Skip to main content

Kembali

Assalammualaikum.
Lama  tidak kesini.
Dan harini aku kembali.
Kembali untuk meluahkan segala rasa,
kembali untuk mencatat segala cerita.
Terlalu lama aku ingin menulis disini.
Tapi aku tidak diberi kesempatan.
Dan hari ni, aku tersenyum.
Kerana aku masih mampu menaip.

Abang,
Kau tahu segala benda kan?
Kau tahu apa yang aku alamikan?
Kau tahu tak yang adik kau ni sedang mencuba
semampunya menguatkan diri sendiri?
Abang,
Aku berterima kasih pada tuhan
kerana sedarkan aku kembali.
Tapi kadang kala aku trpikir, indahnya saat aku lena..
Indahnya tika aku hanyut dlm dunia aku sendiri.
Sesedarnya aku, aku menangis. Kerna orang yang aku ingin
dengan aku tika itu. TIADA.
seorang pun tiada, hanya remy yang menemani aku.
Aku panggil bonda tika tu.
Tapi, walid x kasi bonda datang.
Aku merayu abang, aku terlalu ingin bonda tika itu.
Tapi, takde.
Aku nak mengadu sakit pada bonda..
Aku nak mengadu penat aku pada bonda..
Aku nak bonda suapkan aku tika itu.
Tapi TIADA abang.
Paling membuatkan aku bertambah kecewa,
bila remy call bonda, tapi walid yang jawab.
Dan aku hanya bercakap dengan walid.
Aku menangis semahunya ketika itu abang.
Aku rasa jauhhhh sangat dengan mereka.
Tiada kata yang boleh aku ungkap apa yang aku rasa.
Sampai satu saat, aku kata pada diri
"Aku tak sedar, lagi bagus dari aku sedar"

Sepanjang aku tk sedar,
aku rasa tenang sangat abang...
Jujur aku seronok.
Aku dengar segala apa yang orang sekeliling aku sebut,
tapi sayup saje bunyinya.

Bonda.
Andai bonda baca saat ini, ketahui lah bonda.
Adik terlalu ingin memeluk bonda.
Adik terlalu ingin berada dalam dakapan bonda.
Berada di riba bonda.
Makan masakan bonda.
Bonda, Kenapa bonda tinggalkan adik mcm tu saja di Melaka?
Kenapa bonda tak pernah nak melawan kata walid?
Kenapa bonda biarkan adik sendiri, rawat diri adik sendiri?
Kenapa bonda??
Kenapa sejak abang takde. Adik rasa, antara adik dengan bonda.
DAH JAUH!
Bonda,
Andai bonda tahu, adik mengharapkan bonda yang menjaga,
adik mengharapkan bonda yang memasakkan segala apa yang adik inginkan.
Kenapa tinggalkan adik bonda saat keadaan adik begitu?
Kenapa orang lain harus menjarakkan hubungan kita,
kenapa?
Adik anak bondakan?
adik rindu bonda sangat..
Adikkkk nak sangat jumpa bonda, peluk bonda, cium bonda.

