Skip to main content

Perempuan Rapuh

Dia
Dia selalu tersenyum
Sehabis manis dia cuba menguntum senyuman
Senyuman yang menyimpan seribu satu rahsia
Dia selalu tertawa
Sebisa mungkin dia tertawa umpama tiada apa
Sebisa mungkin dia mengikut cerita dunia
Hari ini sahaja dia mampu gembira

Dia sering berpura tabah
Agar tak siapa tahu dia lemah
Dia mahu mereka tahu dia tidak lemah
Dia sering berlakon gagah
Agar tak siapa tahu dia lelah
Dia mahu mereka tahu dia tidak lelah

Namun di sebalik semua itu
dia sedang menyimpan selautan resah
segunung kekeliruan
Selangit kesakitan
Jiwanya juga pecahhh
Seperti serpihan kaca
Seperti butiran pasir dipantai
Seperti deraian hujan yang kita taktahu
Berapa jumlahnya
Dia tahu
Tidak mudah untuk dicantum semula
Tidak mudah untuk menyambung semua
Apatah lagi untuk menjait tiap satu darinya
Malah, menampalnya juga mengambil masa
Masa yang tiada siapa bisa tentukan
Berapa waktu yang diperlukan

Tetapi ada satu hal
Yang buat dia terus bertahan
Bertahan untuk terus berjalan
Bertahan untuk terus berlari
Bertahan untuk terus tersenyum
Dan membuat semua ketawa dengan jenakanya
Dia percaya pada caturan Tuhan
Kerna dia tahu percaya dengan caturan
Kelak bakal di syurga idaman
Disitu
Bahagianya tak bisa terbayang.

-budakpemalas & perempuanmatahari

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.