Skip to main content

Kekuatan Lagi

Assalammualaikum

Abang,
Adik kau demam.
Sakit abang apa yang diorang buat hri tu.
Aku nak jerit tak boleh.
Aku nak cakap tak boleh.
Yang aku mampu masa tu, biarkan airmata aku mengalir.
Abang,
Datanglah…
Aku tak kuat abang.
Aku tak kuat sensorang macam ni.
Makin macam macam yang jadi abang.
Aku tak lalu lagi dah dengan semua ni.
Abang,
Aku ingat kau,
Dulu aku buat endoscopy ni kau ada.
Kau sama sama masuk bilik tu tengok doctor buat.
Tapi semalam, aku sensorang abang.
Sakit sangat abang.
Aku nak jerit tak boleh,
Aku nak suruh dia stop pun tak boleh,
Aku tak boleh buat apa abang.
Selain aku biarkan airmata aku je terus mengalir.
Abang,
Datang please.
Aku nak kau.
Bonda, Walid jauh
Aku nak nangis dekat bahu kau abang.
Aku nak kekuatan kau.
Aku nak peluk kau erat erat.
Bawa kau kesini, teman aku sentiasa
Itu yang aku inginkan
Tolong lah abang.
Datang untuk aku.
Demi Allah, Aku tak kuat sekarang…
Dengan demam lagi, dengan selsema, panas badan…
Batuk lagiii…
Kau ingat aku boleh tahan abang?
Abang,
Bawa aku lari dari semua ni.
Aku mohon.
Aku tak tahu esok lusa apa lagi yang bakal aku rasa.
Aku tak tahu esok lusa aku bakal bersama siapa untuk hadapi semua ni
Aku tak tahu esok lusa siapa bakal datang dan siapa bakal pergi.
Tapi aku tahu, jika kau hadir.
Kau akan terus dengan aku sampai akhirnya.
Kau sendiri yang akan berjuang dengan segala kata-kata kau
Kau kekuatan aku abang.
Aku terlalu ingin kau kembali
Datanglah wahai abang.
Aku merintih.


Salam

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.