Skip to main content

Rapuh lagi


Assalammualaikum.
Jam satu pagi.
Mata makin segar.
Terasa ingin menulis apa sahaja yang terlintas dikepala
Tapi apa?
terlalu banyak yang difikirkan.
Banyak yang harus diselesaikan bulan ini.
MAY.
Bulan yang paling aku nanti.
Banyak sangat yang akan jadi bulan ni.
Dan aku masih tertanya-tanya
Aku sendiri lagi nanti?
Sampai bila?
Sampai mati?
Siapa yang akan menuntut jenazah aku jika dah tiba ajal aku?
Siapa yang akan menguruskan semua hal tentang jenazah aku?
Masih mereka tidak mengaku siapa aku?
Masih mereka menidakkan siapa aku?
Masih marahkah mereka pada aku?
Aku juga terfikir.
Siapa yang akan melawat, siapa yang akan datang tika itu?
Atau hanya dibiarkan terus sendiri seperti sekarang ni?
Masih diberi peluang atau tidak buat aku untuk ketemu
insan yang bernama Bonda?
Masih ada peluang buat aku?
Aku menunggu saat tu.

Jujur aku makin tak kuat.
Dan aku makin rapuh tika fikiran memikirkan mereka.
Aku tak mampu lagi melupakan semua.
Kerana semua darah daging aku.
Aku cuba sedaya upaya untuk mengukir senyuman dihadapan semua.
Aku cuba bergelak ketawa dihadapan semua.
Namun.
Bila malam airmata menitik kembali.
Sampai bila?
Sampai bila harus menipu diri sendiri?
Aku tak kuat.
Jujur aku katakan aku tak kuat.
Apa guna tersenyum sedangkan difikiran terlalu banyak yang difikirkan?
Kenapa aku harus menipu semua orang?
Kenapa aku harus menipu diri aku sendiri?
Pernah satu ketika, bergelak sakan dihadapan semua
dan tiba tiba aku terdiam.
terdiam sebab aku terfikir, happy ke aku mereka takda?
Dan aku terfikir, mengapa aku meneruskan semua ini tanpa mereka?
Apa yang aku cuba buktikan pada mereka?
Mereka nak tgk ke apa yang aku cuba lakukan?
Ada ketika aku semangat sangat untuk belajar,
sebab aku nak tunjukkan sesuatu pd mereka
Tapi sampai satu ketika lagi pula, aku malas sangat untuk belajar,
dan aku tanya pada diri aku sendiri. untuk apa aku teruskan semua ini?
Untuk siapa aku teruskan semua ini?
Demi siapa?
Siapa yang dulu menyuruh aku meneruskan semua ini.
Dan kini mereka tak ada lagi, jd untuk apa aku disini....
Aku penat lah.
penat nak memikirkan semua ini
mereka pernah pikir ke pasal aku?
Tapi hanya aku yang bodoh sentiasa memikirkan mereka.
Sampai satu ketika tu aku rasa terlalu rindu pada Kasih Sayang
Aku menangis sendiri melihat insan lain bercerita tentang keluarga mereka
Aku menangis sendiri melihat insan lain bersama keluarga mereka.
Aku terlalu rindu..

Abang,
Sekarang tiap tiap malam aku semput.
Aku jadi malas untuk beli ubat.
Aku tak pasti kenapa
Mungkin aku terfikir, untuk apa aku sihat.
Pernah satu hari aku semput dan aku membiarkan saja diri aku terbaring
tanpa mengambil ubat.
Aku biarkan saja kepala kena kipas.
Aku buat sesuatu yang boleh bagi aku lagi sesak nafas.
Dan tika itu aku mengharapkan nafas aku terhenti.
Mungkin bodoh tindakan aku, tapi itu yang pernah aku lakukan.
Aku jadi malas sangat dengan semua ni, abang
Bila semua ni akan berakhir.
Masa aku nak pindah dlu pun, aku paksa diri aku.
Aku turun naik tingkat tiga tu lebih 10x.
Walau tika tu aku dah sesak nafas kaw kaw...
tapi aku biarkan.
aku lawan semuanya.
Aku kata pada diri, aku tak punya siapa.
Jadi tolong lakukan sendiri.
Tu yang aku buat semua sendiri.
Abang, doakan semua ni berakhir cepat.
Aku dah bosan.
Dan aku dah malas.
Malas sangatt.
Klau kau dapat kembali.
Tolong betul kan semua ni.
Betulkan apa yang aku tak tahu
dan betulkan apa yang mereka tak tahu.
Tolong abang.
Aku mohon.

Aku tau, aku tk mampu nak sekuat iwan.
Aku tak mampu nak sekuat kau sembunyikan semuanya.
Aku tak kuat mcm korang. aku thu tu.
Kenapa aku tak dapat kekuatan kalian?
Kenapa aku tak mcm tu?
Doakan aku kuat abang.
Doakan semua ni berakhir dengan cepat.

Salam

Comments

Popular posts from this blog

Bawa Kembali

Tiba satu saat terfikir untuk menyerah Mengangkat tangan tanda aku tewas Tewas dengan pencaturan dunia Melihat manusia yang datang dan pergi dari hidup Membiarkan diri terus terumbang ambing Mencari jalan hidup sendiri Sedang diri memerlukan tangan tangan yang menghulur Terima kasih pada yang menghulur tangan kosong Yang memberi satu pengajaran dalam hidup Yang mengajar pelbagai cara bagaimana menjadi susah Susah menjadi manusia anak kepada Zainal Abidin Tika diri mahu mati Di biar tinggal sendiri membiarkan luka dan segala darah terus mengalir luka ini bakal busuk dan aku bakal terus pergi Pergi bertemu kekasih atau teman yang paling setia mendengar segala keluhan aku Mendengar segala rintihan aku Yang tidak pernah meninggalkan aku walau sesaat Yang tidak pernah alpa pada aku walau sesaat Yang sering memberi aku kekuatan saat diri terus Lalai dengan segala perintah nya Ya aku yang alpa Aku yang leka Aku yang membuang dia suatu ketika dulu Tuhan bawa aku kem...

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Alhamdulillah!

Assalammualaikum esya! heyy!! semua nye dh berjln ngan lancar..alhamdulillah! esya...qid happy sgt skng!... sbb org yg slalu ngan qid..yg slalu support qid setia tunggu qid kat sni.. sedar2 jeee qid..dowg ade depan mate qid pagi tdi.. qid thu knp jasad qid ni bertenaga sgt! mungkin sbb dowg ade depan qid support qid kott tuh yg memberi semangat buat qid... thankz mama,ayah...abg..sis and ira dan remy!! aku syg kowg sgt2... even kowg marah aku..even kowg benci aku... kowg masih ade kat sni blerr dgr sesuatu jadi kat aku kannn.. thankz kawan! tq so muchhh!!! semalam qid masuk bilik azap uhh tepat pukul 10 malm... ikot kannn masuk awal dlm pkul 7 lebih..tapi th mcm mane bleh tekanan drh tinggi and sesak nafas... qid tk thu knp! and last2 pk cu bg ubt tido then qid tido! dowg kte qid masuk pkul 10 kuar dlm pkul 12 lebih... pak cu sendiri ckp mcm ni " tk thu knp kli ni kau blh sedar awal.dan thu knp smlm semua nye berlaku cepat.kau pun nampak mcm xde pape.....