Skip to main content

Tamat

Assalammualaikum.
Aku masuk lagi.
Mungkin ini yang terakhir.
Pada ada yang bertanya sebelum ini,
betul ke BudakPEMALAS akan stop?
Jawapannya ye.
Akan aku terangkan satu satu.
Untuk seketika, atau selamanya aku sendiri tak pasti
Beberapa kekangan menyebabkan BudakPEMALAS harus stop menulis.
Menulis semua benda.
Padam semua nama.
Stop semua nama.

Pada nukilan yang telah dihasilkan.
Simpan buat kenangan.
Dan aku juga akan pandang semua sebagai satu kenangan.
Kenangan yang sangat indah buat aku.
Indah kerana segala rasa ada disitu.
Semua cerita ada disitu.
Pada lagu yang telah dikeluarkan,
juga akan terus dimainkan.
Oleh sesiapa sahaja, teruskan.
Tidak akan aku minta untuk mereka stop kan semuanya.
Tidak akan aku minta untuk menarik semuanya kembali.
Macam aku cakap tadi,
semua tu kenangan indah aku.
Mendengar bait kata sendiri di nyanyikan membuatkan aku bahagia.
Sebab ada cerita untuk semua benda.
Pada individu yang terlibat,
terima kasih untuk semua benda dan usaha membawak naik nama tu.

Aku.
Serahkan sepenuhnya nama tu untuk digunakan.
Tiada sebarang claim akan aku buat.
Tiada sebarang isu akan aku suara kan.
Itu janji aku.
Ambil, dan jaga nama tu sebaiknya.
Hasilkan lah karya yang baik untuk industri
Hasilkan lah karya yang baik untuk anak muda.
Kita.
Ibarat cermin, baik yang kita perlihatkan buat mereka.
Baik jugalah hasilnya yang mereka nampak.
Jaga segalanya baik baik.
Untuk individu yang mengambil naskah.
Jika ingin terus menggunakan nama itu,
sama.
Teruskanlah.
Tiada apa apa isu juga bakal aku suarakan.

Telah aku halalkan segala lebih kurang sepanjang aku terlibat dengan penulisan.
Telah aku ikhlaskan segala galanya.

..........................................................................

Sejujurnya.
Berat untuk aku berhenti dari menulis.
Tapi.
Tiba masanya untuk aku mencari diri aku sendiri dengan cara yang lain.
Tiba masanya untuk aku melangkah pergi dari dunia ni.
Tiba masanya aku merahsiakan segala galanya tentang aku.
Pada mereka yang tiada, tak perlu lagi tahu tentang aku.
Aku mungkin perlu sedikit privacy.
Maaf.
Aku akan kembali menulis.
Aku akan kembali berkarya.
Aku akan kembali seperti sebelum ni.
Tapi, suatu masa nanti.
Setelah aku jumpa sebenar benarnya diri aku.
Setelah aku jumpa apa yang aku cari dalam hidup aku.

Dekat sini,
aku nak ucapkan banyak banyak terima kasih pada sesiapa
sahaja yang pernah singgah di BudakPEMALAS.
dan pernah ambik tahu tentang keadaan BudakPEMALAS.
Dan paling aku berterima kasih, pada mereka yang mendoakan
keadaan BudakPEMALAS sepanjang dia tidur lama.
Terima kasih banyak-banyak.
Hanya Allah yang dapat balas segalanya.
Pada nama nama yang pernah disebut didalam ni.
Terima kasih kerana pernah wujud dalam hidup BudakPEMALAS.
Tak kisah sama ada kenangan manis atau pahit.
Yang pasti nya terima kasih juga aku berikan.
Sesungguhnya BudakPEMALAS belajar segalanya dari setiap perkenalan tersebut.
Terima Kasih.

Ini sahaja dari Aku,
BudakPEMALAS.

Salam.

Comments

Popular posts from this blog

Bawa Kembali

Tiba satu saat terfikir untuk menyerah Mengangkat tangan tanda aku tewas Tewas dengan pencaturan dunia Melihat manusia yang datang dan pergi dari hidup Membiarkan diri terus terumbang ambing Mencari jalan hidup sendiri Sedang diri memerlukan tangan tangan yang menghulur Terima kasih pada yang menghulur tangan kosong Yang memberi satu pengajaran dalam hidup Yang mengajar pelbagai cara bagaimana menjadi susah Susah menjadi manusia anak kepada Zainal Abidin Tika diri mahu mati Di biar tinggal sendiri membiarkan luka dan segala darah terus mengalir luka ini bakal busuk dan aku bakal terus pergi Pergi bertemu kekasih atau teman yang paling setia mendengar segala keluhan aku Mendengar segala rintihan aku Yang tidak pernah meninggalkan aku walau sesaat Yang tidak pernah alpa pada aku walau sesaat Yang sering memberi aku kekuatan saat diri terus Lalai dengan segala perintah nya Ya aku yang alpa Aku yang leka Aku yang membuang dia suatu ketika dulu Tuhan bawa aku kem...

Alhamdulillah!

Assalammualaikum esya! heyy!! semua nye dh berjln ngan lancar..alhamdulillah! esya...qid happy sgt skng!... sbb org yg slalu ngan qid..yg slalu support qid setia tunggu qid kat sni.. sedar2 jeee qid..dowg ade depan mate qid pagi tdi.. qid thu knp jasad qid ni bertenaga sgt! mungkin sbb dowg ade depan qid support qid kott tuh yg memberi semangat buat qid... thankz mama,ayah...abg..sis and ira dan remy!! aku syg kowg sgt2... even kowg marah aku..even kowg benci aku... kowg masih ade kat sni blerr dgr sesuatu jadi kat aku kannn.. thankz kawan! tq so muchhh!!! semalam qid masuk bilik azap uhh tepat pukul 10 malm... ikot kannn masuk awal dlm pkul 7 lebih..tapi th mcm mane bleh tekanan drh tinggi and sesak nafas... qid tk thu knp! and last2 pk cu bg ubt tido then qid tido! dowg kte qid masuk pkul 10 kuar dlm pkul 12 lebih... pak cu sendiri ckp mcm ni " tk thu knp kli ni kau blh sedar awal.dan thu knp smlm semua nye berlaku cepat.kau pun nampak mcm xde pape.....
Assalammualaikum. Aku baru dapat call dari akak aku, Anak buah aku sekrang ada dekat hopital. Mungkin masalah jantung. Baby tu baru berusia tak sampai sebulan. To Nurul Ellydieyah Zara. Acu doakan awak cepat sembuh okey sayang. Acu dah pernah rasa apa yang awak rasa. Awak kena kuatkan je diri awak Percaya cakap Acu. Kalau awak kuat, awak boleh rasa semua apa yang acu dah rasa. Klo awak kuat, awak dh bsr nnti awak boleh buat apa sahaja yang awak nak. Kuat k sayang. Abang, Petang ni nanti aku nak gi kpj, Mybe aku kne stay situ kot kejap. Sebab nak masuk ubat. Aku tkthu bila aku nak ke IJN semula. Aku rasa malas plak. Tapi bila aku malas, yang tanggung sakit dia aku. Disebabkan aku nak gi kpj hri ni. Semalam aku skip class untuk setel semua benda. Aku pergi pjbt pos, aku pergi jpj, aku pergi kem. And pg ni pukul 9 aku dh pusing ipoh untk cri bengkel2 Yang bukak. Hope lepas masuk ubat ni badan aku x sakit da. Sebab dua tige hari ni badan aku sakitt saja. dekat ...