Skip to main content

Aku Okey!

Assalammualaikum.

Tiga hari sudah terjaga dri lena dan hanya
memikirkan benda yang sama.
Arwah abg wan pernah cakap
"klo kau fikir benda yang baik baik, insya Allah yang baik baik je jadi"
Dan itu yang aku lakukan dari
hari pertama aku dapat tahu.
Insya Allah semua yang baik baik je jadi.
Izwan.
aku rindu kata kata semangat dari kau.
aku rindu semuaa tentang kau.
adik kau ni tengah terduduk jatuh
dan masih mengharapkan kau datang untuk
menghulur tangan kembali.
aku pasti semuaa abang aku tahu apa yang jadi sekarang.
semuaa apa yang aku rasa sekarang
dan semua apa yang aku fikirkan sekarang.
Bukan tak percaya pada takdir,
bukan ingin menolak takdir.
tapi hati ni kuat dan terlalu ingin semuanya kembali.
mereka kekuatan aku, semangat aku
dan mereka orang orang yang tak pernah menolak aku
walau apa pun jadi pada aku.
malah saat aku tersungkur teruk mereka tak pernah
lupa untuk menghulur tangan membantu.

Ajam.
aku tahu kau ada.
aku tahu kau cuba untuk menganti tempat izwan.
tapi maaf ajam.
aku masih membayangi izwan akan kembali,
walau aku tahu ia hanya imaginasi aku,
tapi aku tahu oneday aku akan jumpa jugak dia.
dia abang yang tak pernah menolak aku walau
apa pun aku lakukan pada dia.
dia hadam semua sikap aku,
dia tadah semua herdikan aku.
dan dia juga orang sering beri aku seribu satu
kata kata yang sering membuatkan aku bangkit semula.
dan aku rindu itu semua.

Along..
Bukan niat aku ingin meraih simpati,
bukan niat aku ingin membuat semua risau.
tapi aku hanya ingin berkongsi rasa,
berkongsi cerita.
Maaf Along aku cerita benda tak sepatutnya pada kau.
Satu sesalan besar aku rasakan saat kau terdiam
masa aku bagi tahu tadi.
Masing masing hilang kata-kata kan?
itu yang aku rasa saat aku sendiri mendengar semua.
Aku cuba menyembunyikan semua dari kau Along.
tapi aku x boleh.
dan kadang kala aku rasakan kau juga seperti izwan.
menjadi satu kemestian buat aku untuk beritahu kau.
walaupun berat, tapi aku lakukan.
Maaf sangat-sangat along.

Kata pada diri.
semua akan okey.
Kata pada diri.
aku okey.
Kata pada diri juga
semua ni hanya permainan dunia,
dan lebih tepat ianya pencaturan dunia.
lakukan, teruskan tanpa sikit pun menoleh ke belakang.
ikot segala rentak yang telah diatur.

yeah! aku okey :)

Salam

Comments

Popular posts from this blog

Bawa Kembali

Tiba satu saat terfikir untuk menyerah Mengangkat tangan tanda aku tewas Tewas dengan pencaturan dunia Melihat manusia yang datang dan pergi dari hidup Membiarkan diri terus terumbang ambing Mencari jalan hidup sendiri Sedang diri memerlukan tangan tangan yang menghulur Terima kasih pada yang menghulur tangan kosong Yang memberi satu pengajaran dalam hidup Yang mengajar pelbagai cara bagaimana menjadi susah Susah menjadi manusia anak kepada Zainal Abidin Tika diri mahu mati Di biar tinggal sendiri membiarkan luka dan segala darah terus mengalir luka ini bakal busuk dan aku bakal terus pergi Pergi bertemu kekasih atau teman yang paling setia mendengar segala keluhan aku Mendengar segala rintihan aku Yang tidak pernah meninggalkan aku walau sesaat Yang tidak pernah alpa pada aku walau sesaat Yang sering memberi aku kekuatan saat diri terus Lalai dengan segala perintah nya Ya aku yang alpa Aku yang leka Aku yang membuang dia suatu ketika dulu Tuhan bawa aku kem...

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Alhamdulillah!

Assalammualaikum esya! heyy!! semua nye dh berjln ngan lancar..alhamdulillah! esya...qid happy sgt skng!... sbb org yg slalu ngan qid..yg slalu support qid setia tunggu qid kat sni.. sedar2 jeee qid..dowg ade depan mate qid pagi tdi.. qid thu knp jasad qid ni bertenaga sgt! mungkin sbb dowg ade depan qid support qid kott tuh yg memberi semangat buat qid... thankz mama,ayah...abg..sis and ira dan remy!! aku syg kowg sgt2... even kowg marah aku..even kowg benci aku... kowg masih ade kat sni blerr dgr sesuatu jadi kat aku kannn.. thankz kawan! tq so muchhh!!! semalam qid masuk bilik azap uhh tepat pukul 10 malm... ikot kannn masuk awal dlm pkul 7 lebih..tapi th mcm mane bleh tekanan drh tinggi and sesak nafas... qid tk thu knp! and last2 pk cu bg ubt tido then qid tido! dowg kte qid masuk pkul 10 kuar dlm pkul 12 lebih... pak cu sendiri ckp mcm ni " tk thu knp kli ni kau blh sedar awal.dan thu knp smlm semua nye berlaku cepat.kau pun nampak mcm xde pape.....