Skip to main content

Part of my family

Assalammualaikum.
Seperti biasa.
Menulis denga hati yang kosong.
Tapi, ada sedikit sedih.

Seperti biasa juga,
Aku harus merasakan satu perasaan yg sering aku hadapi.
Tapi,
Tiap kali perasaan ni sampai, aku tetap tidak teguh.
Hampir dua bula perkenalan.
Bermacam2 benda diharungi.
Bermacam2 kenangan bersama.
Bermacam2 benda dikongsi,
Dan bermacam2 perasaan yang datang
Tapi akhirnya
Aku perlu mengundur diri.
Atau kata lain.
Aku melupakan semuanya.

Sejujurnya,
2 bulan kebelakangan ni memberi aku semangat
yang kuat untuk harungi penyakit yang aku hadapi.
Aku merasakan ada yang menyayangi.
Aku merasakan, aku perlu berlawan untuk mereka.
Aku rasakan aku kena teguh untuk mereka.
Tapi
Berakhir dah semuanya.
Semua kenangan yang ada, aku perlu simpan erat2 dalam hati dan fikiran aku.
Seperti biasa.
Aku tak rela, sebab?
Untuk aku lupakan dengan mudah orang yang pernah wujud dalam hidup aku tu, tak mungkin.
Walau aku hanya kenal mereka untuk 2 bulan,
Tapi 2 tahun belum tentu aku dapat melukana mereka.
Belum tentu

Sebab ni aku benci untuk rapat dengan orang.
Sebab aku tahu kelemahan aku
Aku tahu aku susah nak lupa orang.
Tapi.
Ini jalan terbaik.
Diminta. Aku buat.

Semoga kalian2 yang rapat dengan aku 2 bulan kebelakangan ni terus dilindungi oleh-Nya.
Insha Allah.

Satu kalian harus tahu,
Tika dan saat aku menulis ni, nama kalian berlima ada di tempat paling tinggi dalam hati aku.
Terima kasih pernah menerima aku sebagai keluarga.
Terima kasih pernah mengutip aku.
Terima kasih kerana memberi kasih.
Terima kasih nenjaga aku saat aku sakit.
Terima kasih untuk semua benda.

Salam

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.