Skip to main content

Mereka

Assalammualaikum

hai
harini macam macam aku nak story
nak kata banyak takjuga.
tapi
aku nak bercerita apa yang jadi hari ni
awal nya pagi tadi aku dapat call dari Remy
dia bagi tahu proposal yang aku hantar kat sana
dah lulus.
syukur
aku syukur sangat
aku harap semua yang dirancang tentang kat sana
berjalan lancar
dalam sakit,
aku menulis
dalam sakit aku buat irama
dan terus hantar ke sana
dan akhirnya diluluskan
tapi aku minta pada remy
jangan mengguna nama BudakPEMALAS
atau Si TingTong
aku minta dia guna nama RS
cukup nama dia
aku menulis dengan hati
aku menulis apa yang aku lalui
sepanjang hidup aku sehingga kini
dan apa yang aku bayangkan dipenghujungnya nanti
dan aku harap mereka buat yang terbaik untuk projek tu
aku harap sangat.
Biar orang luar tahu siksanya menjadi orang yang ada ada
Biar tak semua mahu menjadi orang yang ada ada
Biar mereka tahu, tak ada apa itu lebih berharga
Remy.. Thankz menghantar semua karya
thankz menghantar semua tulisan aku
aku bukan ingin menjual nama
tapi aku ingin berkongsi rasa
Kau tahu apa aku rasa.
Aku, Nazry, Yana, abang abang dan semua adik beradik dan sepupu spupu kita
rasa apa yang kita lalui
tapi mereka kat luar sana tak rasa apa yang kita lalui
mereka melihat mewahnya kita
mereka hanya melihat senang nya kita
sakit kita?
perit yang kita lalui?
siksa yang kita rasa?
tak siapa tahu
tak siapa merasa
biar mereka rasa dengan tulisan, dengan lakonan yang mereka lihat
biar mereka tahu
biar kan okey?
adil buat kita
mereka tak seharusnya terus menilai
dan aku malas untuk menutup mulut semua orang
terima kasih lagi sekali Remy

Kedua.
Hari ni aku jumpa Una
Lama aku tak ketemu dia
Cukup berada disatu kedai yang penuh dengan orang
ada meja
ada kerusi
dan kami membiarkan bermacam jenis air yang terhidang diatas meja
bercerita itu dan ini,
bergelak ketawa itu dan ini
itu konsep kami dari dulu
tiada tempat mewah.
cukup sekadar mempunyai meja kecil disitu
cuma kelainan nya hari ni kami tidak berdua
ada abang aku disitu
Ajrul ada sekali
awalnya Ajrul hanya menghantar aku ke Meru
tapi aku minta dia teman aku untuk semeja berhadapan dengan Una
aku tak tahu kenapa aku tak boleh untuk berdua dengan Una
mungkin iya kata Ajrul, aku takut
tapi untuk apa?
Atau mungkin aku segan?
entahlah.
Aku sendiri tak pasti
Dan kini aku terfikir,
kenapa dengan aku?
Kenapa aku rasa lain bila dengan Una
Kalian tahukan aku mcm mana kalau dah lama tak jumpa orang tu?
Aku janggal gilaaa..
Aku rasa mcm baru aku kenal dia
Aku cuba untuk cover apa yang aku rasa.
Nasib Ajrul ada.
Ajrul kuat sembang
Dan untuk pengetahuan korang, Ajrul adalah manusia yang mempunyai seribu satu cerita
Dia yang banyak bersembang dengan Una
dan aku hanya melihat
kalau perlu aku menyampuk ketika itu.
aku bersuara
Jika tak.
aku senyum atau ketawa

Kenapa aku malu dengan Una
Mungkin sebab aku lama tak jumpa dia
dan mungkin kerna aku malu dengan apa yang jadi pada aku
Maaf sahabat
Maaf jika kehadiran kau kali ni aku seperti endah tak endah
Maaf juga aku pohon kerna aku, kau serabut saat berhadapan dengan exam
Kau hadir untuk kali kedua saat aku terlantar
dan kali kedua tu juga kau tidak dibenarkan masuk
aku minta maaf
bukan kuasa aku untuk bagi semua orang masuk
Jikaa aku mempunyai kuasa
aku tak biarkan Bonda menangis diluar hanya kerana tak dapat menyentuh tubuh aku
Kau meletakkan syarat untuk setahun aku tidak kemana mana
kau meletakkan syarat untuk setahun aku tidak berkerja
aku cuba
aku cuba mengikut segala apa yang kau pinta
tapi maaf jika aku mungkir janji lagi
mungkin saat itu aku terlalu ingin pergi jauh
dari semua orang

Una dengan Ajrul ada meminta aku untuk menghubungi wani
menghubungi untuk memulihkan keadaan
Wani,
Jika kau terbaca blog ni saat ni
Aku mohon maaf jika selama ni terlalu banyak yang membuatkan kau terluka dengan sikap aku
Terima kasih kerana mengambil tahu tentang hayat aku saat aku terlantar
Aku nak kau tahu
aku tak pernah buang kau
cuma sampai satu saat tu aku rasa aku dengan kau masing masing harus cari jalan sendiri
terlalu lama kita berdua sebagai seorang kawan atau mungkin sahabat
mungkin tiba masa kau mencari kenalan yang lebih baik dari aku
yang lebih matang dari aku
atau mungkin yang tak panas baran mcm aku
dan aku harap hari ni kau dah ketemu dengan seorang kawan atau sahabat yang lebih baik dari aku
aku ada jika kau perlukan apa apa
aku masih ada untuk dengar semua cerita kau mcm dulu
jaga diri wani

