Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Pesan hati buat kaki,tangan,mata dan badan

Detik waktu menunjukkan tepat jam 1 pagi. dan aku masih gagahkan diri untuk terus melihat, merenung dongak kedepan memandang screen lappy yang berabuk. Hati terdetik untuk menulis menjadi seorang budak pemalas. tapi kenapa ketika ini? ketika semuanya sedang lena dibuai mimpi. mungkin ketika ini waktu aku untuk meluangkan masa bersama komputer buruk aku, mouse kuning aku sambil mendengar alunan lagu Maafkan Aku. Hati terdetik lagi. minta maaf untuk siapa? Salah apa aku telah lakukan.? hmmm apa agknye yg aku dah lakukan yerr.. -_- Semestinya aku sendiri tk thu.. kerna setahu aku yg menilai kita hanya  mereka yang memandang tepat pada kita. Iaitu kamu. Yes! kamu yg sedang membaca, menelek, menghayati, memahami setiap bait kata aku saat ini.. hahaha asal kamu tahu aku hanya menulis mengikut kata hati aku.. tanpa berfikir apa yang aku katakan. Bahaya bukan? Aku tidak peduli. yang pasti aku ingin mengikut sahaja segala rentak hati aku skng. :)