Skip to main content

Posts

Assalammualaikum. Sekali lagi aku perlu hadap urusan dunia dengan sendiri. Sekali lagi aku diberi ujian besar. Sekali lagi aku terpaksa kuatkan hati aku sendiri. Sekali lagi. Terima kasih dtg, lalu pergi Terima kasih singgah, lalu berlalu Terima kasih beri kenangan, lalu meninggalkan. Terima kasih.

Selamat Berehat;

Assalammualaikum. Selamat berehat sahabat. Aku bakal rindu segala galanya. Aku bakal rasa segala galanya kembali. Aku bakal cuba untuk kuatkan diri semula. Aku akan cuba. Pertama. Aku terkedu. Kedua. Aku menyesal Ketiga. Aku tahu semua tak beri apa apa meaning pun. Kata orang. Kau orang yang baik baik Dan aku mengaku tu. Kau sangat baik. Takkan sikit aku lupa segala kebaikan yang dah kau beri. Takkan aku lupa semua benda yang dah berlaku. Berehatlah sahabat. Insha Allah doa aku ada untuk kau. Yang aku minta. Kau doakan aku untuk terus kuat menerima Semua ni. Sebab apa? Sebab kau antara orang penting yang ada Dalam diri aku. Selamat berehat, SAHABAT; Salam
Assalammualaikum Bermain dengan perasaan sendiri tu sangat sakit. Berhadapan dengan satu keadaan yang mengimbau kenangan itu juga sakit. Inikan pula, berada dan hidup dalam tempat yang penuh dengan kenangan. Lagi pahit, apa bila kenangan itu adalah sejarah hitam Satu kenangan yang tak patut pun dilihat, dikenang lagi Tak patut pun untuk aku berada disini. Tapi. Aku merasakan sesuatu bakal berlaku. Aku merasakan ianya bukan yang indah Aku tak pasti apa. Tapi firasat aku jrang silap. Semoga yg baik baik sahaja

Pergi.

Assalammualaikum. Satu step dah aku lakukan untuk terus membuat keputusan. Sakit. Memang sakit untuk membuat keputusan. Sakit lagi untuk aku stay disini lama2. Semoga aku kuat untuk terus membuat keputusan. Semoga keputusan aku ni betul. SemogĂ  Allah sentiasa bersama aku setelah aku membuat keputusan. Semoga Dia permudahkan semuanya. Aku harap sangat. Bukan mudah aku untuk decide semuanya. Tak mudah. Tika ni aku membuat decide juga setelah aku jatuh terduduk lagi sekali dan aku perlu segera Pergi dari sini. Kalau tidak. Jiwa aku makin melarat. Semoga baik2 sahaja untuk semua orang. Semoga aku terus kuat. Allah bersama aku, insya Allah.

Part of my family

Assalammualaikum. Seperti biasa. Menulis denga hati yang kosong. Tapi, ada sedikit sedih. Seperti biasa juga, Aku harus merasakan satu perasaan yg sering aku hadapi. Tapi, Tiap kali perasaan ni sampai, aku tetap tidak teguh. Hampir dua bula perkenalan. Bermacam2 benda diharungi. Bermacam2 kenangan bersama. Bermacam2 benda dikongsi, Dan bermacam2 perasaan yang datang Tapi akhirnya Aku perlu mengundur diri. Atau kata lain. Aku melupakan semuanya. Sejujurnya, 2 bulan kebelakangan ni memberi aku semangat yang kuat untuk harungi penyakit yang aku hadapi. Aku merasakan ada yang menyayangi. Aku merasakan, aku perlu berlawan untuk mereka. Aku rasakan aku kena teguh untuk mereka. Tapi Berakhir dah semuanya. Semua kenangan yang ada, aku perlu simpan erat2 dalam hati dan fikiran aku. Seperti biasa. Aku tak rela, sebab? Untuk aku lupakan dengan mudah orang yang pernah wujud dalam hidup aku tu, tak mungkin. Walau aku hanya kenal mereka untuk 2 bulan, Tapi 2 tahun bel...

Jodoh Orang

Kamu pacaran dengan ku Tapi nikah dengan dia Berjanji bertemu dipelaminan Nyatanya ku hanya jadi tamu undangan-- Dulu aku kau panggil sayang Sekarang ku hanya jadi mantan Berjanji untuk sehidup semati Nyatanya kamu hidup, aku yang mati Kau kirimkan undangan yang bertulis nama mu Tak habis fikirku kau trima lamaran dia Baru kini ku sedari ternyata slama ini yang ku sayang yang ku jaga ternyata jodohnya orang-- Maafkan aku sayang ku Ku tak bisa apa2 Kerana ini semua kehendak orang tua ku.