Skip to main content

Pertemuan

Assalammualaikum

dua hari ni orang orang yang aku x sangka je aku jumpa
Serius aku cakap
Aku happy
Siapa yang aku jumpa?
okey semalam aku jumpe Ash, Firas and jihan.
3 orang budak ITP yang rapat gila dengan aku selain arwah Uzair.
Awal nye subuh tu Ash msg cakap nak jumpa pagi semalam, dia gerak Ipoh dalam pukul 8 pagi..
tapi malam sebelum tu Along ade ajak gi maybank nak buat acc baru..
So qid cakap kat Ash, jumpa petang.
Sebab pagi tu ingat nk teman Along. Pukul 3 pulak qid ade daftar kat kolej.
Ash pon okey jeee... Ash kata dia grak je pagi, tapi die boleh je tunggu. Dia pusing Ipoh dulu katanya.
Sekali pagi semalam, qid msg2 Along tak balas.
Call pon tak angkat. Senyap je yang sowg tu..
Dalam pukul 11 dia senyap gak lagi, qid terus call Ash suh ambik qid.
Ash awalnye pelik gak, bila qid cakap si Along tu senyap jee.. terus dia datang ambik.
Ya Allah lama gila x jumpe Ash, Firas, Jihan...
Ayat pertama Ash "sihat qid?"
Haha aku dah jangka dah tu soalan dia.
Bila aku cakap sihat! Dia buat senyum melerettt die tu.
Senyum bermakna sial.
Kami gi mana semalam?
Kami tak gi jauh, sebab kol 3 tu qid ade daftar.
Kami gi makan je kat Sg. Siput...
Lepas tu dowg tige nak solat jumaat.
Qid pun suh Ash anta qid at chemor, umah ummi..
Dowg boleh solat dekat masjid dekat2 situ...
Lepas je solat, makan2 sume umah ummi..
Dowg terus anta qid balik bilik..
Nak thu ummi masak apa?
Ummi masak sup ayam kottttt...
Perghh dapnyee..
Qid yang suh masak sup ayam, b4 gi umah ummi tu dah siap siap beli ayam and barang2 lain sume..
Fuhhh lepas hajad nak makan sup ayam.
Lama dah teringin. Even bukan bonda yang masak.
Tapi aku puas. Sangat.

Qid gi daftar pukul 4 lebih.
Dalam kul 5 tu setel dah.
Lepas setel je terus balik bilik tukar2 baju, then call ash suh ambik...
Kami ke mana???
Kami gi hotel syuen jap, gi swiming pool  at sana..
Then lepas maghrib mcm tu kami berempat gi Tambun pekena shell out...
Lama kami kat situ.. berborak punye pasal...
mereka bertige kije dah. And kebetulan masing2 cuti semalam tu yang sesat kat ipoh.
Firas klo ade rezki die nak sambung blajar lagi
Jihan nan Ash taknak dah. Dah selesa bergelar pensyarah.
Ape laa rupa kowg jadi pensyarahkan...
Sebenarnya dowg datang ni jugak sebab nak tolong qid.
Nak tolong setel kan lagu2 tu semua.
Nak tolong rekod semua demo yang hilang tu.
Alhamdulillah ada jugak kawan yang membantu.
Tapiiii..
Matlamat dowg datang sebab tu, cer tanya bila baru kami gi studio?
Hahahaha
lepas shell out tu, kami gi teluk senangin.
Ambik angin jap.
Ya Allah sumpah aku rindu sangat moment dekat lumut dengan dowg...
Rindu sangat wehh..
Mcm mcm aku cerita kat diorang..
Semuaaa aku cerita.
Pasal Along, pasal Mursyid. Pasal family semua
Napa story pasal along nan mursyid???
Memula Firas tanya, "ko lepak mana sknag"
Bila dia dh tny tu qid cakap laa yang since dowang semua dh takde,
Qid sensowg je skang.
Klo pishang teruk sangat qid akan msg Along or Mursyid.
Klo nak kuar ke, wayang ke, karoke ke qid slalu dengan yang dua orang tu la.
Malam pon lepak tempat mursyid kije.
Ash ajak jumpe Mursyid, means lepak kedai die kije lepas shell out tu.
Tapi Mursyid tengah cuti.
So x dapat, tu yang kami sesat sampai teluk senangin.
Awalnye qid tk nak gi teluk senangin, sebab ari ni ingat nak gi ambik baju yang tempat tu kat Meru nan Along.
Sekali tengah makan makan tu Along msg keta dia wat hal.
qid pon terus laaa ajak dowg gi sana..
Heeee... nasib keta kau rosak long.. hahaha
Tergelak lakk..
Sorryyyy...

