Skip to main content

Remy..

Assalammualaikum.

Remy
Aku masih menanti kehadiran kau
Menanti kau untuk datang teman aku
Teman aku lalui semua ni
Teman aku masa kimo
Teman aku tiap malam dekat hospital
Aku masih mengharapkan semua tu Remy.

Ajam takde sekarang.
Dia busy kerja.
Paklang je kadang datang hantar makan.
Mereka semua busy kerja, Remy
Busy cari duit untuk tolong aku
Busy cari duit bayar treatment aku

Terima Kasih Remy,
terima kasih untuk semua lagu yang kau siapkan
sebelum kau meninggal.
Sebab dengan duit duit tu lah aku guna sekarang untuk bayar treatment aku
Kau takda Remy.
Tapi jasa kau sentiasa ada.
Terima kasih sangat.

Aku tahu, sekarang ni aku tak patut fikir benda benda tak sepatutnya
Tapi,
Perasaan aku ni aku tak boleh nak tipu.
Sehingga sekarang aku masih menanti
Bonda, Walid untuk jaga aku
Jaga aku seperti anak mereka
Jaga aku seperti mana semua anak rasa bila ada keluarga.

Keluarga aku hanya Ajam, Paklang and geng diorang.
Dan aku juga hanya ada Along sebagai keluarga aku.
Tapi.
Masih sama.
Ajam, Paklang semua tu tak bleh kerap ke hospital.
Takut jadi isu macam hari tu.
Along pulak jauh.
Dan akhirnya aku sendiri.

Remy.
Aku masih menunggu kau.
Mereka bukan darah daging aku.
Tapi kau darah daging aku.

Aku tahu, penantian aku sia sia.

Doakan aku terus kuat.
Kuat lalui semua ni tanpa keluarga.

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.