Skip to main content

Buat Abang

Assalammualaikum

Makin hari terasa makin pelik
pelik dengan sikap sendiri
pelik dengan segala benda

abang,
macam kau tahu apa yang jadi sekarang,
2 hari sekali aku masuk ubat.
dan sabtu lepas ubat yang pertama
dan aku berasa sangat lemah abang
masuk je ubat lepas berapa jam badan aku menggigil saja
aku makan apa je keluar balik
abang, aku tak kuat.
aku ingatkan itu effect untuk hari tu saja
tapi hri ahad pun sama abang
menggigil satu badan,
aku ingat kan sebab lapar,
tapi bila aku makan semua keluar balik
kenapa abang?
aku takut abang.
aku takut sangat
tekak aku rasa tawa.
rasa payau.
rasa mcm orang tengah demam tu.
tapi aku tak demam.
kenapa abang?
esok ubat yang kedua.
dan sekarang aku masih terasa lagi effect ubat yang pertama,
macam mana nak masuk ubat yang ke dua?
abang.
aku tak tahu nak cerita kat siapa.
aku rasa takut sangat abang.
rasa takut yang aku rasa klo aku cerita kat siapa-siapa
sorang pun takkan faham...
yes abang!
sorang pun takkan faham.
aku cari kau, tapi sini je aku boleh tulis luah semuanya.
datang lah abang, bagi semangat pada aku
aku tak kuat,
setiap kali badan aku menggigil aku ckp pada diri
"ni sekejap je"
tapi bila kena dua tige kali dalam sehari,
aku nangis...
aku nangis sebab aku tak tahu nak cakap kat siapa apa aku rasa.
abang, datang lah
aku nak kekuatan,abang.
aku kena kuat...kan?
aku kena kuat depan semua,
aku kena kuat untuk semua..
tapi kekuatan aku ni makin kurang..
datang lah abang, beri aku kekuatan.

akhir akhir ni aku banyak sangat menangis sendiri,
yer aku jarang menangis kan bila sakit?
tapi kali ni aku tewas,aku rasakan klo aku menangis
baru aku puas.
tapi tangisan tu punca aku makin lemah.
kan?
aku tahu tu...
tapi aku nak buat apa abang?
aku cerita pada orang, tak siapa yang faham.
aku luah pada orang, tak siapa akan mendengar.
dan setiap kali airmata ni jatuh,
yang aku ingat hanya kamu berdua abang.
aku terlalu mengharapkan kalian kembali.
beri aku semangat..
mcm mana sham, mcm mana alang pernah beri semangat pada aku dulu.

aku mengharapkan kalian doakan aku makin teguh.
makin boleh menerima semuanya
makin boleh melalui semuanya
doakan aku abang, biar kalian takde kat sini
cukup doa kalian tu dah memadai
dan aku harapkan apa pun effect untuk esok,
aku dapat lalui dengan lebih kuat, dan menahan semua dri terduduk depan orang.
aku harap sangat.

Salam

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.