Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Buat Abang

Assalammualaikum Makin hari terasa makin pelik pelik dengan sikap sendiri pelik dengan segala benda abang, macam kau tahu apa yang jadi sekarang, 2 hari sekali aku masuk ubat. dan sabtu lepas ubat yang pertama dan aku berasa sangat lemah abang masuk je ubat lepas berapa jam badan aku menggigil saja aku makan apa je keluar balik abang, aku tak kuat. aku ingatkan itu effect untuk hari tu saja tapi hri ahad pun sama abang menggigil satu badan, aku ingat kan sebab lapar, tapi bila aku makan semua keluar balik kenapa abang? aku takut abang. aku takut sangat tekak aku rasa tawa. rasa payau. rasa mcm orang tengah demam tu. tapi aku tak demam. kenapa abang? esok ubat yang kedua. dan sekarang aku masih terasa lagi effect ubat yang pertama, macam mana nak masuk ubat yang ke dua? abang. aku tak tahu nak cerita kat siapa. aku rasa takut sangat abang. rasa takut yang aku rasa klo aku cerita kat siapa-siapa sorang pun takkan faham... yes abang! sorang pun takkan f

Puisi buat Ayahanda

Puisi buat Ayahanda! Ayah, Kita memang tak pernah berkawan baik Bila kita senyum, terasa pelik Ayah, Kadang kadang bila aku rasakan Tidak sama dengan apa yang aku katakan Kita semakin jauh bila bonda tiada Bonda pergi tinggalkan kita, bila kita tidak terasa Kita bukannya orang yang paling rapat dalam dunia ayah, Rasa dalam jiwa ini ada kadang-kadang masanya goyah, Semenjak bonda pergi, kamu kuncikan bibir itu Padahal dimasa itu, waktu aku paling perlu Maaf ayah ada satu waktu itu yang mana aku mula menjauhkan diri aku dari kamu, Aku rangkul teman teman Aku benci sama kamu Aku baling semua itu Aku pergi pada kawan kawan ku Kemudian aku katakan “ ayahhh kau takkan faham apa aku rasa” “Ayah apa yang aku ada didalam ini semuanya kerana kamu tidak reti menjaga” Aku limparkan kata kata nista buat ayahanda Bersorak bergempita syaitan syaitan ditepi tangga Mengatakan “tahniah tahniah buat mu juga” Kemudian disatu hari itu, Jika kamu

Ayahanda dan Bonda

Assalammualaikum Kali kedua raya tanpa keluarga Mungkin pada yang mengetahui menyalahkan aku kerna aku sendiri berkeras. tapi asal kalian tahu, aku ingin ruang untuk sendiri, maafkan aku Sesampainya disini aku tersenyum, aku tak tahu mengapa mengapa lebar sungguh senyuman aku mungkin aku terlalu inginkan kedamaian disini, atau mungkin aku cuba menyembunyikan sesuatu yang besar dari pengetahuan org lain? entah laa.. aku sendiri tak pasti. esok bakal kembali ke ipoh, dan aku harapkan di Ipoh nanti aku dapat membuat keputusan yang semua nantikan keputusan untuk masa depan. masa depan ke? atau keputusan untuk nyawa? aku sendiri tak pasti.. Takbir raya sekali lagi berkumandang, aku mendengar setiappp alunan takbir yang aku dgr, dan setiap kali itu ayat suci dan indah itu membuat aku menangis. Aku kesini juga untuk menyatakan rindu aku pada keluarga, rindu aku pada ayahanda dan bonda rindu saat semua berkumpul satu meja makan segala juadah yang ada. aku rind

...

Assalammualaikum. Diberi dua pilihan untuk aku ambil, apa yang aku sendiri mahu tapi aku masih tiada jawapan Buntu!! Aku cuba search, ambik segala info ketahui segala benda dan aku bertambah Buntu! Buntu memikir kan semua benda Sedar tak sedar sedang membaca semua pengalaman orang lain, air mata aku mengalir Kuatkan aku Tuhan, aku mohon. aku takut sangat

AKTIF

Assalammualaikum Tersenyum sendiri mendengar berita, Betul apa aku rasa nazry. dia kembali aktif, tapi beza nya kini aku sendiri.. tiada abang yang merawat aku seperti dulu, yang menghantar aku kemana saja yang menemani aku sentiasaa bukan ingin mengenepikan mereka tapi hanya satu, selagi aku mampu aku akan lakukan sendiri. Along, Aku jujur pada kau sebab kau satu satu nya yang tahu dari awal cerita, segalanya kau tahu walau kau tidak membaca semua ni tapi aku tetap ingin memohon maaf maaf kerana aku hadir depan kau, dan hanya menambah beban.. tapi takperlu risau atau fikirkan apa pun, sebab aku masih mampu tersenyum, masih mampu menjadi gila masih mampu lakukan semuanya. Perancangan awal mereka untuk merawat aku tentang sebulat bulatnya, apa pun yang ingin mereka lakukan pada aku, biar ketika aku cuti, aku tak mahu ganggu masa dikolej, aku tak mahu pihak kolej ketahui semuanya tak lama jer lagi lagi tiga bulan saja Insya Allah mampu bertahan :) Mero

