Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Muaz | Shisha

Assalammualaikum Abang kau nak tahu tak satu benda Kemarin aku gi shisha.. ape tah name kedai tu. aku tak tahu. tempt tu aku pernah gi dlu mase sem 6 nan tuan rizal. mase tu gi makan, bukan shisha. dah tu semalam ade la kengkawan ajrul nan renyuk semua tu kann.. ade sowang mamat ni rupa die sebijik macam Muaz.. tapi lau tak silap nama die tu Haziq. badan dia chubby, mata die sepet, mulut caboii die tuu. sebijikk kottt... Lepas tu aku dgr dowg sembang dia tu mcm video editor.. aku pun mcm.. mmmm sama laa pulak mcm Muaz.. hahaha aku teringat Muaz kot abang time tu.. Rindu waktu aktif dengan astro, waktu aktif dengan semua event2 astro.. aku rindu gila kot abang.. lama dah aku tinggal kan semua tu.. Silap besar aku gi try shisha hri tu abang.. yelaa lama kot aku try benti.. sekali dah sedut skali, terus tak boleh stop. tiap malam nak pi. tiap malam nak berasap.. acanerr?? nyesal wehhh.. klo x takde de aku menshisha kan diri kat ipoh ni.. klo tak balik kl je baru

Satu Hari Nanti

Aku inginkan hidup senang Aku inginkan hati tenang Setiap doaku untukku Setiap doaku untukmu Bawa ku bawa Semua ku sayang ku bawa Bawa ku bawa Semua ku sayang ku bawa Tadi pagi ku patah hati Dia tak mungkin kan kembali Kau tak perlu faham apa yang ku rasa Tak perlu bersedih jangan membuang masa Bawa ku bawa Semua ku sayang ku bawa Bawa ku bawa Semua ku sayang ku bawa Satu hari nanti  Aku kan bebas  Dan pada  hari itu  Dengar aku nyanyikan  Ada orang yang gilakan harta Ada yang hidup mewah tanpanya Jika tak guna apa yang disediakan Seandainya gagal jangan beri alasan Siapa yang halau  Dan siapa yang menunggu Aku tak perlu kau ikut  Hantar aku ke hujung Lambai selagi ku wujud Senyum selagi ku berdiri Senyum selagi ku berjanji

KERANDA

Assalammualaikum Salah ke? Aku tak pasti.. Marah ke? Aku pun tak pasti.. Biarkan berlalu please. Jangan ingat satu pun. Aku pun mencuba lupakan semua. Please jangan buang mcm ni. Jangan biar aku hanyut macam ni.. Abang, hari ni aku happy. kenapa? untuk pertama kali nya aku gagah kan diri stay kat kolej satu hari sampai habis semua class.. actually aku gastric kot tadi... tapi nak setel kerja punya pasal.. aku stay jugak.. tapi balik balik bilik tu memang aku muntah2 terukk kot.. sampai tertido..hahahah sedar sedar dah pukul 10 malam. And pertama kali juga dalam class time degree kali ni aku bergaul dengan budak budak dalam class.. habis semua aku harukkk.. macam mase sekolah dulu, semua budak aku kacau.. sampai miss mimi pun aku paku habiss tadi.. heeee... sampai wan cakap "dah nampak dah wehh perangai zura" hee hangpa x kenal aku lagi wehh.. kasi kenal dulu baru ckp pasal aku. Aku pelik dari semalam. tiga org dah tanya aku "kau sakit ke?

