Skip to main content

Berdiam


Assalammualaikum

"Jika harus harus ku berdiam menjadi seorang yang tak bisa berbicara
sanggup ku lakukan semua ini kerna mu
supaya tidak ada ruang untuk berpisah"

Teringat bait kata dari lagu Gara Diriku
Nyanyian Ajai
Mungkin masa untuk berdiam
Sahabat
bukan sesuka hati aku ingin melarikan diri darimu
bukan mahu aku ingin menjauh darimu
ketahui lah wahai sahabat,
aku ingin yang terbaik.
dah terlalu banyak aku membuat orang kecewa
aku tak mahu mengulanginya lagi
maafkan aku

Aku mula cuba untuk tidak bercerita apa pun
pada mereka,
pada kamu,
pada dia
pada semuaa..
walaupun pada Ajrul yang mengetahui semuanya
biar menjadi rahsia aku apa pun
yang aku alami selepas ini.
biar hanya aku yang ketahui
sebab hanya aku yang merasai
semua...
hati makin terbuka,
fikiran makin malas untuk berfikir
dan yang pasti aku hanya ingin mengikut apa saja...
sebab aku tahu,
aku kuat!

Salam

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.