Skip to main content

Khas Buat Si Along



Along
kau aku tiada apa
kau aku bukan saudara
kau aku bukan adik beradik
malah
darah yang mengalir dalam badan kita
bukan darah yang sama
darah yang mengalir dalam badan kita
bukan dari darah yang sama
tapi
kau aku anggap seperti seorang abang
kau aku anggap seperti seorang saudara
kau aku anggap seperti darah yang mengalir dari
badan kita ini adalah darah yang sama

Along
saat kau sedih
aku turut bersedih
saat kau susah
aku turut terasa susah
saat kau resah
aku juga resah
kenapa?
kerana kau seperti abangku
kerana kau seperti darah daging ku

Ketahuilah abangku
hati ini tak tenteram saat kau seperti marah pada aku
hati ini tak tenang bila kau seperti bengang pada aku
aku takut
takut untuk kehilangan abang sekali lagi
takut untuk kau hilang dari mata
takut untuk kau menyepi dari diri ini
aku takut sangat

Menitik airmata saat kau memohon maaf
Menitik airmata saat kau memaksa bertanya, kenapa aku?
Apa salahmu?
Apa silap mu?
Airmata yang mengalir ini adalah airmata bersalah
Bersalah kerana aku takmampu untuk meluahkan semuanya
Pada kau.
Pada kau abang ku.
Bukan niat untuk terus berahsia
Bukan niat untuk melupakan kau
Bukan niat untuk membuat kau seperti tidak wujud
Tapi
Ketahuilah abangku
Aku tak sanggup melihat kau termenung,
mendengar apa yang aku katakan
Aku tak sanggup melihat kau hilang kata-kata,
mendengar segala apa yang aku katakan
Cukup sekali,
Cukup sekali aku melihat kau terdiam,
mendengar apa yang aku luahkan
Cukup sekali aku melihat kau menahan sebak,
mendengar apa yang aku katakan
Aku tak mampu..
Tak mampu untuk melihat semuanya untuk kali kedua.

Along.


Hanya seminggu yang aku ada
hanya seminggu yang aku ada untuk terus bergelak ketawa
untuk bergaduh
untuk membuat kau sakit hati dengan aku
aku tiada selepas ini
aku akan cuba kuatkan diri aku ketika itu
aku akan cuba semampu aku
doakan aku wahai abang.
doakan aku untuk kembali teguh
teguh untuk bergelak ketawa,
teguh untuk bergaduh tiap malam dengan kau
teguh untuk kembali membuat kau sakit hati dengan sikap aku
doakan aku.
aku tak tahu apa akan jadi akan datang
kita tak tahu apa akan datang
kita tak tahu, Along.
aku hanya mohon doa.

Maaf kerana aku tak seperti dulu
memberi tahu apa sahaja yang jadi
memberi tahu apa sahaja yang aku rasa
kerana aku takut untuk melihat kau terdiam kembali
maafkan aku along.

-adikmu..

Comments

Popular posts from this blog

Bawa Kembali

Tiba satu saat terfikir untuk menyerah Mengangkat tangan tanda aku tewas Tewas dengan pencaturan dunia Melihat manusia yang datang dan pergi dari hidup Membiarkan diri terus terumbang ambing Mencari jalan hidup sendiri Sedang diri memerlukan tangan tangan yang menghulur Terima kasih pada yang menghulur tangan kosong Yang memberi satu pengajaran dalam hidup Yang mengajar pelbagai cara bagaimana menjadi susah Susah menjadi manusia anak kepada Zainal Abidin Tika diri mahu mati Di biar tinggal sendiri membiarkan luka dan segala darah terus mengalir luka ini bakal busuk dan aku bakal terus pergi Pergi bertemu kekasih atau teman yang paling setia mendengar segala keluhan aku Mendengar segala rintihan aku Yang tidak pernah meninggalkan aku walau sesaat Yang tidak pernah alpa pada aku walau sesaat Yang sering memberi aku kekuatan saat diri terus Lalai dengan segala perintah nya Ya aku yang alpa Aku yang leka Aku yang membuang dia suatu ketika dulu Tuhan bawa aku kem...

Alhamdulillah!

Assalammualaikum esya! heyy!! semua nye dh berjln ngan lancar..alhamdulillah! esya...qid happy sgt skng!... sbb org yg slalu ngan qid..yg slalu support qid setia tunggu qid kat sni.. sedar2 jeee qid..dowg ade depan mate qid pagi tdi.. qid thu knp jasad qid ni bertenaga sgt! mungkin sbb dowg ade depan qid support qid kott tuh yg memberi semangat buat qid... thankz mama,ayah...abg..sis and ira dan remy!! aku syg kowg sgt2... even kowg marah aku..even kowg benci aku... kowg masih ade kat sni blerr dgr sesuatu jadi kat aku kannn.. thankz kawan! tq so muchhh!!! semalam qid masuk bilik azap uhh tepat pukul 10 malm... ikot kannn masuk awal dlm pkul 7 lebih..tapi th mcm mane bleh tekanan drh tinggi and sesak nafas... qid tk thu knp! and last2 pk cu bg ubt tido then qid tido! dowg kte qid masuk pkul 10 kuar dlm pkul 12 lebih... pak cu sendiri ckp mcm ni " tk thu knp kli ni kau blh sedar awal.dan thu knp smlm semua nye berlaku cepat.kau pun nampak mcm xde pape.....
Assalammualaikum. Aku baru dapat call dari akak aku, Anak buah aku sekrang ada dekat hopital. Mungkin masalah jantung. Baby tu baru berusia tak sampai sebulan. To Nurul Ellydieyah Zara. Acu doakan awak cepat sembuh okey sayang. Acu dah pernah rasa apa yang awak rasa. Awak kena kuatkan je diri awak Percaya cakap Acu. Kalau awak kuat, awak boleh rasa semua apa yang acu dah rasa. Klo awak kuat, awak dh bsr nnti awak boleh buat apa sahaja yang awak nak. Kuat k sayang. Abang, Petang ni nanti aku nak gi kpj, Mybe aku kne stay situ kot kejap. Sebab nak masuk ubat. Aku tkthu bila aku nak ke IJN semula. Aku rasa malas plak. Tapi bila aku malas, yang tanggung sakit dia aku. Disebabkan aku nak gi kpj hri ni. Semalam aku skip class untuk setel semua benda. Aku pergi pjbt pos, aku pergi jpj, aku pergi kem. And pg ni pukul 9 aku dh pusing ipoh untk cri bengkel2 Yang bukak. Hope lepas masuk ubat ni badan aku x sakit da. Sebab dua tige hari ni badan aku sakitt saja. dekat ...