KETABAHAN

Assalammualaikum, Masih ke sini.. Air mata menitik lagi. Jujur makin hilang semangat sedang terbaring ambil mood untuk lena, bagai air terjun yang laju jatuh di kelopak mata. apa punca nya? aku tak pasti. Nazry, hati aku kuat merasakan aku akan mengikut jejak kau. kembali terlantar setelah bertahun tahun aktif dan aku juga merasakan aku akan mengikut kau Saat kau sihat, segalanya kau lakukan, kau pusing merata. dan saat kau terduduk, kau hanya menurut dan membiarkan semuanya. Nazry, aku ingin kekuatan kau yang dulu. ketabahan kau menerima semua apa yang jadi setelah kau sihat bertahun tahun. beri aku kekuatan tu Nazry. Aku belum puas pusing dunia, aku belum puas merasa semua dan belum puas aktif seperti sebelum ini Diri masih mampu tersenyum, dan senyuman ini akan mati pada mereka yang mengetahui segalanya nanti dan aku akan pastikan tak siapa pun yang mengetahui Jangan pernah buat orang risau, jangan pernah buat orang menangis, jangan pernah buat orang h

Terakhir Kali

Assalammualaikum. datang kembali untuk bercerita tentang semalam. dan ianya yang terakhir. tiada apa apa yang special tentang semalam, cuma semalam aku lebih aktif, dan yang pelik aku boleh bercakap dengan orang yang tak pernah aku tegur. tersenyum sendiri bila teringat bukan susah rupanya untuk bercakap tapi itu yang terakhir. terima kasih pada semua yang pernah membantu, dan yang pernah menyusahkan sepanjang aku nak dapatkan kelima lima award tu. yang pasti kelima lima itu bukan untuk aku tapi semuanya buat bonda dan ayahanda. aku tunaikan semua yang diinginkan. ******************** Hari ni hari yang paling aku takut seminggu dah aku memikirkan tentang hari ni macam iwan ckp, pikir yang baik baik je. along mesg pon aku minta dia pun mendoakan yang baik baik bukan tak mahu beritahu sang bapa tapi aku tak mahu dia risau. cukup selama 21 tahun ni dia sering runsing tentang aku sikap aku, perangai aku, kelakuan aku dan yang pasti t

Aku Okey!

Assalammualaikum. Tiga hari sudah terjaga dri lena dan hanya memikirkan benda yang sama. Arwah abg wan pernah cakap "klo kau fikir benda yang baik baik, insya Allah yang baik baik je jadi" Dan itu yang aku lakukan dari hari pertama aku dapat tahu. Insya Allah semua yang baik baik je jadi. Izwan. aku rindu kata kata semangat dari kau. aku rindu semuaa tentang kau. adik kau ni tengah terduduk jatuh dan masih mengharapkan kau datang untuk menghulur tangan kembali. aku pasti semuaa abang aku tahu apa yang jadi sekarang. semuaa apa yang aku rasa sekarang dan semua apa yang aku fikirkan sekarang. Bukan tak percaya pada takdir, bukan ingin menolak takdir. tapi hati ni kuat dan terlalu ingin semuanya kembali. mereka kekuatan aku, semangat aku dan mereka orang orang yang tak pernah menolak aku walau apa pun jadi pada aku. malah saat aku tersungkur teruk mereka tak pernah lupa untuk menghulur tangan membantu. Ajam. aku tahu kau ada. aku tahu kau cuba untuk

Maaf buat ayahanda

Assalammualaikum, Selamat sampai ipoh. walau sakit... walau tersenyum depan semua, tp kat dalam menahan semuaaa. aku happy! kenapa? sebab orang orang yang aku nak sangat jumpe. aku jumpa. terima kasih pencatur dunia. seharian semalam terdapar sendiri. menitik air mata saat sang bapa menghubungi. ego aku tak kemana. dekat dia juga aku mengadu dan dia hanya mampu menyuruh aku bersabar. terima kasih ayahanda. maaf atas segalanya. Salam

Maaf

Assalammualaikum. Duduk sendiri melihat diri. Malu. itu ayat pertama ku. untuk pertama kali aku sakit dihadapan kawan aku sendri. pertama kali aku terdduk depan kawan aku sndiri. terlalu malu rasanya. teringat apa yang jadi pagi tadi, aku marah pada diri sendiri. kenapa begitu lemah? kenapa tunjuk sakit depan orang? kenapa buat orang risau? kenapa mesti aku terduduk menahan sakit dihadapan orang? mane prinsip diri? mana kekuatan diri? mana ketabahan hati? aku malu sangat. bukan niat untuk buat orang risau. bukan niat untuk cari perhatian dan bukan niat untuk meraih simpati. maafkan aku. Salam

Merindu

Assalammualaikum. Hari ni seharian aku memishanggg kan diri sendri. dari pagi sampai pukul 4 pagi nii.. Kenapa? Entah lah. Balik bilik dan hati terdetik untuk menulis meluah rasa rindu buat 7 org kenalan aku. rakan susah senang tika mengharungi hidup sebagai pelajar diploma. Izzy, Nik,Una,Wani,Amir, Along, Shahir aku rindu kalian. tiap masa aku kat ipoh tak pernah lupa kowg wehh.. mungkin ayat aku agak poyo, dan kalau izzy membaca die orang yang paling kuat gelakkan aku  tika ini. Lantak pi... Jujur aku kata kan. aku rindu kalian. Korang tahu tak, aku kat class x bercakap dengan siapa2. bila gab je aku tros blar duduk sensowg kat lobby, tak pun aku lepak ngan Adlan. Nak dgr suara aku kat class? boleh kira berapa kali je wehh... Seriuss aku x leh terima lagi situasi ni. Bila balik dari class, klo budak itp semua bz dengan assignment mulaaa lah aku bertambah pishangg.. nasib ade Along kat sini. hampir tiap hari aku ganggu