Skip to main content

Posts

Darah Dagingku

Duduk dalam dingin malam yang penuh dengan suara dan kata2 rindu  Diam. Itu sahaja yang termampu. Berusaha, melupakan semua. Walau sakit diam memakan diri selamanya. Menangis, merintih di depan pintu Menunggu dosa untuk berlalu. Tapi.  Pilu. Dunia akhirat kau darah dagingku.

DUNIA MENANGIS

Dunia sedang menangis Hari berganti dengan kematian Ditambah dengan manusia yang penuh sifat pentingkan diri sendiri. Ye. Dunia sedang menangis. Setahun berlalu, dia masih menangis Dulu. Tangis hampir terhenti Tapi diduga lagi dengan sifat manusia pentingkan diri Sampai bila? Siapa mangsa? Manusia juga. Hakikatnya sama Manusia menikam manusia. Yang jadi mangsa,  dunia. Siapa punca? Manusia. Sampai bila? Tanya pada DIA. DIA menegur untuk bukak mata tapi masih ramai yang pekakkan telinga butakan mata. Jangan pernah lupa atau putus minta pada DIA DIA punya penawar segala DIA tentukan segala DIA yang lebih berkuasa MOGA DUNIA KEMBALI CERIA, MALAYSIA KEMBALI BERTENAGA.

AQDAMSYR

Kadang, Manusia lebih memilih untuk berdoa di satu tempat yang lebih lapang, Sunyi tanpa ada bayang-bayang. Duduk. Diam.  Sambil mata terpejam. Dengan harapan, Angin membawa segala keinginan kepada Tuhan. Terdetik dihati, Mencari diri sendiri Yang hanyut dibawa pergi oleh insan pertama yang ada dihati. Bukan teman lelaki, Bukan sahabat sejati. Tapi dia yang menjaga diri ini. Bermati demi menjaga hati. Alfatihah buat bonda ku, Siti Mariam Binti Jaharah

Tamat

Assalammualaikum. Aku masuk lagi. Mungkin ini yang terakhir. Pada ada yang bertanya sebelum ini, betul ke BudakPEMALAS akan stop? Jawapannya ye. Akan aku terangkan satu satu. Untuk seketika, atau selamanya aku sendiri tak pasti Beberapa kekangan menyebabkan BudakPEMALAS harus stop menulis. Menulis semua benda. Padam semua nama. Stop semua nama. Pada nukilan yang telah dihasilkan. Simpan buat kenangan. Dan aku juga akan pandang semua sebagai satu kenangan. Kenangan yang sangat indah buat aku. Indah kerana segala rasa ada disitu. Semua cerita ada disitu. Pada lagu yang telah dikeluarkan, juga akan terus dimainkan. Oleh sesiapa sahaja, teruskan. Tidak akan aku minta untuk mereka stop kan semuanya. Tidak akan aku minta untuk menarik semuanya kembali. Macam aku cakap tadi, semua tu kenangan indah aku. Mendengar bait kata sendiri di nyanyikan membuatkan aku bahagia. Sebab ada cerita untuk semua benda. Pada individu yang terlibat, terima kasih untuk semua benda da...
Kadang Nyata Mata aku kabur Walhal Hanya pesanan mu ku akur Namun terjebak kehendak sementara. Macam pengecara tapi acara tak kena gaya Mungkin tidak mengenali,aku berkelahi Mungkin sering diadili, takut mendampingi
Assalammualaikum. Sekali lagi aku perlu hadap urusan dunia dengan sendiri. Sekali lagi aku diberi ujian besar. Sekali lagi aku terpaksa kuatkan hati aku sendiri. Sekali lagi. Terima kasih dtg, lalu pergi Terima kasih singgah, lalu berlalu Terima kasih beri kenangan, lalu meninggalkan. Terima kasih.

Selamat Berehat;

Assalammualaikum. Selamat berehat sahabat. Aku bakal rindu segala galanya. Aku bakal rasa segala galanya kembali. Aku bakal cuba untuk kuatkan diri semula. Aku akan cuba. Pertama. Aku terkedu. Kedua. Aku menyesal Ketiga. Aku tahu semua tak beri apa apa meaning pun. Kata orang. Kau orang yang baik baik Dan aku mengaku tu. Kau sangat baik. Takkan sikit aku lupa segala kebaikan yang dah kau beri. Takkan aku lupa semua benda yang dah berlaku. Berehatlah sahabat. Insha Allah doa aku ada untuk kau. Yang aku minta. Kau doakan aku untuk terus kuat menerima Semua ni. Sebab apa? Sebab kau antara orang penting yang ada Dalam diri aku. Selamat berehat, SAHABAT; Salam