Abang, sejak dari haritu, hanya sekali aku ketemu bonda,
iaitu seminggu selepas aku sedar,
lepas dari tu, hingga kini aku x ketemu bonda.
Aku call x berangkat.
Malah bonda tinggalkan aku mcm tu je.
Biar orang lain yang menjaga aku.
Sedangkan aku sendiri ingin bonda yang membelai.
Walid hantar aku ke Melaka,
aku mengaku, itu silap aku.
Dan walid berhak hukum aku..
Aku lari dari hospital. Awal nya hanya Ifsha je tahu.
Tapi disebabkan aku terlalu mempercayai Ajrul
Aku beritahu dia.
Aku percaya dengan dia.
Tapi, aku silap tika tu..
Dia bagi tahu remy kat mana aku ada. Jujur aku tak sangka dia bagitahu jugak pada remy.
Sebab aku sangat percaya pada dia.
Marah.
Tika tu memang aku marah.
Terlalu marah pada dia.
Tapi.
Lepas pikir balik, kalau aku jadi dia.
aku pun akan buat benda yang sama.
Dia sendiri kata pada aku tika tu, yang aku dah buat semua orang risau.
dan aku tahu, mungkin dia juga risau. Mungkin.
Saat marah dengan Ajrul, aku tersentap sebab aku fikir,
dalam hidup aku tak siapa dah boleh aku percaya.
sebab Ajrul satu satu nya orang yang aku percaya pun
Buat aku hilang kepercayaan pada dia.
Tapi tu semua saat tu, mcm aku pernah cakap.
Aku anggap dia mcm abang.
Aku tak boleh nak marah lama-lama at dia.
Nanti aku rasa bersalah.
Kau tahu sikap aku kan abang?
Esok nya tu, aku mohon maaf.
Nasib dia tak melenting
masa aku cakap yang aku nyesal bgtahu dia.
Masa aku mempersoalkan siapa yang harus aku percaya lagi, selain dia.
Kalau tak, hilang laa lagi aku seorang abang..
Ajrul even kau tak baca semua ni.
Terima kasih untuk semua along.
Semua caci maki kau, semua nasihat kau, semua masa yang kau guna
untuk msg aku bagi kata2 semangat.
Aku takde abang.
Aku cuma ada ajam, paklang and abam kentam saja selain kau yang selalu bg nasihat kat aku.
Aku sedikit terkilan sebab kau takde saat aku terlantar, kau takda
saat aku nak operation.
Jujur aku kata kan.
Setiap kali nak operation.
Aku memendam rasa.
Kenapa harus semua biarkan aku sendiri.
Mana pergi bonda?
Mana pergi walid?
Mana pergi adik beradik aku?
Yang aku tahu, aku hanya hilang ABANG.
Walid, bonda and adik beradik lain masih ada kan?
Mmmmm kata remy,
aku tak perlu pikir ni semua.
Pikir diri aku sendiri saja.
Lupa kan semua orang.
Abaikkan semua orang.
Aku cuba remy.
Aku cuba.
Tapi perasaan aku terlalu ingin mereka.
Kerna mereka darah daging ku.


Remy,
jujur aku tak sangka kau kembali ke Malaysia untuk menjenguk aku.
Lama kita bermasam muka kan?
Lama kita tak contact kan?
Tupp tupp kau balik, and jaga aku.
Terima kasih remy.
Kau memang cousin dunia akhiratt wehhh..
heheheh
Thankz juga sebab jaga aku setelah aku sedar,
kau pospone kan semua event kau kat sana.
and stay kat malaysia hampir sebulan.
thank you so much remy..
Tuhan je akan jasa baik kau.
Aku tak punya kuasa apa apa untuk balas semua.
Aku sayang kau remy.

Abang,
aku dah tak kuat mcm dulu.
Aku da tak boleh nak jalan jejauh.
Aku dah tak boleh nak buat kije2 berat.
Aku da tak boleh nak berdiri lama.
mcm mane aku lepas ni abang?
Kemarin aku pergi pejabat pos, aku setelkan barang2 kedai mana yang
dowg tak sempat pos.
Kat situ nasib aku tak rebah abang.
Ramai sgt orng masa tu.
And mungkin juga aku penat.
Dada aku sakit sangat masa tu, Aku da berpeluh peluh da dalam tu..
ahahaha naik segan pulak aku,
yela dalam tu aircon.
tp aku berpeluh teruk.
aku menahan jee, sampai turn aku aku terus pergi.
Nak gi pos barang pon dah mcm tu, mcm mana aku nak kembali
berkeja kat arau?
Macam mana aku nak berdiri tengah padang kawad?
Mcm mana aku nak angkat senjata masa latihan menembak?
Aku tak nak berhenti laa abang.
sayang...
aku nak pangkat tu..
Sebab dah lama aku usaha kan.
kau pun tahu kan?
Aku nak buktikan pada walid, semua ni bukan sia sia....

