Skip to main content

Posts

Buat Abang

Assalammualaikum Makin hari terasa makin pelik pelik dengan sikap sendiri pelik dengan segala benda abang, macam kau tahu apa yang jadi sekarang, 2 hari sekali aku masuk ubat. dan sabtu lepas ubat yang pertama dan aku berasa sangat lemah abang masuk je ubat lepas berapa jam badan aku menggigil saja aku makan apa je keluar balik abang, aku tak kuat. aku ingatkan itu effect untuk hari tu saja tapi hri ahad pun sama abang menggigil satu badan, aku ingat kan sebab lapar, tapi bila aku makan semua keluar balik kenapa abang? aku takut abang. aku takut sangat tekak aku rasa tawa. rasa payau. rasa mcm orang tengah demam tu. tapi aku tak demam. kenapa abang? esok ubat yang kedua. dan sekarang aku masih terasa lagi effect ubat yang pertama, macam mana nak masuk ubat yang ke dua? abang. aku tak tahu nak cerita kat siapa. aku rasa takut sangat abang. rasa takut yang aku rasa klo aku cerita kat siapa-siapa sorang pun takkan faham... yes abang! sorang pun takkan f...

Puisi buat Ayahanda

Puisi buat Ayahanda! Ayah, Kita memang tak pernah berkawan baik Bila kita senyum, terasa pelik Ayah, Kadang kadang bila aku rasakan Tidak sama dengan apa yang aku katakan Kita semakin jauh bila bonda tiada Bonda pergi tinggalkan kita, bila kita tidak terasa Kita bukannya orang yang paling rapat dalam dunia ayah, Rasa dalam jiwa ini ada kadang-kadang masanya goyah, Semenjak bonda pergi, kamu kuncikan bibir itu Padahal dimasa itu, waktu aku paling perlu Maaf ayah ada satu waktu itu yang mana aku mula menjauhkan diri aku dari kamu, Aku rangkul teman teman Aku benci sama kamu Aku baling semua itu Aku pergi pada kawan kawan ku Kemudian aku katakan “ ayahhh kau takkan faham apa aku rasa” “Ayah apa yang aku ada didalam ini semuanya kerana kamu tidak reti menjaga” Aku limparkan kata kata nista buat ayahanda Bersorak bergempita syaitan syaitan ditepi tangga Mengatakan “tahniah tahniah buat mu juga” Kemudian disatu hari itu, Jika kamu...

Ayahanda dan Bonda

Assalammualaikum Kali kedua raya tanpa keluarga Mungkin pada yang mengetahui menyalahkan aku kerna aku sendiri berkeras. tapi asal kalian tahu, aku ingin ruang untuk sendiri, maafkan aku Sesampainya disini aku tersenyum, aku tak tahu mengapa mengapa lebar sungguh senyuman aku mungkin aku terlalu inginkan kedamaian disini, atau mungkin aku cuba menyembunyikan sesuatu yang besar dari pengetahuan org lain? entah laa.. aku sendiri tak pasti. esok bakal kembali ke ipoh, dan aku harapkan di Ipoh nanti aku dapat membuat keputusan yang semua nantikan keputusan untuk masa depan. masa depan ke? atau keputusan untuk nyawa? aku sendiri tak pasti.. Takbir raya sekali lagi berkumandang, aku mendengar setiappp alunan takbir yang aku dgr, dan setiap kali itu ayat suci dan indah itu membuat aku menangis. Aku kesini juga untuk menyatakan rindu aku pada keluarga, rindu aku pada ayahanda dan bonda rindu saat semua berkumpul satu meja makan segala juadah yang ada. aku rind...

...

Assalammualaikum. Diberi dua pilihan untuk aku ambil, apa yang aku sendiri mahu tapi aku masih tiada jawapan Buntu!! Aku cuba search, ambik segala info ketahui segala benda dan aku bertambah Buntu! Buntu memikir kan semua benda Sedar tak sedar sedang membaca semua pengalaman orang lain, air mata aku mengalir Kuatkan aku Tuhan, aku mohon. aku takut sangat

AKTIF

Assalammualaikum Tersenyum sendiri mendengar berita, Betul apa aku rasa nazry. dia kembali aktif, tapi beza nya kini aku sendiri.. tiada abang yang merawat aku seperti dulu, yang menghantar aku kemana saja yang menemani aku sentiasaa bukan ingin mengenepikan mereka tapi hanya satu, selagi aku mampu aku akan lakukan sendiri. Along, Aku jujur pada kau sebab kau satu satu nya yang tahu dari awal cerita, segalanya kau tahu walau kau tidak membaca semua ni tapi aku tetap ingin memohon maaf maaf kerana aku hadir depan kau, dan hanya menambah beban.. tapi takperlu risau atau fikirkan apa pun, sebab aku masih mampu tersenyum, masih mampu menjadi gila masih mampu lakukan semuanya. Perancangan awal mereka untuk merawat aku tentang sebulat bulatnya, apa pun yang ingin mereka lakukan pada aku, biar ketika aku cuti, aku tak mahu ganggu masa dikolej, aku tak mahu pihak kolej ketahui semuanya tak lama jer lagi lagi tiga bulan saja Insya Allah mampu bertahan :) Mero...

KETABAHAN

Assalammualaikum, Masih ke sini.. Air mata menitik lagi. Jujur makin hilang semangat sedang terbaring ambil mood untuk lena, bagai air terjun yang laju jatuh di kelopak mata. apa punca nya? aku tak pasti. Nazry, hati aku kuat merasakan aku akan mengikut jejak kau. kembali terlantar setelah bertahun tahun aktif dan aku juga merasakan aku akan mengikut kau Saat kau sihat, segalanya kau lakukan, kau pusing merata. dan saat kau terduduk, kau hanya menurut dan membiarkan semuanya. Nazry, aku ingin kekuatan kau yang dulu. ketabahan kau menerima semua apa yang jadi setelah kau sihat bertahun tahun. beri aku kekuatan tu Nazry. Aku belum puas pusing dunia, aku belum puas merasa semua dan belum puas aktif seperti sebelum ini Diri masih mampu tersenyum, dan senyuman ini akan mati pada mereka yang mengetahui segalanya nanti dan aku akan pastikan tak siapa pun yang mengetahui Jangan pernah buat orang risau, jangan pernah buat orang menangis, jangan pernah buat orang h...

Terakhir Kali

Assalammualaikum. datang kembali untuk bercerita tentang semalam. dan ianya yang terakhir. tiada apa apa yang special tentang semalam, cuma semalam aku lebih aktif, dan yang pelik aku boleh bercakap dengan orang yang tak pernah aku tegur. tersenyum sendiri bila teringat bukan susah rupanya untuk bercakap tapi itu yang terakhir. terima kasih pada semua yang pernah membantu, dan yang pernah menyusahkan sepanjang aku nak dapatkan kelima lima award tu. yang pasti kelima lima itu bukan untuk aku tapi semuanya buat bonda dan ayahanda. aku tunaikan semua yang diinginkan. ******************** Hari ni hari yang paling aku takut seminggu dah aku memikirkan tentang hari ni macam iwan ckp, pikir yang baik baik je. along mesg pon aku minta dia pun mendoakan yang baik baik bukan tak mahu beritahu sang bapa tapi aku tak mahu dia risau. cukup selama 21 tahun ni dia sering runsing tentang aku sikap aku, perangai aku, kelakuan aku dan yang pasti t...