Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

Sini

Kuatkanlah aku. Aku mohon doa. Menatap phone untuk menghubungi. Tapi aku tahu aku bukan siapa siapa. dan akhirnya ke sini. Terbaring tanpa buat apa. Menahan sakit. Tiada siapa untuk meluah. dan akhirnya disini. sini. sini. sini.

Tak Mampu

Besar sangat dugaan ni rasanya. Bukan niat untuk mengeluh. Tapi meluahkan apa yang di rasa. Sakit sangat kali ni Tak siapa mengerti Kering airmata ni Tak tahu dah tangisan untuk apa Aku tak mampu lagi Ya Allah.

Remy..

Assalammualaikum. Remy Aku masih menanti kehadiran kau Menanti kau untuk datang teman aku Teman aku lalui semua ni Teman aku masa kimo Teman aku tiap malam dekat hospital Aku masih mengharapkan semua tu Remy. Ajam takde sekarang. Dia busy kerja. Paklang je kadang datang hantar makan. Mereka semua busy kerja, Remy Busy cari duit untuk tolong aku Busy cari duit bayar treatment aku Terima Kasih Remy, terima kasih untuk semua lagu yang kau siapkan sebelum kau meninggal. Sebab dengan duit duit tu lah aku guna sekarang untuk bayar treatment aku Kau takda Remy. Tapi jasa kau sentiasa ada. Terima kasih sangat. Aku tahu, sekarang ni aku tak patut fikir benda benda tak sepatutnya Tapi, Perasaan aku ni aku tak boleh nak tipu. Sehingga sekarang aku masih menanti Bonda, Walid untuk jaga aku Jaga aku seperti anak mereka Jaga aku seperti mana semua anak rasa bila ada keluarga. Keluarga aku hanya Ajam, Paklang and geng diorang. Dan aku juga hanya ada Along sebagai kel

Terlalu.

Semoga tuhan memberikan kedamaian dalam hidupmu. Ibu. Anak mana yang tak rindu kasih seorang ibu. Walau seburuk mana si ibu, sekeji mana si ibu, sejahat mana si ibu. Di tetap ibu. Kasih dan sayangnya tiada siapa yang dapat menggantikan Dan semestinya doa dri mulut seorang ibulah yang paling dasyat. Bonda. adik terlalu rindu. terlalu rindu hingga buat adik mencari cari dimana kamu wahai bonda. Adik mengharapkan, doa dari bonda tetap ada walau jasad kita ni jauh. walau kita tak bersua muka. walau adik sendiri tak tahu dimana bonda sekarang. adik nak bonda tahu. adik terlalu menyayangi bonda. terlalu.

Cari Aku Jika Rindu

Terkenang suatu masa lalu kita bertemu dan bercinta dan kau berjanji padaku terus menyinta dan setia Juga suatu masa lalu hanya ada ku dihatimu tapi tak tahu mengapa kau berubah sekelip mata Aku rindu wajah mu nan ayu Aku rindu suara manjamu tak daya ku melupakanmu dan kenangan bersama mu Sungguh pilu rasa dihatiku Ku tak tahu apa dihatimu mudahnya kau melupakan ku Sampainya hatimu. Aku rindu wajah mu nan ayu aku rindu suara manja mu tak dayaku melupakanmu dan kenangan bersamamu Sungguh pilu rasa dihatiku ku tak tahu apa dihatimu mudahnya kau melupakan ku sampainya hati mu Terkenang suatu masa lalu kita dua insan bercinta tapi. semuanya dah berlalu Cari Aku Jika Rindu

Lari lagi

Assalammualaikum Baru baru ni dapat berita tak best lagi Dan aku masih mcm tu. Ada ketika aku tanya pada Ajam, tak penat ke? Dia kata, tak. Aku tanya lagi, tak boring ke? Dia kata tak. Okey aku diam. Aku blar aku masuk bilik. Tiba tiba pagi ni entah macam mana kami bertekak pulak. Mungkin masing masing stress. Mungkin masing masing adaa masalah. Aku diam. Aku blar. Sejujurnya aku tak boleh lari dari keluarga ni Sebab apa? Sebab mereka yang jaga aku, kemas aku masa aku koma. Mereka. Orang lain takda. Tapi keadaan sekarang ni buat aku taknak jumpa orang taknak menyembang dengan orang. so aku decide aku blar. Tapi aku tahu. aku tak boleh pergi jauh, tak boleh pergi lama.. sebab apa? sebab aku terikat dengan mereka. Aku sendiri tak tahu apa yang aku nak. Aku pergi pusara abang. Aku nangis. Aku rindu. I miss you so much, Alang. Im really miss you. titik.

Cakap pada aku

Cakap pada aku, pada siapa yang boleh aku percaya sekarang Cakap pada aku, pada siapa aku boleh menangis sekarang Cakap pada aku, pada siapa yang aku boleh peluk erat erat untuk luah setiap apa yang aku rasa Cakap pada aku. Cakap pada aku, dimana keluarga aku Cakap pada aku, dimana sahabat aku Cakap pada aku, dimana kawan baik aku. Cakap pada aku Cakap pada aku, kenapa mereka tiada Cakap pada aku, kenapa aku sendiri Cakap pada aku, kenapa aku sakit Cakap pada aku, kenapa mesti aku tanggung semua ni Cakap pada aku, kenapa semua menolak aku Cakap pada aku, Cakap pada aku....

