Skip to main content

CheckIn

Assalammualaikum

Cuba teka aku katmane?
hahaha aku dah agak dah akan tewas jugak aku
takpelah..
nak buat macam mana
nak mengeluh pun tak boleh
dah ni bahagian aku kan?
so senyum je lah qid oi

Semalam,
semalam semampunya aku cuba bertahan
dah dapat rasa weh
mesti aku akan checkin sini punya sebelum daftar
bak kata Remy "cas beteri dulu b4 jadi robot"
haaa gua tengah cas ahh ni remy oii
Pagi semalam pergi Ar Ridzuan sebab ubat gastrik habis.
plus aku kena gastrik pulakk pagi tu.
Bila dah petang tu keluar dgn Ajrul and Mursyid
Pusing punye pusing, kami pergi karoke.
dengan Bell, Nad and Zaki sekali.
Lepas jugak hajad nak karoke
Balik tu lepak kedai Zaki
Masa tu dah menahan je sakit ni.
Ye lah last aku makan ubat pukul 7 pagi tu.
Ubat 4jam sekali.
Lepak sampai pukul 2.
Memang padan muka aku lah kannn...
Balik balik je  bilik malam tadi
Mata ngantuk, tapi tak boleh tido.
Pukul 3 lebih mcm tu dah start sesak nafas.
Aku tahan lagi...
Lepas subuh tu aku dah tak boleh nak tahan dah.
Dada ni macam kena himpit dengan batu besar
Susah gila aku nak bernafas
Dengan dah berpeluh peluh satu badan
Nak baring tak boleh, nak duduk lagi tak boleh.
Aku bukan boleh duduk lama.
Last2 dalam pukul 7 aku call teksi terus pergi KPJ..
Oksigen dekat jantung aku kurang.
Sebab tu tahan jugak kali ni
Dowg takut apa apa jadi kalau aku balik.
Masa dowg kata aku kena warded gak, aku gelak.
Sampai ada staff nurse tu pelik.
Aku tak pasti aku gelak sedih atau aku gelak sebab benda aku dah jangka
Semalam sebelum balik aku sempat sembang dengan Mursyid
Aku tanya dulu dia kena ada tak tak boleh tido, ssak nafas, muntah2 semua
Dia kata memang susah nak tido, sesak nafas memang ada lagi2 kalo baring...
Tapi dia tak muntah2...
Aku ni?
Boleh dikatakan tiap malam aku muntah darah
aku pun tak tahu nak kata apa dah.
sekarang ni yang aku harap aku dapat kuar b4 daftar.
kat KPJ ni pun dowg just bagi oksigen sahaja.
aku tak pasti lah sama ada semua hospital dah tak tahu nak bg aku ubat ke apa...
Cuba lihat balik, aku punye masalah tulang belakang tu sampai sekarng masih bergantung ubat tahan sakit
sama macam jantung, ubat tahan sakit dengan ubat bawah lidah tu je dowg bagi
ubat bawah lidah tu aku kena makan time sakit yang terlampau sangat...
tapi aku rasa dalam minggu ni je dh 3-4 kali aku ambik ubat tu.
dah laa ubat tu dalam botol kicik je, followup nan doktor kat IJN dah laa bulan 3.
mmmm takut tak sempat je.
Doktor ada cakap tadi masa dia check pukul 9,
dia marah sebab dia kata aku ni asyik stress..
banyak pikir smua tu.. benda2 tu boleh buat aku sakit.
aku cakap kat dia, manusia mana tak berfikir doktor...
lagi2 yang selalu tak berapa nak sihat ni..
sah sah laa banyak benda aku nak kena pikir..
betul tak?
aku bukan budak2 kicik yang tak perlu pikir apa..
dulu yelah aku kicik lagi takde benda aku nak pikir.
sekarang? pikir pasal syarikat lah, pasal duit belanja aku kat sini lah, pikir pasal kolej, family
aihhhh mcm macam laaa...
senang cita. kalau aku duduk ramai2 pun aku masih berfikir.
terlalu banyak benda yang tak setel lagi.