Abang,
aku akan kembali ke Ipoh isnin ni.
Itu pun kalau aku okey la.
Sebab lately aku selalu sgt tibe tibe je sakit,
mula2 siang okey, sampai nak malam dah start sakit dada.
aku harap aku okey nanti
sebab aku balik dengan bus.
Mesti kowg pelik kan, keta aku mana?
Nanti aku akan story.
Doakan aku okey abang.
Doakan aku dapat ketemu bonda sebelum aku pulang ke Ipoh.
Sebab lepas ni aku rasa aku tak kembali lagi ke kl atau seremban.
Urusan hospital pun semuanya aku nak sambung di Ipoh.
Aku nak jauh dari semua.
Aku dekat, tak siapa yang peduli.
Biarlah
Okey lah abang.
Salam.

Comments

Popular posts from this blog

Bawa Kembali

Tiba satu saat terfikir untuk menyerah Mengangkat tangan tanda aku tewas Tewas dengan pencaturan dunia Melihat manusia yang datang dan pergi dari hidup Membiarkan diri terus terumbang ambing Mencari jalan hidup sendiri Sedang diri memerlukan tangan tangan yang menghulur Terima kasih pada yang menghulur tangan kosong Yang memberi satu pengajaran dalam hidup Yang mengajar pelbagai cara bagaimana menjadi susah Susah menjadi manusia anak kepada Zainal Abidin Tika diri mahu mati Di biar tinggal sendiri membiarkan luka dan segala darah terus mengalir luka ini bakal busuk dan aku bakal terus pergi Pergi bertemu kekasih atau teman yang paling setia mendengar segala keluhan aku Mendengar segala rintihan aku Yang tidak pernah meninggalkan aku walau sesaat Yang tidak pernah alpa pada aku walau sesaat Yang sering memberi aku kekuatan saat diri terus Lalai dengan segala perintah nya Ya aku yang alpa Aku yang leka Aku yang membuang dia suatu ketika dulu Tuhan bawa aku kem...

Alhamdulillah!

Assalammualaikum esya! heyy!! semua nye dh berjln ngan lancar..alhamdulillah! esya...qid happy sgt skng!... sbb org yg slalu ngan qid..yg slalu support qid setia tunggu qid kat sni.. sedar2 jeee qid..dowg ade depan mate qid pagi tdi.. qid thu knp jasad qid ni bertenaga sgt! mungkin sbb dowg ade depan qid support qid kott tuh yg memberi semangat buat qid... thankz mama,ayah...abg..sis and ira dan remy!! aku syg kowg sgt2... even kowg marah aku..even kowg benci aku... kowg masih ade kat sni blerr dgr sesuatu jadi kat aku kannn.. thankz kawan! tq so muchhh!!! semalam qid masuk bilik azap uhh tepat pukul 10 malm... ikot kannn masuk awal dlm pkul 7 lebih..tapi th mcm mane bleh tekanan drh tinggi and sesak nafas... qid tk thu knp! and last2 pk cu bg ubt tido then qid tido! dowg kte qid masuk pkul 10 kuar dlm pkul 12 lebih... pak cu sendiri ckp mcm ni " tk thu knp kli ni kau blh sedar awal.dan thu knp smlm semua nye berlaku cepat.kau pun nampak mcm xde pape.....
Assalammualaikum. Aku baru dapat call dari akak aku, Anak buah aku sekrang ada dekat hopital. Mungkin masalah jantung. Baby tu baru berusia tak sampai sebulan. To Nurul Ellydieyah Zara. Acu doakan awak cepat sembuh okey sayang. Acu dah pernah rasa apa yang awak rasa. Awak kena kuatkan je diri awak Percaya cakap Acu. Kalau awak kuat, awak boleh rasa semua apa yang acu dah rasa. Klo awak kuat, awak dh bsr nnti awak boleh buat apa sahaja yang awak nak. Kuat k sayang. Abang, Petang ni nanti aku nak gi kpj, Mybe aku kne stay situ kot kejap. Sebab nak masuk ubat. Aku tkthu bila aku nak ke IJN semula. Aku rasa malas plak. Tapi bila aku malas, yang tanggung sakit dia aku. Disebabkan aku nak gi kpj hri ni. Semalam aku skip class untuk setel semua benda. Aku pergi pjbt pos, aku pergi jpj, aku pergi kem. And pg ni pukul 9 aku dh pusing ipoh untk cri bengkel2 Yang bukak. Hope lepas masuk ubat ni badan aku x sakit da. Sebab dua tige hari ni badan aku sakitt saja. dekat ...