Skip to main content

KETABAHAN

Assalammualaikum,
Masih ke sini..
Air mata menitik lagi.
Jujur makin hilang semangat
sedang terbaring ambil mood untuk lena,
bagai air terjun yang laju jatuh di kelopak mata.
apa punca nya?
aku tak pasti.

Nazry,
hati aku kuat merasakan aku akan mengikut jejak kau.
kembali terlantar setelah bertahun tahun aktif
dan aku juga merasakan aku akan mengikut kau
Saat kau sihat, segalanya kau lakukan,
kau pusing merata.
dan saat kau terduduk, kau hanya menurut dan membiarkan semuanya.
Nazry,
aku ingin kekuatan kau yang dulu.
ketabahan kau menerima semua apa yang jadi
setelah kau sihat bertahun tahun.
beri aku kekuatan tu Nazry.
Aku belum puas pusing dunia,
aku belum puas merasa semua
dan belum puas aktif seperti sebelum ini

Diri masih mampu tersenyum,
dan senyuman ini akan mati
pada mereka yang mengetahui segalanya nanti
dan aku akan pastikan tak siapa pun yang mengetahui
Jangan pernah buat orang risau,
jangan pernah buat orang menangis,
jangan pernah buat orang hilang arah
hanya kerana diri kita sendiri
itu yang aku masih pegang sehingga hari ini

Al-Fatihah buat mu Ahmad Nazry.
Kita akan bertemu, satu hari nanti.
itu pasti!!!
Salam syg buat kedua abang aku yang turut bersama kau Nazry.


Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.