Aku sengaja tak beritahu Ajam and yang lain2..
Aku malas nak mengganggu.
Just remy saja tahu.
Kalau kowg tahu dari blog ni, jgn marah aku k.
Mcm aku cakap tadi, aku taknak ganggu kalian.
Cukup selama ni kalian susah sebab aku
Apa apa pun aku harap kalian doakan yang terbaik buat aku.
Doakan aku cepat keluar dari sini
and teruskn hidup macam orang biasa.
sebab aku terlalu rindu untuk menjadi seperti orang biasa.

Salam

Comments

Popular posts from this blog

Bawa Kembali

Tiba satu saat terfikir untuk menyerah Mengangkat tangan tanda aku tewas Tewas dengan pencaturan dunia Melihat manusia yang datang dan pergi dari hidup Membiarkan diri terus terumbang ambing Mencari jalan hidup sendiri Sedang diri memerlukan tangan tangan yang menghulur Terima kasih pada yang menghulur tangan kosong Yang memberi satu pengajaran dalam hidup Yang mengajar pelbagai cara bagaimana menjadi susah Susah menjadi manusia anak kepada Zainal Abidin Tika diri mahu mati Di biar tinggal sendiri membiarkan luka dan segala darah terus mengalir luka ini bakal busuk dan aku bakal terus pergi Pergi bertemu kekasih atau teman yang paling setia mendengar segala keluhan aku Mendengar segala rintihan aku Yang tidak pernah meninggalkan aku walau sesaat Yang tidak pernah alpa pada aku walau sesaat Yang sering memberi aku kekuatan saat diri terus Lalai dengan segala perintah nya Ya aku yang alpa Aku yang leka Aku yang membuang dia suatu ketika dulu Tuhan bawa aku kem...

Alhamdulillah!

Assalammualaikum esya! heyy!! semua nye dh berjln ngan lancar..alhamdulillah! esya...qid happy sgt skng!... sbb org yg slalu ngan qid..yg slalu support qid setia tunggu qid kat sni.. sedar2 jeee qid..dowg ade depan mate qid pagi tdi.. qid thu knp jasad qid ni bertenaga sgt! mungkin sbb dowg ade depan qid support qid kott tuh yg memberi semangat buat qid... thankz mama,ayah...abg..sis and ira dan remy!! aku syg kowg sgt2... even kowg marah aku..even kowg benci aku... kowg masih ade kat sni blerr dgr sesuatu jadi kat aku kannn.. thankz kawan! tq so muchhh!!! semalam qid masuk bilik azap uhh tepat pukul 10 malm... ikot kannn masuk awal dlm pkul 7 lebih..tapi th mcm mane bleh tekanan drh tinggi and sesak nafas... qid tk thu knp! and last2 pk cu bg ubt tido then qid tido! dowg kte qid masuk pkul 10 kuar dlm pkul 12 lebih... pak cu sendiri ckp mcm ni " tk thu knp kli ni kau blh sedar awal.dan thu knp smlm semua nye berlaku cepat.kau pun nampak mcm xde pape.....
Assalammualaikum. Aku baru dapat call dari akak aku, Anak buah aku sekrang ada dekat hopital. Mungkin masalah jantung. Baby tu baru berusia tak sampai sebulan. To Nurul Ellydieyah Zara. Acu doakan awak cepat sembuh okey sayang. Acu dah pernah rasa apa yang awak rasa. Awak kena kuatkan je diri awak Percaya cakap Acu. Kalau awak kuat, awak boleh rasa semua apa yang acu dah rasa. Klo awak kuat, awak dh bsr nnti awak boleh buat apa sahaja yang awak nak. Kuat k sayang. Abang, Petang ni nanti aku nak gi kpj, Mybe aku kne stay situ kot kejap. Sebab nak masuk ubat. Aku tkthu bila aku nak ke IJN semula. Aku rasa malas plak. Tapi bila aku malas, yang tanggung sakit dia aku. Disebabkan aku nak gi kpj hri ni. Semalam aku skip class untuk setel semua benda. Aku pergi pjbt pos, aku pergi jpj, aku pergi kem. And pg ni pukul 9 aku dh pusing ipoh untk cri bengkel2 Yang bukak. Hope lepas masuk ubat ni badan aku x sakit da. Sebab dua tige hari ni badan aku sakitt saja. dekat ...