Skip to main content

Pesan hati buat kaki,tangan,mata dan badan

Detik waktu menunjukkan tepat jam 1 pagi.
dan aku masih gagahkan diri untuk terus melihat, merenung dongak kedepan
memandang screen lappy yang berabuk.
Hati terdetik untuk menulis menjadi seorang budak pemalas.
tapi kenapa ketika ini?
ketika semuanya sedang lena dibuai mimpi.
mungkin ketika ini waktu aku untuk meluangkan masa bersama
komputer buruk aku, mouse kuning aku sambil mendengar alunan
lagu Maafkan Aku.

Hati terdetik lagi.
minta maaf untuk siapa?
Salah apa aku telah lakukan.?
hmmm apa agknye yg aku dah lakukan yerr.. -_-
Semestinya aku sendiri tk thu..
kerna setahu aku yg menilai kita hanya
 mereka yang memandang tepat pada kita.
Iaitu kamu.
Yes! kamu yg sedang membaca, menelek, menghayati, memahami setiap bait kata aku
saat ini..
hahaha asal kamu tahu aku hanya menulis mengikut kata hati aku..
tanpa berfikir apa yang aku katakan.
Bahaya bukan?
Aku tidak peduli.
yang pasti aku ingin mengikut sahaja segala rentak hati aku skng. :)

Kerja.
Free pula aku malam ini kann?
Aku harus memanjakan badan ini untuk dua tiga hari...
kenapa?
kerna aku bakal menghambakan badan ini selama seminggu 
di kem ipoh dan juga di Tapah nantiii.
Walau badan ini tidak pernah mengeluh penat.
tapi aku tahu..dia sangat penat.
Kejam nya aku..memaksa diri melakukan bermacam benda semata mata untuk
menghilangkan bosan dan melarikan diri dari mereka mereka yang dibenci nya.!

Kaki.
Walau sakit aku tetap kerahkannya untuk terus melangkah membawa aku kesana kemari.
walau sesekali dia mengerang sakit...Tapi aku hanya membiarkan dia berjalan tanpa henti..
kejam nya aku kerna memaksa dia terus berjalan untuk aku..memaksa die untuk terus berkerja demi aku.

Tangan...
Andai die punya mata..aku yakin terlalu banyak airmata yang mengalir dari kelopak matanya.
Suatu hari ia terhenti.Tidak boleh lurus, tidak boleh angkat...hanya sebab die terlalu penat..
Tapi aku...hanya memberi die berehat selama 2 hari dengan membalut die dengan kain.
Kejamnya aku..
walau dia sudah menunjuk segala kelemahannya...aku masih memaksa diri untuk terus berkerja..
mengangkat itu ini dengan pertolongan dia.Allahu.

Mata...
Layu, lebam, bengkak semua telah dia rasai hanya sebab 
aku berkeras untuk tidak tidor pada waktu malam..
Kejam nya akuuu...walau sudah banyak air mata yang mengalir hanya terlalu penat berjaga..
tapii...aku hanya membiarkannya tanpa ada keinginan untuk berehat.hmmm

sampai bila aku ingin memaksa diri...
sampai bila aku ingin terus merosakan semua aset badan aku?
hmmmm
Ada yang bertanya.. "tak penat ke siang malam kerja"
dan ade yang berkata "badan kau tu nak pakai lama"
tapii aku???
masih terus beginii..
kerna apa??
kerna aku ingin mengelak dari segalanya.
Hanya sebab aku tidak mahu sikap lama aku kembali.
seorang yang lupa daratan, kurang ajar dengan ibu ayah, melepak setiap malam...
bershisha setiap harii...
karoke...merokok...
dan hanya tahu menghabiskan duit sendiriii dan juga duit sang bapa...
jadi aku nekad untuk terus berkerja...lagi dan lagiii.
mengumpul duit sendiri...
memberi pada ibu dan ayah.
yang paling penting untuk menghabiskan masa aku dgn benda yg mendtg kan hasil.
bukan hanya lepak setiap malam dgn shisha..dgn rokok..karoke...minumm...
semua!
aku nak buang jauh jauhh..
jadi aku mohon bantu akuu...
aku perlu kan semua...
kaki, tangan, mata dan badan aku untuk aku terus capai tekad aku!
sikit masa je lagi aku ada...
beri aku ruang untuk lakukan yang terbaik...
dan aku akan cuba untuk capaiii semua yang terbaikkk..
insya Allah...