Ash ada tanya qid semalam, sapa hantar gi hospital skang?
Sapa anta makan klo qid warded?
Qid pon apa lagiii cerita laa semua yang pernah jadi..
Antara Ash, jihan and firas. Qid paling manjaaa nan si Ash ni.
Ash ni sama macam Along.
Qid buat apa pon kat die, die layan jeeee..
Menitik gak airmata bercerita kat Ash semalam.
Mana taknya.
Susah sangat qid rasa hidup sekarang ni.
Lagi laju airmata ni mengalir masa story pasal yang sakit dada ada satu malam tu.
Gagahkan diri gakk call teksi, ambik cab gi hospital.
Then Ash cakap, "klo aku kat sini, lama aku tolong qid. Silap2 aku suh kau pindah sebelah rumah aku"
Masa tu airmata ni mengalir selajunyaaa wehhh..
Ash.
Kau sama je macam dulu kan?
Tak berubah.
Aku tahu Ash. Kau klo ada sini, pukul berapa pun aku call mintak tolong. Kau tk pernah kata tak..
kau hantar makan kat aku bila aku masuk wad.
Even kau tk boleh masuk, kau kirim je kat nurse tu..
Aku x pernh minta, tapi kau hantar jugak kan.
Thankz ash.

kami balik dari lumut dalam pukul 4 pagi...
Sampai2 je Ipoh, terus gi umah member Ash, rekod segala lagu.
Thankz Ash, Firas and Jihan.
Thankz sangat tolong aku.
And now, semua lagu tu dah siappp wehh..
Yey yeyyy nak joget japppp!!! 💃💃💃
Klo kowg tak datang. Aku masih terkapai kapai wehhh...
lepas subuh, dowg bertige gerak balik KL
Jumpa lagi guys. Aku sayang kowg.
Ash ade pesan. Jaga diri. And kata dia aku tk boleh lagi buat kije gila macam dulu.
Jalan sendiri bawak camera pusing ipoh tu semua tk boleh dah.
Ahaha yela Ash. Aku sedar aku tk mampu dah 😢
insya Allah aku ingat pesan kau.
Aku sayang kau Ash

Dowang datang tu beri makna weh.
Sebab dowg gak qid dapat jumpa ummi semalam.
Lama qid tk jumpa ummi
Thankz kowang!
And hari ni ada sowg lagi yang qid jumpa.
Tak sangka, siapa?
Ingat Roy?
Roy atau mr. Roy atau walid yang pernah qid sebut kt blog ni dulu.
Punya lama qid tk jumpa dia.
Punya lama die menyepi
Punya lama die tk contact qid.
Sekali pagi tadi die msg "saya kat Ipoh, awak kat mana?"
qid tk save tau number die, nmber die hilang lepas format phone.
Qid tanya siapa ni?
Dia balas "Tadjul Arifin. Kaunselor Smktad"
Ya Allah menjerittttt qid masa tu.
Qid baru je masuk bilik masa tu...
Qid terus share location kat dia.
Sumpah qid tk sangka dalam dua hari ni qid boleh jumpa orang orang yang dah lama qid tk jumpa.
Terima Kasih Tuhan.