Luahan Buat Sang Abang

Assalammualaikum Abang, kau tahu tak kemarin aku kena marah dengan abg ellyas and along. Salah aku. aku degil aku x dengar cakap aku ikot hati aku je aku tak fikir diri sendiri. aku tak pikir pasal kesihatan aku. aku mengaku, salah aku. tapi abang. aku terkedu sekejap kemarin kenapa? sebab dalam satu hari aku kena marah dengan dua tiga orang aku tahu diorg risau. sebab tu diorang marah tapi aku dah cuba abng. aku dah cuba semampu aku buat apa yang mereka nak tapi aku x boleh tahan. sebab tu aku smoke balik. sebelum along marah aku malam tu. aku dh kena marah terukk dengan abang ellyas. balik dari wad tengahari tu aku jumpa abang ellyas. teruk aku kena marah, kena bebel ngan dia sebab? sebab aku lari malam tu, sebab aku tak ikot dia balik rumah umi. kata dia ummi dah tunggu kat rumah, ummi dah siap masak untuk aku.. ummi dah siapkan bilik untuk aku tidur malam tu. tapi aku takde. sebab tu ellyas marah sangat. abang ellyas marah terukk siang tu abang. mc

Sakit

Assalammualaikum Abang, aku tak tahu nak cakap macam mana apa yang aku rasa skang Jujur abang aku tak tahu nak luah pada siapa Aku tak tahu nak ajak siapa duduk dengar segala apa yang aku nak cakap. Sakit abang Sakit sangat diorang buat hri jumaat hari tu. Buat masa aku sedar, jait masa aku sedar. Kau rasa? Mungkin diorang ingat aku tak rasa apa apa. Tapi diorang sedar tak yang aku ni manusia jugak Bukan haiwan boleh buat mcm tu Dari dekat wad airmata aku ni nak mengalir Tapi aku tahan. Malam lepas diorang buat, tiub tu masih ade kat badan Esok tu baru diorang cabut. Malam tu betul betul menduga aku abang. Malam tu memang aku ingat kau, ingat bonda Kenapa? Malam tu aku lapar sangat abang, Sebelum operate diorang tak kasi makan pagi tu, Malam sebelum tu pulak aku tak makan. Lepas operate tu, dorang bagi bubur. Adik kau makan bubur ke abang? Kau tahukan abang dri kecik, sampai besar aku klo makan bubur mmg aku muntah balik So memang tak

Sendiri

Assalammualaikum Abang. sekarang pukul 1.30 pagi. aku kat kfc sekarang. dari petang tadi sebenarnya. nak kata aku buat kerja, aku search je banyak nii.. taip semuanya tak lagi. aku tak tahu kenapa aku pilih duduk kat sini hari ni. mungkin aku rindu nerdy. rindu sangat. ikotkann abang ellyas nak ambik aku malam ni. ambik kat bilik. tapi petang lagi aku dah cabut lari ke sini bukan aku sengaja buat die mencari. tapi aku cuma tak mahu mengikut die pulang. kalau aku balik rumah umi malam ni. mesti umi akan marah aku teruk. lagi lagi sebab hari tu. aku malas nak dgr la abng. ni aku demam lagii ni.. lagi laa umi tu banyak bebel. sebab tu aku duduk sini kot. walaupun sensowg. kau tahu je la kan abang. adik kau ni mane nak lepak sowg sangat klo tmpt ramai org. tapi malam ni aku buat. cuma aku tak makan je lagi.. tadi ade kawan aku dtg, tapi aku x beli pape pun. just beli air. abang. kau tahu tak apa aku rasa? kau tahu kan abang? aku malas nak mention... tapi ju

DEMAM

Assalammualaikum, Abang. Aku demam. Dah dekat dua minggu. Bila dah elokk.. sehari dua lepas tu demam balik.. Kena berbalik balik Kau tau je la kann abang aku demam macam mana Elehhh die lain macam Selalu kalau demam aku akan call bonda. Then nangis kat bonda. Tapi kali aku demam aku tak dapat  call bonda pun… Aku nak sangat call bonda.. Tapi aku tak boleh.. Abang… Kau tahu jela adik kau ni mcm mana. Kalau demam x sah kalau x nangis. Nampak mengada ngada kan?? Tapi tu la adik kau ni. Sampai ke besar bila demam mcm ni. Sekarang aku nak sangat balik rumah.. Duduk rumah. Aku nak bonda abang. Aku nak bonda jaga aku sekarang.. Aku rindu bonda. Rindu sangat abang. Rindu masakan bonda Rindu tido atas riba bonda Rindu bonda usap kepala aku Rindu saat bonda jaga aku masa demam… Kau tahu tak abang Saat aku menulis posting ni pun Air mata aku  deras mengalir. Badan aku panas. Batuk selsema semua pakej sekali Aku penat abang. Dua