Malam ni malam yang menggembirakan buat mata aku..
kerana ia bakal lelap selama 6 jam malam nii..
Insya Allah pagi esok dia akan terus berkerja semula dgn tenaga yg baruu..
kerna esok hari penting buat akuuu..
hari yang mana aku perlu berangkat ke arau dan memulakan rutin aku sebagai
pembantu pelatih disana..seminggu aku bakal meninggalkan li dan semuanya..
3 hari di hutan..dan aku bakal manfaatkan segala masa yang ada disana..
aku mohon,bdan, kaki, tangan dan mata...bertahan laaa..
kuatkannn sel sel yang ade pada kalian...
kuat kan demi aku.aku mohon...

Trima kasih.
Iklas dari HATI.
sayang.


Comments

Popular posts from this blog

Bawa Kembali

Tiba satu saat terfikir untuk menyerah Mengangkat tangan tanda aku tewas Tewas dengan pencaturan dunia Melihat manusia yang datang dan pergi dari hidup Membiarkan diri terus terumbang ambing Mencari jalan hidup sendiri Sedang diri memerlukan tangan tangan yang menghulur Terima kasih pada yang menghulur tangan kosong Yang memberi satu pengajaran dalam hidup Yang mengajar pelbagai cara bagaimana menjadi susah Susah menjadi manusia anak kepada Zainal Abidin Tika diri mahu mati Di biar tinggal sendiri membiarkan luka dan segala darah terus mengalir luka ini bakal busuk dan aku bakal terus pergi Pergi bertemu kekasih atau teman yang paling setia mendengar segala keluhan aku Mendengar segala rintihan aku Yang tidak pernah meninggalkan aku walau sesaat Yang tidak pernah alpa pada aku walau sesaat Yang sering memberi aku kekuatan saat diri terus Lalai dengan segala perintah nya Ya aku yang alpa Aku yang leka Aku yang membuang dia suatu ketika dulu Tuhan bawa aku kem...

Alhamdulillah!

Assalammualaikum esya! heyy!! semua nye dh berjln ngan lancar..alhamdulillah! esya...qid happy sgt skng!... sbb org yg slalu ngan qid..yg slalu support qid setia tunggu qid kat sni.. sedar2 jeee qid..dowg ade depan mate qid pagi tdi.. qid thu knp jasad qid ni bertenaga sgt! mungkin sbb dowg ade depan qid support qid kott tuh yg memberi semangat buat qid... thankz mama,ayah...abg..sis and ira dan remy!! aku syg kowg sgt2... even kowg marah aku..even kowg benci aku... kowg masih ade kat sni blerr dgr sesuatu jadi kat aku kannn.. thankz kawan! tq so muchhh!!! semalam qid masuk bilik azap uhh tepat pukul 10 malm... ikot kannn masuk awal dlm pkul 7 lebih..tapi th mcm mane bleh tekanan drh tinggi and sesak nafas... qid tk thu knp! and last2 pk cu bg ubt tido then qid tido! dowg kte qid masuk pkul 10 kuar dlm pkul 12 lebih... pak cu sendiri ckp mcm ni " tk thu knp kli ni kau blh sedar awal.dan thu knp smlm semua nye berlaku cepat.kau pun nampak mcm xde pape.....
Assalammualaikum. Aku baru dapat call dari akak aku, Anak buah aku sekrang ada dekat hopital. Mungkin masalah jantung. Baby tu baru berusia tak sampai sebulan. To Nurul Ellydieyah Zara. Acu doakan awak cepat sembuh okey sayang. Acu dah pernah rasa apa yang awak rasa. Awak kena kuatkan je diri awak Percaya cakap Acu. Kalau awak kuat, awak boleh rasa semua apa yang acu dah rasa. Klo awak kuat, awak dh bsr nnti awak boleh buat apa sahaja yang awak nak. Kuat k sayang. Abang, Petang ni nanti aku nak gi kpj, Mybe aku kne stay situ kot kejap. Sebab nak masuk ubat. Aku tkthu bila aku nak ke IJN semula. Aku rasa malas plak. Tapi bila aku malas, yang tanggung sakit dia aku. Disebabkan aku nak gi kpj hri ni. Semalam aku skip class untuk setel semua benda. Aku pergi pjbt pos, aku pergi jpj, aku pergi kem. And pg ni pukul 9 aku dh pusing ipoh untk cri bengkel2 Yang bukak. Hope lepas masuk ubat ni badan aku x sakit da. Sebab dua tige hari ni badan aku sakitt saja. dekat ...