Skip to main content

27 Januari 2018. Terima Kasih

Assalammualaikum.
Mungkin saat ni aku masih lena dibuai mimpi.
Atau mungkin aku sudah tak ada dalam dunia ni.
Aku sendiri tidak pasti.

27 Januari.
Aku menulis untuk mengucapkan ucapan tahniah buat
Abang2 aku yang perform di singapore pada 26 Januari.
Terima kasih juga kerana bawa semua lagu lagu tu.
Terima kasih sangat.

Aku tak pernah menyesal berkerja dengan kalian.
Aku tak pernah menyesal memberi karya pada kalian.
Aku tahu, kalian takkan tikam belakang.
Aku tahu, kalian ikhlas bantu aku.
Terima kasih

Ajam.
Terima kasih untuk semua benda.
Kalau tika ini aku masih lena.
Kau tolong jalani hidup kau seperti biasa.
Jangan dimanjakan aku.
Biar aku lena sendiri.
Jika aku dah pergi buat selamanya.
Tolong halalkan semua benda.
Dan jangan ratapi apa yang jadi.
Kau abg yang terbaik.
Kau jaga aku tanpa ada cela.
Kau jaga aku elok, kau pun dah puas jaga aku kan?
Terima kasih Ajam..

Along.
Sihat?
Aku tak tau keadaan apa aku masa 27 januari ni.
Jika aku tidur terlalu lama,
pls along jangan tunggu aku untuk datang ipoh.
Jika aku dah tak ada masa 27 januari ni.
Tolong doakan kesejahteraan aku di alam kubur ni.
Terima kasih along pernah wujud dalam hidup aku.

Terima kasih semua.


Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.