<!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d1574632008568096036\x26blogName\x3dBudakPEMALAS\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://aqidamsyar.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://aqidamsyar.blogspot.com/\x26vt\x3d4889051296568924402', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




stories biography archives


Intro


AQIDAMSYAR
Melakar nama, Mencari Dunia.
Sesat Sendiri, Mula Lupa Diri
Berhenti Dipersimpangan,
Melihat Kebelakang
Mahu diri kembali.
Pulang


Sunday, 28 December 2014
Assalammualaikum.
Posting for my arwah abg lagi..
Sham. ingt tak mase aku kena denggi dulu?
Mase aku balik dari bercuti dengan mento aku tu..
balik balik jer aku tros kena demam teruk.
Mase tu kau tak dpt balik lama. Kau balik sekejap jer mase tu..
sebab mase tu ade kes kat sabah so kau kne stand by sane.
Kau balik..tapi kejap.
Mase kau balik tu aku ingt lagi sepanjang hari kat hospitl tu kau membebel kat aku..
pasal kerja aku laaa...psl aku x rest lahh...
mcm2...
sampai aku ckp "kau ni lain kali tak payah balik laa..semak kepala aku"
ingt tak sham?
then kau jawab "aku tak balik bebetul kang tahu laa..takde sape nk bebel lagi dahh"
ingt takk??
lepas tu kau balik sabah terus...
seminggu aku kat wad tu kau col jerr..siang, malam tghari semua kau col...
sampai aku ckp "kau klo xde kerja baik x payah balik sane..col aku beribuu kali!"
hmm ingt tak sham?
kau punya caring kat aku...hmmm sham. aku rindu kau sham..
rindu nak dgr kau marah aku....mungkin org akan ckp aku ni annoying giler kan?
tapi biar lahh..aku nak cakap gak! sebab ape aku rasa org lain tak rasa..
takde sape nak bebel kat aku "kau ni tak reti balik rumah ke?" 
"kau nii boleh tak dgr ckp ibu ngn ayah tu?"
"kau ni cuba serius sikit belajar tuuu!"
kau inii kau ituu..hmmm mcm macm..

aku adik yang tak berguna kan sham..
aku paling banyak masalah kan sham?
aku yg selalu buat kau risau kan sham?
aku yg selalu buat ibu ayah and kau kecewa kan sham?
aku tahu tuu semua sham..kau yang selalu tegur aku supaya jaga hati ibu ayah..
kau yang selalu suruh aku dengar ckp ibu ayah walaupun kau thu adik kau nii kepala batu..
dan aku tahu sebab sebab tu juga menyebabkan aku down sangat biler kau dah takde skng..

abang sham.
kau jaga alang k kat sana.
cerita pada alang k ape yng jadi kat sini..
aku rindu kamu berdua wahai abang abang ku..rindu sangat!
alang..kau jaga abang k...
abang kita... die skng dah ade dengan kau...
xde dengan aku dah..
tuhan dah ambik dia macam mana DIA ambik kau dari kami dulu.
aku sayang korang berdua. 
Hilang arah terus aku lepas kau pergi sham..
erti kata yang sama hilang semangat dah.
ape jer aku buat semua tak kena . dulu alang meninggal aku boleh terima
sebab ade iwan dengan sham..
lepas tu iwan pergi...okey fine! aku ade sham and ajam yang always dengan aku....
yang nasihat kann aku tiap masa...
tapi skng..sham pulak pergi...
serius aku hilang semangat! hilang!
aku tak minta siapa yang baca blog ni datang untuk berikan semangat buat aku.
sebab aku dah penat dengar ayat yang sama.
aku dh biasa...
dah penat untuk rasa kehilangan.
hmmm 

salam.

Thursday, 25 December 2014
Salam.
Aku dh terbang jauh seorang diri ke sini untuk menyelesaikan semua hal arwah.
Dan menghadiri satu majlis yg dibuat oleh ipd sini.
Dan mlam ni aku bermalam di rumah dia, kat bilik dia. kat katil die.
Sham dh seminggu kau meninggal.
Baru lagi sham.
susah untuk tenangkan diri.

Maaf sham. Aku baca dairi kau.
Dan aku terkedu syam apabila hampir 100% dlm dairi kau kau bercerita tentang
family kau..pasal adik beradik kau pasal ibu ayah.
hampir semua kau cerita pasal kami.
Cerita kerisauan kau tentang ibu,
cerita tentang sedih kau dengan adik beradik,
cerita tentang sayang kau pada kami,
cerita tentang marah kau pada aku.
cerita tentang sabar kau pada ika
cerita tentang anggah.. along. semua lahh...
semua pasal kami.
Kau sgt sayang kan keluarga kau kan sham?
kenapa aku buta selama ni?
kenapa aku tak nampak selama nii??

Aku tahu aku dah terlambat. Maaf

Saturday, 20 December 2014
SHAM/ABANG SHAM

Sapa yang mmg pernah ikot blog aku ni dri awal mesti thu siapa die.
Mesti kenal siapa die…mesti tahu sejarah hidup antre aku dgn die.
Aku pernah membenci die.
Aku pernah menyatakan aku menyayanginya.
Aku pernah berterima kasih padanya.
Semua aku pernah cerita dalam blog ni.
Jadi…rase rasenye ape yg patut aku rasa skng bler die dh takde?

