Skip to main content

Singgah

Assalammualaikum.
Lama sudah aku meninggalkan ruang ini
Membiarkan mereka bertanya dan mencari, dimana Pit?
Dimana Qid?
Sudah lama aku tidak diberi masa untuk menulis.

Hidup aku masih sama seperti sebelum ini,
Seperti langit yang kadang cerah dan kadang gelap.
Apa yang aku inginkan dan apa yang aku impikan tak semuanya mampu aku kecapi
Kadang aku hanya membiarkan diri aku terus hanyut tanpa sebarang tindakkan.
Seperti langit, yang hanya membiarkan hujan turun selebat lebatnya
dan biar banjir taufan berlaku.
Hakikat yang harus aku terima kini adalah redha.
Redha atas segala benda yang sedang berlaku atau bakal berlaku.
Dan aku harus selalu kena ingat,
keajaiban Tuhan itu sentiasa ada.

3 kali aku diberi peluang.
Dan kali ini, aku harus berlawan sehabisnya.
2 kali aku sendiri,
dan kali ni, aku juga harus terus kuat sendiri.
Kekuatan adalah apabila aku memikirkan perkara2 yang ingin aku lakukan
setelah segala galanya selesai.
Hanya itu.

Firstly,
Thankz untuk mereka yang bertanya keadaana aku
setelah aku senyap untuk seketika.
Aku pernah katakan,
aku bakal kembali menulis setelah semua selesai.
Aku akan kembali menaip setelah semuanya clear.
Aku akan kembali sepenuhnya.
Bukan sekarang.
Tapi satu hari nanti.

Untuk semua yang membaca,
Doakan kesihatan aku terus baik.
Doakan aku terus diberi kekuatan
Doakan aku terus diberi ruang untuk menulis kembali.

Semoga. Allah rahmati kalian semua.
Semoga. Allah menjaga kalian semua.

Salam

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.