Kekuatan Lagi

Assalammualaikum Abang, Adik kau demam. Sakit abang apa yang diorang buat hri tu. Aku nak jerit tak boleh. Aku nak cakap tak boleh. Yang aku mampu masa tu, biarkan airmata aku mengalir. Abang, Datanglah… Aku tak kuat abang. Aku tak kuat sensorang macam ni. Makin macam macam yang jadi abang. Aku tak lalu lagi dah dengan semua ni. Abang, Aku ingat kau, Dulu aku buat endoscopy ni kau ada. Kau sama sama masuk bilik tu tengok doctor buat. Tapi semalam, aku sensorang abang. Sakit sangat abang. Aku nak jerit tak boleh, Aku nak suruh dia stop pun tak boleh, Aku tak boleh buat apa abang. Selain aku biarkan airmata aku je terus mengalir. Abang, Datang please. Aku nak kau. Bonda, Walid jauh Aku nak nangis dekat bahu kau abang. Aku nak kekuatan kau. Aku nak peluk kau erat erat. Bawa kau kesini, teman aku sentiasa Itu yang aku inginkan Tolong lah abang. Datang untuk aku. Demi Allah, Aku tak kuat sekarang… Dengan demam lagi, de

Along

Assalammualaikum. Satu lagi benda tak diduga Semalam sekali lagi hidung aku berdarah.. pakej skali dengan batuk berdarah. ingat boleh tahan. last2 pukul 2 pagi tu ke hospital jugak aku. macam hari tula. dowg cucuk ubat untuk bagi beku an darah. biar tak menalir lagi darah. then diorang masuk menda tah dalam hidung bagi darah tu stop. sakit memang sakit weh. aku sedarrr die masukkan benda tu... die jolok jolok kat hidung aku.. airmata sampai tak terkeluar dah. dah tak terkata mcm mana rasa sakit tuu... lepas tu dowg suruh rest. pukul 7 mcm tu ade doktor suruh masuk wad. sebab nak masuk cmre dlm badan nak tgk takot2 usus aku problm sebab ni kan dh kali ke 3 aku kena mcm ni. tapi hari ni aku ade present. aku cakap elok2.. aku minta esok or rabu buat benda tuu..sebab klo x silap aku buat benda tu makan sehari juga kena rest kat hospital. memula doktor tu tak kasi, sebab tkot kena lagi malam ni. tapi aku cakap elok elok sume then die kasi. but die akan infom esok o

Nekad

Assalammualaikum Insya Allah kalau xde apa ash datang Ipoh esok hantar keta untuk aku guna seketika. sampai je ash esok, aku nak pergi satu tempat dan kalau boleh aku xnak balik dah. tapi tu kalau boleh la, but aku takut. memang tak boleh kan? untuk sehari pun jadi lah. Nekad! Call tuan, cakap nextweek masuk kerja. Memang tuan terkejut, Tapi macam aku cakap! Aku nekad! Lagi aku duduk macam ni, lagi aku pikir benda-benda bodoh tu semua. Tapi kerja untuk dua bulan saja. Nasib tuan rizal faham. So nextweek ke Arau semula. Jumpa semua pelatih, Ada yang baru, ada yang lama. Ada batch yang dah kenal aku, Ade belum. So insya Allah Jumaat minggu depan aku kesana. Untuk berkerja semua dan kenal semua pelatih. Aku tahu aku makin tak kuat, tapi aku kena berlagak kuat! sebab tak sapa boleh kuatkan aku. even dia. Klo panjang umur, ke arau nanti singgah sekali penang untuk setel semua masalah dengan dia. apa yang tak puas hati, apa yang terbuku