Sesungguhnya

Apa ku rasa tak pernah ku duga hadir dirimu merubah semua dan tanpa ku sedari kau mengajar diriku membawa hidup erti baru sesungguhnya aku telah jatuh pada dirimu sesungguhnya aku cintai hanya dirimu kerna sesungguhnya ku sedari kau lengkapi diriku siapakah aku didalam hatimu harus ku tahu kerna aku rindu kaulah yang terbaik yang pernah diriku miliki kan kuberikan sepenuh jiwa hanya untuk dirimu sesungguhnya aku mencintai dirimu Akhirnya. Angkat kaki, blar. Tipu kalau tak sakit. Sakit tu, Tuhan sahaja yang tahu.

Sayang

Assalammualaikum, Bonda, walid. Adik tahu mungkin kalian tak hiraukan pun apa yang adik cakap. Tapi adik minta sangat, doakan adik cepat sembuh. Doakan adik lebih tenang lepas ni tu je adik minta. sebab adik x boleh lari dari doa seorang ibu dan bapa. Aku terpaksa buat satu keputusan yang bukan kehandak aku Keputusan untuk masa depan aku. Aku harap semua akan berjalan lancar. Dengan kesihatan aku sekarang. aku harap sangat aku kuat untuk hadap semua benda Along, Aku bukan nak blar mcm tu jee. or aku tinggal kamu kat Ipoh tu. Kamu bagi aku masa sikit k. aku pasti akan balik Ipoh jugak. Tu tempat aku. Tempat yang ajar aku macam macam benda. Aku cuma minta kamu support apa yang aku nak buat lepas ni. Selesai semua kita akan lepakk lepak mcm dulu. Aku harap kamu tak lupa aku masa tu nanti. Tipu kalau aku cakap aku tak rindu kamu. Kamu je la pun yang aku rindu skang kt Ipoh tu. Mana tak nya hari hari kot aku lepak nan kamu. Makan semua nan kamu. hari hari wei.

Sampah bernyawa

Assalammualaikum. Dari siang hanya diatas katil. Tanpa sedar airmata ni mengalir lagi. Untuk keberapa kali aku tak pasti. Sesungguhnya aku terlalu berterima kasih pada Ajam. Satu satu nya manusia yang dengan rela memikul tanggungjawab untuk menyihatkan aku. Terlalu banyak yang di pendam hingga tak sanggup untuk berkata kata. Ajam ada kata. Manusia dekat sekeliling kau sebelum ni kau tak boleh baca keikhlasan diorang. Sekarang masa yang terbaik untuk kau lihat keikhlasan diorang semua. Benar ajam. Aku lihat dengan nyata. Aku rasa dah macam mana orang ignore kau masa kau nak minta tolong. Terdesak nak minta tolong tapi tak siapa yang sudi mendengar rintihan. Apa lagi untuk hulur bantuan. Aku sedang rasa. Rasa macam mana perasaan bila di pinggir kan oleh orang. Lagi lagi disaat yang paling perlu. Rasa diri ni tak bererti langsung Malah tak beri makna pada sesiapa. Terkapai kapai aku sendiri Dia biar , di buang, di layan seperti patung tak bernyawa. Allahhu. Kaul
When I'm dead....., Your tears will flow, But I won't know... Cry for me now instead ! You will send flowers, But I won't see... Send them now instead ! You'll say words of praise, But I won't hear.. Praise me now instead ! You'll forget my faults, But I won't know... Forget them now, instead ! You'll miss me then, But I won't feel... Miss me now, instead You'll wish... You could have spent more time with me, Spend it now instead !! You'll wish... You could have spent all your money on me... Spend now instead!! When you hear I'm gone, you'll find your way to my house to pay condolence but we haven't even spoken in years.... Pls look for me now!!
Bila sesorang berkata; Ye. Aku mengharapkan keajaiban.

Kimo lagi

Assalammualaikum. Esok bermula lah kimoterapi ke tiga selama 6 bulan. Moga fizikal dan mental aku terus kuat untuk lawan semuanya. Penat untuk sembunyi kan rasa penat ini. Penat memaksa diri mengukir senyuman. Aku pasrah Ya Allah. Dan aku dah ikhlas kan segala galanya. Tunjukkan lah jalan mana yang terbaik sebenarnya yang telah kau rancang. Laksanakan lah walau terpaksa menyiksa banyak jiwa. Salam

Kedua kali

Assalammualaikum. Kali kedua aku rasa benda yang sama. Kali kedua aku menangis dalam ketakutan. Kali kedua aku takut untuk berjumpa dengan orang. Kali kedua juga org sama sahaja tahu. Along dan Ajam. Banyaknya aku dah buat diorang risau. Maaf, Abang. Maaf untuk semua benda.