Skip to main content
Assalammualaikum

Aku tak pasti sama ada aku bertindak bodoh
atau aku memang bodoh?
Marah!
iyerr aku marah.
sebab tu angkat je call tadi aku terus memaki
baran?
iyerr mungkin masih ada
sukar untuk buang sikap ini
sikap bodoh aku selama aku hidup ni
aku bukan membuang
macam aku cakap sebelum ni
aku nak bersendiri
even keluarga aku sendiri aku ketepikan
sahabat aku sendiri aku biarkan
semua kenalan aku aku abaikan
faham atau tidak?
hanya buat seketika
kalau mmg takdir untuk slamanya
kau kena trima
terima aku tak ada lagi kat dunia ni
kau menyalahkan aku seolah olah aku membuang kau seperti sampah!
itu ke yang aku buat?
aku beritahu kau aku tak ada untuk sebulan dua
bukan aku terus menghilang tanpa kata
sikit masa je aku minta
beri aku ruang
aku malas untuk semua benda ni
aku nak enjoy!
aku nak happy!
aku nak gelak ketawa dengan semua orang
so please.
beri aku rasa semua tu
beri aku rasa apa yang aku ingin kan
aku akan balik pada kau
tapi aku tak janji
mcam aku cakap sebelum ni
aku tak tahu apa akan jadi esok lusa
klo masih ada, aku akan kembali
klo tiada, kau kena terus kan semua
tanpa aku.

Salam

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.