Waris

Assalammualaikum Tarikh dah dapat, aku takut. tapi una kata "kau tak boleh takut" and along plak mempersoalkan "kawan aku sid tu sakit gak, happy je aku tgk die asal kau tak?" tiada jawapan hahaha. aku sendiri pergi, aku sendiri buat keputusan tapi aku tak boleh waris atau keluarga kena ada. kena sign jugak. aku buntu saat tu aku nak hubungi siapa? di hkl, waris aku si along tu. di bainun jugak aku tulis nama dia. tapi pagi tadi aku x sampai hati nak panggil die dtg hsptl sebab semalam pun dia dah balik lewat. sebab aku. sebab aku berkeras x mau balik, sorry lah. dalam terpaksa aku hubungi umi aku cerita satu satu pada dia. aku bagi tahu semua pada dia dia terdiam. aku hanya minta dia datang untuk sign apa yang hsptl mahu dan aku janji sepanjang tu nanti aku takkan menyusahkan dia aku tahu, selama ini masa aku kecik saat aku sakit umi yang jaga cuma dah besar ni aku jarang dengan umi sejak esya meninggal aku makin renggang dengan umi

Aku penat

Assalammualaikum Pukul 10 pagi bukak lappy untuk bercerita tentang semalam apa yang jadi malam tadi betul betul aku tak menjangka lihat pada alirannya aku mula begini sejak habis diploma aku balik ke seremban disebabkan batuk berdarah, muntah darah semua tu aku kena tahan wad. lepas tu ambik air tulang belakang dan aku trus flat hampir 3 minggu buat pulak operation untuk slip disk kali pertama buat aku masih macam tu, kali kedua buat, aku gagah kembali berjalan aku pulang ke ipoh selepas tu aku jalani fisio setiap hari aku menahan sakit setiap hari aku bergaduh dengan family lagi sampai satu hari tu pihak hospital syak benda yang aku x pernah terfikir then cuti, aku masuk wad di kl buat scan, buat mri, ambik air tulang belakang lagi. yes aku disahkan. tapi aku masih bertahan. sehingga semalam. dan semalam aku kembali muntah darah. kenapa? apa yang diatur sebenarnya. apa sebenar benarnya? AKU PENAT
Assalammualaikum Aku tak pasti sama ada aku bertindak bodoh atau aku memang bodoh? Marah! iyerr aku marah. sebab tu angkat je call tadi aku terus memaki baran? iyerr mungkin masih ada sukar untuk buang sikap ini sikap bodoh aku selama aku hidup ni aku bukan membuang macam aku cakap sebelum ni aku nak bersendiri even keluarga aku sendiri aku ketepikan sahabat aku sendiri aku biarkan semua kenalan aku aku abaikan faham atau tidak? hanya buat seketika kalau mmg takdir untuk slamanya kau kena trima terima aku tak ada lagi kat dunia ni kau menyalahkan aku seolah olah aku membuang kau seperti sampah! itu ke yang aku buat? aku beritahu kau aku tak ada untuk sebulan dua bukan aku terus menghilang tanpa kata sikit masa je aku minta beri aku ruang aku malas untuk semua benda ni aku nak enjoy! aku nak happy! aku nak gelak ketawa dengan semua orang so please. beri aku rasa semua tu beri aku rasa apa yang aku ingin kan aku akan balik pada kau tapi aku tak janji

