Skip to main content

Terakhir Kali

Assalammualaikum.
datang kembali untuk bercerita tentang semalam.
dan ianya yang terakhir.
tiada apa apa yang special tentang semalam,
cuma semalam aku lebih aktif,
dan yang pelik aku boleh bercakap dengan orang
yang tak pernah aku tegur.
tersenyum sendiri bila teringat
bukan susah rupanya untuk bercakap
tapi itu yang terakhir.
terima kasih pada semua yang pernah membantu,
dan yang pernah menyusahkan sepanjang aku nak dapatkan
kelima lima award tu.
yang pasti kelima lima itu bukan untuk aku
tapi semuanya buat bonda dan ayahanda.
aku tunaikan semua yang diinginkan.







********************

Hari ni hari yang paling aku takut
seminggu dah aku memikirkan tentang hari ni
macam iwan ckp, pikir yang baik baik je.
along mesg pon aku minta dia pun mendoakan yang baik baik
bukan tak mahu beritahu sang bapa
tapi aku tak mahu dia risau.
cukup selama 21 tahun ni dia sering runsing tentang aku
sikap aku, perangai aku, kelakuan aku dan yang pasti tentang diri aku
aku nak juga buat dia tersenyum.
mungkin dia akan tersenyum 
tapi satu hari nanti.

Siapa pun kalian yang membaca,
doakan yang baik baik buat aku,
jangan ditanya kenapa aku?
cukup aku minta doakan yang terbaik je

Ajam maaf tak membalas msg menjawab semua persoalan kau,
kalau kau perlu thu nanti, kau akan tahu.
itu pasti.

Salam

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.