nak  balik  kl  dah. Bus  aku balik  ipoh  ahad  malam. Isnin  tu plak  aku  ade treatment . K  lah  abang. Doakan  aku k. Sayang kau. Salam.

happy

Assalammualaikum. Abang. Aku kt melaka ni, Semalam aku gi lawat kubur abang wan. And skng aku bermalam dekat chalet area pengkalan balak. Bulan malam ni lawa abang. Aku happy sgt skang ni. Lama dah aku idam nak tgk bulan tepi pantai mcm ni. Aku tahu lepas ni aku akan rindu semua moment ni. Abang. Insya Allah kalau umur panjang. Esok aku akan balik seremban kejap Lawat rumah kekal kau abang. Kau tunggu aku k. Ade mcm2 benda aku nak cerita. Aku sayang kau abang. Sayang sangat. Kau tahu semua benda yg aku alami Tanpa aku bagi tahu kau kan? Kau nampak aku kan abg? Tunggu aku k Salam

Brother.

Assalammualaikum. Tadi aku pergi hospital. And aku jumpa doktor yg sama aku jumpe masa hari isnin hari tu. Check punya check. Dia tanya aku lagi macam mane; And aku jawab aku tak fikir lagi. Aku terus terang kat dia, aku cakap aku x ready lagi nak teruskan. Sebab treatment first ni hari ni yang last. Baruu je habis. Doktor tu pun bagi laa time lagi. Dia kata minggu depan datang check and masa tu tengok result balik and aku kne buat keputusan. Cakap pasal benda ni, dri aku tak nak bagi tahu siapa siapa last2 along tahu, syid tahu, ajam tahu and nad pun tahu. Aku hanya bagi tahu along. Dan along cakap, Ajam tahu dari doktor sendiri. Sebab hari selasa tu ajam gi hospital. Syid? Klo dah along nan Ajam tahu, sah sah laa syid pun tahu. Hari tu masa along dah tahu dia cakp macam2. dia minta aku fikir bebetul. Dia kata jangan sampai salah buat keputusan. Dia kata klo dh decide bincang dengan ajam. Klo ajam x setujuk, dia suh slow talk nan ajam. Hahahaha nan ajam nak