Skip to main content

Cinta buat Lelaki

Assalammualaikum.

Duduk dihadapan beribu orang
membawa satu perasaan
KOSONG.
tiada kata tiada bahasa
mereka cuba meraikan bersama
tapi aku masih sendiri
membawa perasaan
KOSONG!
Menghargai apa yang dilakukan
tapi hatiku bukan disini

Diri seperti pengemis
mengemis kasih
mengemis cinta
dari insan yang mula
diberi nama Lelaki

Lelaki
perasaan ini tidak pernah aku rasakan
tidak pernah aku menduga
kau buka hati ini untuk kembali ke jalan
kau buka hati ini untuk lihat ke hadapan
memikirkan masa depan
memikirkan hala tuju hidup
aku mencuba membuang semuanya
membuang segala perasaan aku
buat insan bernama Perempuan.
dan kini kau datang dan buka hati ini
saat diri dikelilingi insan insan yang ingin meraikan diri ini
hanya satu difikiran aku. iaitu kamu.
Lelaki

Bukan niat untuk mengganggu
tapi perasaan ini datang tanpa aku sedar
bila asyik memikirkan kamu,iaitu lelaki
aku sedar aku mencintai kamu, lelaki
makin aku cuba menidakkan
makin banyak mulut yang mengatakan
kau milik aku.
dan aku mula nampak cuba memiliki mu
pasti?
pasti aku cuba memiliki mu?
aku tidak rasa begitu
perasaan ni hadir apabila kita hampir sebulan tidak ketemu
dan selama itu aku mencari cari kamu dalam diam

Jika benar perasaan ini.
biar ianya mekar seharum yang diinginkan
walau kamu tidak mengetahui
tapi biar aku rasai sendiri.
jika kau milik ku
kamu sendri akan merasainya tanpa aku
menyedarkan mu tentang rasa ini
terima kasih membuka pintu ini
terima kasih membuka hati ini
terima kasih membuka rasa ini

aku masih berdiam
ditangan hanya menatap foto mu
yang menjadi screen telefon ku
duduk sendiri
dan difikiran membayangkan mu
berdiri ditengah laut
dan berkata sendri
aku merindui kamu insan bernama lelaki.

Cinta kadang kala ibarat satu penyakit
yang membuatkan seseorang itu menjadi angau
yang membuat kan seseorang itu menjadi tidak keruan
tapi hakikatnya
cinta itu satu anugerah
yang memberi seseorang itu untuk merasai
bertapa indahnya mencintai
dan ianya akn lebih indah apabila dicintai.
Cukup kini aku mencintai kamu
tanpa kamu sendiri tahu

Bulan
jagakan dia buat diri ini
tak mampu aku untuk menjaga dia
yang sememangnya jauh dari mata
Bulan
sampaikan rasa rindu ini buatnya
biar dia turut merasai rindu ku ini seadanya

Lelaki
aku tidak tahu apa yang membuatkan aku
mencintai kamu
aku tak tak tahu apa yang membuatkan aku merindui kamu
aku tak tahu mengapa fikiran ini terus mengingati kamu
aku tak thu mengapa diri ini terus terbayangkan mu
aku tak tahu apa yang membuatkan perasaan ini singgah pada diri ini
untuk mencintai kamu
Maaf jika aku tidak pantas untuk mencintai kamu
anugerah Allah ini mungkin akan hilang apabila
aku cuba mengawal segalanya.
tapi kini
beri aku ruang untuk merasai anugerahNya terlebih dahulu.

Salam

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.