Apa tujuan Roy datang Ipoh?
Roy dengan siapa?
Roy datang dengan kawan dia. Ada urusan kat sekolah ape th nama dia.
Masa jumpa roy tu qid terkedu sangat.
Kowg thu la kan klo aku dh lama x jumpe org ni mcm mana?
Aku rasa kekok gila.
aku gi makan nan roy, aku ajak gi area stadium saja.
Masa tu Roy tanya pasal tulang belakang aku,
Pasal jantung aku, pasal Along, pasal walid and family.
Semua Roy tanya.
Aku tak sangka Roy masih follow and baca blog BudakPEMALAS ni.
masa jumpa tu qid tanya.
"Nak panggil ape eh? Cikgu ke? Roy ke? Walid ke?"
Then dia jawab. "Walid lah, sy rindu" whahahaha
Then qid tny lagi, "boleh ke?"
Skali berdepukkkkk kepala qid kena tugal.
Katanya tk sapa yang larang.

Pada yang tak tahu Roy ni siapa, kowg boleh stalk blog ni k.
Untuk bagi hint, Roy ni kaunselor sekolah aku, yang banyak tolong aku. Yang banyak menyedarkan aku. Yang buat aku mcm anak dia sendiri.
Dan aku sendiri dah menganggap dia mcm ayah aku sendiri.

Roy. Klo roy baca semua ni
Thankz eh roy, ingat gak kat saya.
Thankz semua nasihat pasal fmily, study and pasal kesihatan qid tu.
Moga kita jumpa lagi roy.
Jaga diri. Jaga family.
Doakan saya cepat sembuh k.
saya nak sembuh cepat and nak aktf mcm dulu. Mmmm rindu.

Pasal Roy ni qid paling rindu nak solat jemaah dgn die and ummi. Then lepas tu kami bertige baca yassin sama sama.
Sapa yang kenal roy ni mesti thu mcm mana merdunya suara roy bila baca ayat suci al-quran kan?
Aku rindu nak dgr tu semua, and duduk baca sekali nan dia.
Roy ada tny gak aku main camera lg atau tk.
Sebab klo guna dia nak bagi nikon dia.
Dia dh malas nak main camera katanyaaa..
Tapi qid cakap tak.
Buat apa ambik klo qid jarang guna kan? Camera yang ada tu pon tersadaii.. heeee.

Dua hari yang buat aku tersnyum.
Now roy dah gerak gi sekolah tu.
Petang ni ada aktiviti.
Lepas tu roy terus balik.
Hati hati roy.
Thankz untuk semua.

Salam

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen:Pengorbanan Seorang Guru

*mengisi ruang sunyi aku Setelah dimarah dan dipukul oleh abang,Aqid terus pergi ke bandar Seremban untuk berjumpa dengan kawan-kawannya.Ini kali pertama abang memukul dia.Dia merasakan dirinya tercabar setelah dipukul oleh abang.Aqid Amsyar adalah seorang pelajar perempuan yang menuntut di sebuah sekolah di Seremban.Aqid atau nama sebenarnya Siti Zuraidah telah mengubah identiti dirinya sejak berumur 12 tahun.Aqid merupakan anak bongsu dari 2 adik-beradik.Nama Siti Zuraidah Zainal telah ditukar sendiri menjadi Aqid Amsyar Zainal.Nama,diri dan percakapannya juga ditukar seperti seorang lelaki. "Zuraidah telah merokok didalam tandas sekolah pada waktu rehat tadi!!" kata-kata Cikgu Bob iaitu GPK HEM sekolah masih terngiang-ngiang di telinga abang.Kata-kata itu juga yang menyebabkan dia memukul adiknya sendiri menggunakan getah paip.Hal itu telah menyebabkan Aqid tidak pulang ke rumah sehingga larut malam.Jauh disudut hati abang,dia kesian melihat tangan dan kaki Aqid berb

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hingga kini

LEKA

Manusia takkan pernah puas Biar apa keinginan, walau besar mana dah digapai. Tetap, Tidak puas. Kau lupa matlamat hidup sebenarnya. Bukan untuk kaya, bukan untuk bergaya. Tapi untuk hidup yang selamanya.