Skip to main content

Dataran

Assalammualaikum
Pukul 6 petang aku berada di tengah dataran Ipoh
Tiada apa yang boleh aku lakukan disini
Melain duduk melihat langit
Melihat beribu kereta yang lalu di keliling dataran ini
Melihat berbagai ragam manusia yang tiada seorang pun yang aku kenal
Cukup aku duduk disini
Dan merenung diri aku sendiri
Untuk apa peduli pada kehidupan orang lain
Sedangkan diri sendiri sedang terumbang ambing
Biarkan manusia yang lain keliru dengan kehidupan mereka
dan aku disini akan terus tersenyum untuk semua
Tempat ini menyimpan terlalu banyak kenangan
Sukar untuk aku ungkap
Mungkin dulu satu satu nya tempat yang membuatkan aku tenang
Adalah di Bukit Ampang
Duduk disitu saat langit mula menggelap
Ribuan lampu mula menyinar
Membuatkan aku tenang
Dan melihat bermacam macam benda
Disitu juga banyak kenangan aku
Tapi kini
Ini tempatnya
Tidak tinggi dihujung bukit seperti di ampang
Hanya rumput hijau yang menyegar
Saat bermacam benda berada difikiran
Aku memilih untuk kesini
Dan jika termampu aku bertemu sang laut

Kenapa aku kesini petang ni
Aku tak pasti kenapa
Otak aku kosong
Bangun dari terjaga aku mandi
aku bersiap dan aku terus turun melangkah kesini
Sempat aku membeli air dan rokok
Seperti aku tak mahu pulang lagi malam ni

Sahabat
Aku rindu
Semua kenangan kita disini
Semua
ketujuh tujuh orang tu mempunyai kenangan dengan aku disini
dan semua masih aku ingat
Masih segar tersimpan dimemori aku
Dan kini
Aku kembali kesini
Sendiri.

Salam

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.