Skip to main content

Waris

Assalammualaikum

Tarikh dah dapat,
aku takut.
tapi una kata "kau tak boleh takut"
and along plak mempersoalkan "kawan aku sid tu sakit gak, happy je aku tgk die asal kau tak?"
tiada jawapan
hahaha.
aku sendiri pergi,
aku sendiri buat keputusan
tapi aku tak boleh
waris atau keluarga kena ada.
kena sign jugak.
aku buntu saat tu
aku nak hubungi siapa?
di hkl, waris aku si along tu.
di bainun jugak aku tulis nama dia.
tapi pagi tadi aku x sampai hati nak panggil die dtg hsptl
sebab semalam pun dia dah balik lewat.
sebab aku.
sebab aku berkeras x mau balik,
sorry lah.

dalam terpaksa
aku hubungi umi
aku cerita satu satu pada dia.
aku bagi tahu semua pada dia
dia terdiam.
aku hanya minta dia datang untuk sign apa yang hsptl mahu
dan aku janji sepanjang tu nanti aku takkan menyusahkan dia
aku tahu, selama ini masa aku kecik
saat aku sakit umi yang jaga
cuma dah besar ni aku jarang dengan umi
sejak esya meninggal aku makin renggang dengan umi
aku tak mahu susahkan umi lagi.
sebab tu aku janji pada dia aku takkan susahkan dia nanti
umi datang,
dari chemor umi datang untuk jumpa doctor.
umi sign tanpa bertanya apa apa pada aku.
umi marah kerana aku buat keputusan aku sendiri
merahsiakan semua dari semua
umi...maaf.

Aku tahu along, umi, una nak yang terbaik buat aku
aku tahu ketiga-tiga mereka fikir jauhhh yang akan datang
mcm tu juga aku, aku fikir, aku risau, aku takut
semua rasa ada.
Bukan aku berkeras, berdegil atau ego
tapi sukar aku nk ungkap apa yang aku rasa.
maaflah kalau kalian terasa bila aku langsung
tak mendengar segala nasihat, cadangan atau suruhan kalian.
aku takut aku tersalah pilihan, dan terus terperangkap
aku sayang kalian.
bukan bermakna aku tak menyayangi keluarga aku.
tapi..
tika ini, saat ini kalian yang ada depan mata aku.
aku tahu keluarga selalu mendoakan aku yg terbaik,walau aku tak tahu.
tapi percayalah. aku akan kembali pada mereka,
dan mereka akan mengetahui semua.
cuma sekarang masanya belum tiba.
along, aku buat dah apa yang kau suruh.
una, aku buat jugak apa yang kau suruh
tapi hati aku masih sama.
aku menangis saat lakukan apa yang along suruh,
bunyik mcm bodoh kan aku??
tapi aku lakukan.
aku fikirrr semua yg along suruhh aku fikir, dan yg aku dapat airmata yang mengalir.
bila aku buat apa yang una suruh, aku hanya rasa kekuatan untuk
decide hari ni.. aku tak nampak apa apa yang berkaitan mereka
mungkin pada kalian aku anak yang tak mengenang budi
maaf kan aku along, una.

Salam

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.