Biasa

Aku Sudah Biasa Ku sudah biasa Bila lagi mahu rasa? Mahu hidup ku selesa, Janji bahagia Sudah cukup sempurna Bila lagi boleh bawak pusing satu dunia? Duit tak punya akan ku cari jua Bagaimana pun ku usahakan Doamu buat ku bertahan! Bagaimana pun, aku dapatkan Jangan risau Aku sudah biasa Ku sudah biasa Berpayah untuk kau? Sudah biasa Jangan risau aku cuba buat kau tersenyum semula Tak seberapa cukup untuk semua Aku masih perlu masa selesaikan segalanya untuk mu Salam

Harapan

Assalammualaikum Aku kesini lagi Sedang aku bergelak ketawa dengan member datang seseorang yang tak diduga datangnya dia tanpa memberi tahu datangnya dia tanpa aku jangka! ketawa bertuka hiba ketawa bertukar terharu ketawa bertukar syahdu marah aku pada dia masih ada marah aku pada dia masih kuat tapi bila dia datang menyapa aku terkedu terkedu buat seketika dan tanpa aku sedar aku bangun dan terus memeluk dia dan kenapa air mata aku ni mengalir saat dia datang? kenapa aku menangis? Ajam kau datang bagai memberi semangat kau datang seolah olah kau tahu apa yang aku pendam kan saat ni aku bergelak ketawa ajam, aku cuba lupakan semuanya tadi tapi kau datang dan aku lepaskan semua pada kau terima kasih ajam. terima kasih sangat! Setegas mana kau pada aku, aku mengaku kau tak pernah lupa beri nasihat buat aku beri semangat buat aku beri segala apa yang aku ingin kan. walaupun kadang kadang kata kata kau tu menyakitkan hati terima kasih ajam. menitik air ma

Berdiam

Assalammualaikum "Jika harus harus ku berdiam menjadi seorang yang tak bisa berbicara sanggup ku lakukan semua ini kerna mu supaya tidak ada ruang untuk berpisah" Teringat bait kata dari lagu Gara Diriku Nyanyian Ajai Mungkin masa untuk berdiam Sahabat bukan sesuka hati aku ingin melarikan diri darimu bukan mahu aku ingin menjauh darimu ketahui lah wahai sahabat, aku ingin yang terbaik. dah terlalu banyak aku membuat orang kecewa aku tak mahu mengulanginya lagi maafkan aku Aku mula cuba untuk tidak bercerita apa pun pada mereka, pada kamu, pada dia pada semuaa.. walaupun pada Ajrul yang mengetahui semuanya biar menjadi rahsia aku apa pun yang aku alami selepas ini. biar hanya aku yang ketahui sebab hanya aku yang merasai semua... hati makin terbuka, fikiran makin malas untuk berfikir dan yang pasti aku hanya ingin mengikut apa saja... sebab aku tahu, aku kuat! Salam

SETERUSNYA

Assalammualaikum Terdengar lagu Kau dan Aku. Dan difikiran terus terlintas satu persatu kenangan. kenangan antara aku dan dia. dia, Ellysya Balqis Binti Amirfitri hampir 8tahun rasanya dia pergi. pergi diambil Illahi. aku tahu terlalu lama aku tidak menyebut nama dia disetiap posting yang aku lakukan, aku tahu dah terlalu lama untuk meratapi pemergian dia, menyalahkan diri aku sendiri. aku redho dengan semua, tapi itu bukan bermakna aku dpt lupakan semua dengan mudah. depan mata aku dipergi, depan mata aku dia dilanggar. dan sehingga kini, diri masih dibelenggu rasa bersalah. walau dengan siapa pun aku, dia tetap orang yang selalu aku ingat. walaupun aku dh mula tinggalkan semua, dunia songsang tapi dia masih aku ingat. kenapa wujudnya blog ni? apa asal usul blog ni? siapa yang dah terlalu lama mengikut blog aku, mereka tahu. tahu kenapa aku luahkan segalanya kat sini. semua kerana dia, kerana dia ingin aku terus menulis. kerana dia tahu aku mcm mana. aku mul