Skip to main content

Cerita Si Ketot

Assalammualaikum.

Si ketot

Menulis mengikut rentak
luahan mengikut rasa
entah siapa yang bakal fahami
fahami si budak ketot yang harinya hanya ditemani
katil, tv,mesin dan alat alat untuk menyambung nyawanya.
kadang kala dia mengeluh
kadang kala di redho
dan kadangkala die ketawa seperti tiada apa yang berlaku.
itu lah kehidupan budak ketot sejak kebelakanga ni
Bersyukur mempunyai walid dan umi yang tidak lelah untuk
mencari penawar buatnya.
dari kecil sampai seusia 21 tahun walid dan umi yang masih setia
dirinya kembali menjadi si ketot yang seusia 6-10 tahun yang lalu
hidup tidak diberi kawan
hidup diasingkan
hidup hanya bertemankan alat-alat permainan
cuba bezanya kini dia mempunyai laptop.

Si ketot mempunyai kawan atau lebih indah sahabat
datang sahabatnya untuk menjenguk
dan tanpa rela die menghalang dengan paksa.
taksanggup melihat sahabat dimarah
tak sanggup melihat sahabat di halang...
hanya kata maaf dikirimkan buat sang sahabat.
Si ketot mempunyai along
along yang dia akan message saat merindui arwah abg
along yang akan melayan gilanya saat dia  merindui arwah abg
along yg akan menadahh je bila dia mengaruk mengadu itu dan ini
along yang selalu membebel walau dia sendiri x pernah nak dengar.
bertanya kepada sang along "tak nak datang lawat aku ke?"
bertanya dengan niat hanya bergurau dan dijawab "klo ada kereta dh lama aku gi dik"
dan si ketot pun rasa bersalah bertanya benda yang tak sepatutnya

kehidupannya hari hari hanya dua makluk itu yang membuat dia
tersenyum..
hanya dua makluk tu yang membuat die ketawa hari2
terima kasih sahabat
terima kasih along
walau si ketot mempunyai sahabat yang lebih dipercayai oleh
keluarganya
tapi si ketot tetap kembali kepada dua orang makhluk ini
ketahuilah sahabat
ketahuilah along
kalian bermakna buat dirinya
dan dia amat merindui kalian

salam

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.