Kata orang… air dicincang takkan putus.
Semarah mane pun die kat aku..kami akan okey balik.
Sebenci mana pun aku kat dia… kami akan okey balik.
Itu lah namanya hubungan adik beradik.
Aku berhutang budi…berhutang nyawa dengan kau sham..
Bila aku sakit kau orang yg paling risau.
Bila aku buat hal kat sekolah kau orang yg paling kesal.
Bila aku gagal dalam peperiksaan kau lah org yg paling marah.

Sham.
Ayah pernah ckp kat aku “Mendidik kamu 100% ayah serahkan pada abang kamu..Dia yg akan menjaga kamu bila ayah takde nnti..Jadi biar dia yang corakkan kehidupan kamu dari sekarang”

Ayat tu bang…ayat tu ayah cakap kat aku dlu
Yerr kau didik aku mcm aku ni anak kau…kau marah aku mcm seorang ayah yg tgh mrh kat anak die..
Itu aku rase dulu abg.
Tapi skng kau yg pergi.Semalam ayah ckp kat aku ngan ika suh jaga diri dgn maruah sbb lps ni kau dh takde nak mrh kami..nak ambik tahu pasal kami…
dtg tempat kami,pasang spy semua..takde lagi dh abng…it over!
Mase dlm flight kau ade suruh aku masukkan gmbr dlm mac kau b4 kau balikkan..?
Hmmm x sempat…tak sempat kau nak tgk semua gambar..
Bali tempat terakhir kite berkumpul satu family abang…
last skalii…
smp mati aku akan ingt tempat tuu…
Banyak benda aku nak luah kan skng niiii..tapi tak terluah…kenapa???
Mungkin aku masih terkejut dgn apa yg jadi…
Aku akan story semuanya kat sini abang.
Semua…Jaga diri abang sham.Aku syg kau.



Friday, 19 December 2014
Assalammualaikum.
Aku menulis dengan membawa seribu kesedihan,
Aku menulis dengan membawa seribu perasaan.
Aku juga menulis dengan membawa seribu persoalan 
dalam kotak minda ini.
Sukar untuk menerima kenyataan.
Sekali lagi seorang insan yg aku sayang diambil, diragut dari hidup aku.
Sekali lagi juga aku terduduk menahan perit didada saat dia hilang sekelip mata.
Aku amat menyayanginya. Dia hidup aku. separuh jiwa aku turut dikuburkan bersamanya.

20tahun aku diatas bumi ini..
20tahun aku bernafas di atas bumi ini..
20tahun aku bersama dia diatas bumi ini..
kini sudah 2 hari die pergi meninggalkan aku.
pergi tanpa sebarang hint.
pergi tanpa dipaksa.
pergi tanpa direlakan.
pergi tanpa disuruh..

Apakah selama 20thun ini aku hanya tunggul kayu??
apakah selama 20tahun ini aku hanya jasad yang tak bernyawa??
sedangkan selama 20tahun ini aku sentiasa bersamanya...
segala apa yang minta semua aku lakukan
sedangkan selama 20tahun ini dia adalah tulang belakang aku.
apa yang aku ingin ditunaikan
tapi kenapa aku terus ditinggalkan begitu saja??
kenapa???
pergi tanpa beritahu aku.
Aku adik mu..
dunia akhirat..kau abang ku..

abang.
Tahu ape yang aku fikir masa cium kau buat kali terakhir?
tahu ape yang aku rasa mase cium kau buat kali terakhir?
Jantung aku ibarat terhenti saat wajah kau ditutup dgn kain putih tu.
Semua kenangan pahit manis kau bersama aku aku ingt.
satu persatu terlintas dikepala aku.lalu di kelopak mata aku.
Abang.
Kau membentuk aku menjadi manusia.
kau membentuk aku menjadi aku yang sekarang.
6 bulan je lagi bakal berakhir.
6 bulan je lagi aku bakal pegang diploma tu untuk bwak kepada ibu dan ayah..
tapi kemarin kau dh pergi...
tak sempat aku nk tunjuk pada kau yang aku juga mampu memegang segulung diploma
walaupun dari KOLEJ bukannya UNIVERSITY.
tak sempat aku nak tunjuk pada kau yang budak yang kau sepak terajang masa sekolah dulu dh berjaya pegang segulung diploma.
walaupun diploma. ia bermakna buat aku.aku tahu kau akan tersenyum nnti.


Damailah wahai abg ku.
rehat lah kau bersama dengan alang..
sampaikan salam rindu aku dan keluarga buat alang..
Aku akan merinduikau mcm mane aku rindu pada iwan dan naim.
Selamat berehat abangku.
tunggu aku dipadang masyar.
Terima kasih untuk semua tunjuk ajar.
terima kasih untuk semua didikan.
terimakasih untuk semua caci maki yg menguatkan aku.
aku syg kau abg.
damailah.





Official Template By BudakPEMALAS