Una dengan Ajrul juga meminta aku untuk pulang ke rumah
Pulang ketemu walid, ketemu bonda
Betul kata Ajrul aku rindu bonda
Anak mana tak rindu mak dia?
Aku akan pulang
tapi beri aku sedikit masa

Sebelum ketemu Una
Aku teman Ajrul hantar keta dia
Masa tunggu kereta tu siap Ajrul cakap
dalam posting posting aku dah takde dah aku menyebut 'Along'
banyak aku menyebut Ajrul Ajrul Ajrul
Along dengan Ajrul orang yang sama
Aku sendiri tak tahu kenapa aku menulis Ajrul bukan Along
Mungkin aku segan dengan pembacanya?
Mmmmm
Takpelah.
Ajrul ke Along ke
sama je.
Ajrul tetap Along.
Apa pun jadi dia tetap abang aku
even dia nak maki aku ke
dia nak ignore aku
dia nak toce aku ke
ape pun lah yang dia nak buat
aku tak kisah
yang aku tahu, yang otak aku tahu
dia ALONG aku.

okey now aku panggil kau along
oneday along
aku harap bila kau dah kawin
aku masih boleh panggil kau 'along'
dan aku harap masa kau kawin
aku tak nangis macam aku nangis masa abang syuk kawin
masa ajam kawin..
aku harap sangat masa tu aku senyummm selebar lebar nye
dan cakap pada kau "kawin jugakk abang aku niii"
hahaahha lepas aku nak gelak kuat kuat
kau dah mcm abang aku
rapat serapat rapatnya
takda satu pun yang aku rahsiakan dari kau
semua kau dah tahu
sejak kena penampar dengan ajam
duit aku along yang pegang
dan sekarang aku rasa, yes betul dia abang aku
tadi aku ada cakap along aku ni ada seribu satu cerita kan?
kenapa aku cakap macam tu?
Bagi aku along tahu macam macam benda
benda yang aku tak tahu
terutama tentang kampung
tentang haiwan
tentang kereta
sejak kenal dia aku mula kenal bermacam jenis ayam
bermacam jenis burung
atau bermacam jenis ikan
Kereta?
Tak yah sembang la, pasal spotrim la, spoiler la, bumper la
semua aku dah tahu nama nama dia...
sampaikan masa aku kuar dengan king aku cakap pada king
"sejak aku kenal roy tu aku jadi kenal nama nama spotrim ni"
king gelak jee dengar, king kata "nasib hg la kawan dgn orang keta"
betul jugak...
tapi Along pun ada sembang pasal moto..
mcm mcm lah dia tu...
banyak sangat dia tahu
tapi.
aku tak bosan
semua yang dia cerita semua benda yang aku tak tahu
dan aku tertarik untuk dengar cerita dia
even cerita tu dia dah pernah cerita, aku diamkan je
sebab apa?
jujur aku cakap...
aku suka dengar cara dia bercerita, tak macam aku
cerita tak habiss aku dah tak tahu nak sembang apa...heeeee
Tapi kan
even aku cakap along ni tahu banyak benda.
ada satu perkara yang aku tahu dan dia tak tahu..
apa dia?
bukak tayar kereta....
hahahahahahah kelakar wehhh..
adik tahu bukak tayar bang oiii
hahahah mungkin dia tahu, tapi dia x mampu nak buat

Izzy
Aku harap satu hari nanti akan ada hari
aku, una, along, kau dan amir
duduk satu table
order bergelas gelas air
dan sembang bermacam cerita
aku rindu kau izzy

Abang
Doakan semua urusan untuk projek tu dipermudahkan
kalau perlu aku kesana aku akan pergi
dan kalau remy mampu uruskan sendiri
aku akan stay di Malaysia
aku buat untuk kita semua abang
aku nak orang luar tahu apa orang macam kita ni rasa
aku nak orang luar tahu, yang duit beribu tak mampu beli kasih sayang
duit beribu tak mampu beri kebahagiaan
aku nak mereka tahu
biar tak semua manusia memandang pada duit
doakan semua berjalan lancar abang
aku mohon





Salam

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen:Pengorbanan Seorang Guru

*mengisi ruang sunyi aku Setelah dimarah dan dipukul oleh abang,Aqid terus pergi ke bandar Seremban untuk berjumpa dengan kawan-kawannya.Ini kali pertama abang memukul dia.Dia merasakan dirinya tercabar setelah dipukul oleh abang.Aqid Amsyar adalah seorang pelajar perempuan yang menuntut di sebuah sekolah di Seremban.Aqid atau nama sebenarnya Siti Zuraidah telah mengubah identiti dirinya sejak berumur 12 tahun.Aqid merupakan anak bongsu dari 2 adik-beradik.Nama Siti Zuraidah Zainal telah ditukar sendiri menjadi Aqid Amsyar Zainal.Nama,diri dan percakapannya juga ditukar seperti seorang lelaki. "Zuraidah telah merokok didalam tandas sekolah pada waktu rehat tadi!!" kata-kata Cikgu Bob iaitu GPK HEM sekolah masih terngiang-ngiang di telinga abang.Kata-kata itu juga yang menyebabkan dia memukul adiknya sendiri menggunakan getah paip.Hal itu telah menyebabkan Aqid tidak pulang ke rumah sehingga larut malam.Jauh disudut hati abang,dia kesian melihat tangan dan kaki Aqid berb

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hingga kini

LEKA

Manusia takkan pernah puas Biar apa keinginan, walau besar mana dah digapai. Tetap, Tidak puas. Kau lupa matlamat hidup sebenarnya. Bukan untuk kaya, bukan untuk bergaya. Tapi untuk hidup yang selamanya.