Skip to main content

Posts

Izwan

Assalammualaikum. Masuk sini, tersenyum Entah kenapa benda aku dah agak. Awalnya dia beri kata maaf tentang salah satu posting aku kat sini. Kdua dia sembang, dia usya blog someone yg buat dia gelak and nangis sowg2. Ktiga dia kata dia usya blog tu dri awal thun lepas, hingga last update, and malam ni, tiba2 dia menyebut pasal nama ANGAH. And aku terus bertanya. Dia tak mengaku. Takpe. Aku pun tgk viewer aku, ade ip yang aku x kenal. Takpe laa.. dia tak mau ngaku sudah.  Blog ni pun public kan.? so siapa je boleh baca. Tapi aku minta jangan tanya depan aku tentang posting posting aku. Jangan sesekali menyebut tentang cerita di posting aku. BudakPEMALAS tak sama mcm aqid amsyar atau apa saja nama aku sebelum ni. BudakPEMALAS yang sakit, BudakPEMALAS yang punya seribu satu cerita dalam hidup dia. Aku. Sihat. Esok aku akan balik Ipoh. Esok jugak aku akan setelkan semuaaa urusan kat hkl,ijn and kpj Semua aku akan bawak ke Ipoh. Kata sendiri pada diri, Aku ken...

Kembali

Assalammualaikum. Lama  tidak kesini. Dan harini aku kembali. Kembali untuk meluahkan segala rasa, kembali untuk mencatat segala cerita. Terlalu lama aku ingin menulis disini. Tapi aku tidak diberi kesempatan. Dan hari ni, aku tersenyum. Kerana aku masih mampu menaip. Abang, Kau tahu segala benda kan? Kau tahu apa yang aku alamikan? Kau tahu tak yang adik kau ni sedang mencuba semampunya menguatkan diri sendiri? Abang, Aku berterima kasih pada tuhan kerana sedarkan aku kembali. Tapi kadang kala aku trpikir, indahnya saat aku lena.. Indahnya tika aku hanyut dlm dunia aku sendiri. Sesedarnya aku, aku menangis. Kerna orang yang aku ingin dengan aku tika itu. TIADA. seorang pun tiada, hanya remy yang menemani aku. Aku panggil bonda tika tu. Tapi, walid x kasi bonda datang. Aku merayu abang, aku terlalu ingin bonda tika itu. Tapi, takde. Aku nak mengadu sakit pada bonda.. Aku nak mengadu penat aku pada bonda.. Aku nak bonda suapkan aku tika itu. Tapi TIADA ...
Andai kata aku pergi. Aku mohon doa. Jujur aku tak kuat. Semua yang aku harapkan, hilang pergi tanpa kata. jujur aku kecewa terima kasih pada semua.

esok.

Assalammualaikum Abang, hari ni hari last aku kat ipoh. Hari last sebelum aku pulang ke kl untuk buat benda tu Sekian lama abang aku tunggu, sekian lama.. Aku menahan sakit, Aku bergaduh dengan walid, Aku bergaduh dengan adik beradik, Aku bergaduh dengan pihak hospital. Macam macam abang. Selama menunggu masa tu tiba pun berapa kali aku kena marah nan Ajrul? Berapa kali aku kena sound dengan Ajrul? Berapa kali aku kena ceramah free dengan Ajrul? Tak terkira. Sampai satu tahap dia sendiri malas dah nak nasihat aku Sampai satu tahap dia penat dah untuk bicara. Aku ingat semuanya lagi. Macam mana dia datang datarang pukul 1 pagi, lepak nan aku.. Suruh aku balik, pulang pada bonda nan walid. suruh aku bagi tahu walid.. Dia risau kalau kalau apa apa jadi pada aku, dia risau klau masa operation tu aku sendiri. tanpa keluarga. Along Esok aku nak warded dah. aku tak tahu akan dgn siapa aku tak tahu siapa bakal teman aku sepanjang hari aku tak tahu siapa akan jaga a...

Sama

Bangun. Membelek calender. Hari makin dekat Takut makin menguasai diri. Duduk dalam beribu orang, tersenyum dihadapan semua orang Hakikatnya siapa yang tahu apa yang ada dihati? Tiada siapa. Kenapa makin takut, risau? Abang Aku baru tersedar. Tarikh aku operation nanti sama tarikh dengan tarikh pemergian kau abang.. Kuat ke aku nanti. Kau takda abang. Kau takde nak bagi semangat dekat aku. Kuatkan aku.. Jujur aku terlalu takut abang. Apa yang doktor bagi tahu semua masih aku simpan sendiri. Tak terbuka mulut untuk bercerita pada sesiapa.. Walaupun pada Ajrul. Aku mengharapkan yang baik-baik sebab aku ingin kembali ke Ipoh. Aku ingin kembali kesini menyambung semuanya Tapi aku takut hajad aku tak sampai. Kau tahu walid mcm mane kan abang? Kau tahu klo dia kata A, A je laa yang kita kena buat.. kan? Semalam lepas exam aku nak pi kerja. Skali kak lia, staff nurse kpj tu call. Dia nak bawak aku jumpa adik dia. Adik dia nama Amirul umur 25 tahun. Adik dia s...

Bertanya

Duduk di antara yang lain Terdiam, termenung sendiri Berada dihujung, tak siapa bakal peduli Mendengar, memasang telinga tapi tiada satu pun yang melekat dikepala Takut mula menguasai diri Risau mula berada dihati Berjalan sendiri dan bertanya "kuatkah aku nanti?"

Khas Buat Si Along

Along kau aku tiada apa kau aku bukan saudara kau aku bukan adik beradik malah darah yang mengalir dalam badan kita bukan darah yang sama darah yang mengalir dalam badan kita bukan dari darah yang sama tapi kau aku anggap seperti seorang abang kau aku anggap seperti seorang saudara kau aku anggap seperti darah yang mengalir dari badan kita ini adalah darah yang sama Along saat kau sedih aku turut bersedih saat kau susah aku turut terasa susah saat kau resah aku juga resah kenapa? kerana kau seperti abangku kerana kau seperti darah daging ku Ketahuilah abangku hati ini tak tenteram saat kau seperti marah pada aku hati ini tak tenang bila kau seperti bengang pada aku aku takut takut untuk kehilangan abang sekali lagi takut untuk kau hilang dari mata takut untuk kau menyepi dari diri ini aku takut sangat Menitik airmata saat kau memohon maaf Menitik airmata saat kau memaksa bertanya, kenapa aku? Apa salahmu? ...