Skip to main content

Kerjasama

Assalammualaikum

Semalam aku pergi tengok wayang dengan Along, Renyuk and Musyid.
Cita apa aku tengok?
Aku tengok cita #OlaBola
Cerita yang ramai sangat suruh aku tengok
And now aku tahu kenapa korang suruh aku tengok cerita ni.
Satu kata yang aku masih ingat dalam cerita tu "Kita Menang Sama Sama, Kita Kalah Sama Sama"
Masa salah seorang player tu sebut ayat tu, hampir menitik airmata.
kim, Ajam, Ash, Mamu, Firas.
Aku faham kenapa kalian beria minta aku tengok cerita ni.
Semangat.
Itu yang aku nampak.
Matlamat.
Itu yang dikejarkan.
Kerjasama.
Itu paling utama.

Cakap pasal kerjasama, aku teringat sewaktu aku mula dilatih
untuk memegang pangkat Leftenan Muda
Aku ligat sangat masa tu,
Aku memberontak tika itu dengan diri aku sendiri.
Aku hilang arah hanya kerana aku sendiri tak memahami apa yang aku inginkan.
Sampai satu masa, munculnya Tuan Saiful yang menjadi ketua melatih kami tika itu.
Aku dimaki, aku dipijak, aku disepak terajang.
Darah muda, siapa tak memberontak diperlakukan begitu?
Aku tak mampu melawan tuan aku sendiri tika itu.
Kemarahan aku, aku lepaskan pada yang lain.
Dan satu hari , aku dipanggil, bukan komander madia, atau komander ismail yang memanggil aku.
Tapi tuan saiful.
satu satu nya tuan yang menyedarkan aku.
Tentang kehidupan.
Tentang kepayahan hidup.
tentang makna kerjasama.
Dan tentang pengorbanan.
Bayangkan.
Saat itu aku baru berusia 18tahun.
Baran aku masih ada tika itu.
Tapi, sebaran mana pun aku tika itu, airmata aku gugur juga mendengar segala yang diberitahu oleh Tuan Saiful.
dan sejak dari itu, aku mula dididik untuk menjadi seorang yang lebih bertanggung jawab,
yang tahu erti kerjasama, yang tahu erti bertolak ansur
Dan yang pasti yang tahu matlamat diri sendiri.
Tuan Saiful. Terima kasih untuk semua.
walau tika ini hanya leftenan muda, tapi aku tahu tuan bangga dengan itu.
aku masih di Arau. Dan masih mencuba untuk naikkan pangkat ini hingga yang aku harapkan.
Moga aku cepat sembuh. Dan mula melakukan segalanya semula.
disebabkan itu juga, di Arau aku dijadikan salah seorang stap yang diberi kebenaran untuk menegur siapa sahaja rotu yang ada.
pengalaman aku dijadikan sebagai motivasi untuk mereka.
Kadang kala, aku melihat diri aku sendiri pada mereka.
Diri aku yang terumbang ambing suatu ketika dulu.
Yang tk mengenal erti kerjasama, yang angkuh, yang ego pentingkan diri sendiri.
Allahuakbar.
Aku rindu uitm Arau. Aku rindu padang kawad.
Aku rindu mendaki gunung. Aku rindu masuk hutan.
Aku rindu semuanya.
Moga aku kembali sembuh dengan cepat, dan dapat meneruskan rutin aku selama 3 tiga thun kebelakangan ini...

Salam

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.