Skip to main content

Aku bakal pergi nanti

Assalammualaikum.
Sedang semua menanam azam untuk tahun 2018.
Aku terpandang diri sendiri.
Semoga aku kuat.
Tak banyak masa yang ada.
Moga aku hargai setiap masa ada.

Cuma aku niat.
Aku tak mahu mengadu apa apa pada orang lagi.
Penat dah buat orang risau.
Orang tahu, tahu lah.
Orang tak tahu, aku diam.

Memang kadang masuk ke sini mengadu aku sendiri.
Tapi, dari dulu sampai sekarang sini sahaja tempat aku berkata
Yang tak siapa bakal pertikaikan.
Jadi biar aku sendiri.

Bawa diri?
Ye aku bawak diri.
Membiarkan orang sekeliling aku biar hidup tanpa aku
Suatu hari nanti mereka akan rasa ketiadaan aku.
Aku bakal pergi
pergi jumpa kembali abang abang aku,
atok nenek aku.
Mungkin disana kebahagiaannya lebih.
Aku tak rasa kasih disini.
Tapi mungkin Allah nak bagi tika disana.
Tika aku dapat ketemu dengan abang.

Sesungguhnya aku sangat rindu dengan
keluarga aku sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.