Skip to main content

Harapan

Assalammualaikum

Aku kesini lagi
Sedang aku bergelak ketawa dengan member
datang seseorang yang tak diduga
datangnya dia tanpa memberi tahu
datangnya dia tanpa aku jangka!
ketawa bertuka hiba
ketawa bertukar terharu
ketawa bertukar syahdu
marah aku pada dia masih ada
marah aku pada dia masih kuat
tapi
bila dia datang menyapa
aku terkedu
terkedu buat seketika
dan tanpa aku sedar aku bangun dan terus memeluk dia
dan kenapa air mata aku ni mengalir saat dia datang?
kenapa aku menangis?
Ajam
kau datang bagai memberi semangat
kau datang seolah olah kau tahu apa yang aku pendam kan saat ni
aku bergelak ketawa ajam,
aku cuba lupakan semuanya tadi
tapi kau datang
dan aku lepaskan semua pada kau
terima kasih ajam.
terima kasih sangat!
Setegas mana kau pada aku,
aku mengaku kau tak pernah lupa beri nasihat buat aku
beri semangat buat aku
beri segala apa yang aku ingin kan.
walaupun kadang kadang kata kata kau tu menyakitkan hati
terima kasih ajam.
menitik air mata sekali lagi melihat apa yang bonda kirimkan buat aku

Bonda,
aku rindu
rindu bercakap dengan bonda
rindu untuk bergelak ketawa dengan bonda
rindu untuk bermanja dengan bonda
yang pasti aku terlalu rindu untuk memelukmu bonda
aku tahu, doa mu sentiasa ada untuk aku
walau bonda sendiri tak tahu apa yang terjadi sekarang
terima kasih bonda
terima kasih sangat

Pagi tadi macam biasa masuk ubat
dan kali ni pakej skali dengan masuk air
lama aku bersapaa kat hospital tadi
lama aku menunggu untuk habis 2 botol air
makin hari makin mcam mcam yang berlaku
esok aku tak thu apa yang bakal jadi
lusa aku tak thu apa yang bakal rosak lagi
seterusnya aku tak tahu ubat jenis apa lagi yang
harus aku ambil
kadang kadang aku menyerah
kadang kadang aku teguh kembali
dan ada ketika aku seperti diberi kekuatan yang aku sendiri tak jangka
apa sebenarnya?
tapi aku tahu
aku kuat!
aku harus kuat
untuk apa?
untuk semua yang belum mengetahui
untuk mereka yang datang pada aku dengan harapan aku
membuat mereka ketawa, membuat mereka gembira
yess! untuk mereka semua aku harus teguh!
tapi aku berharap,
saat aku tersungkur nanti,
akan ada yang datang menghulur tangan
dan mengangkat aku kembali
dan ketika itu juga aku berharap
takkan ada seorang pun yang bakal membuat aku
terjatuh kembali
aku mohon.

Salam


Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.