Skip to main content

27 October 2017

27 October 2017
Aqid Amsyar atau nama pena BudakPemalas masih lena dibuai mimpi sejak 2th Oktober 2017.

Aku orang yang bertanggungjawab menjaga dan beri kasih sayang sepenuhnya buat dia. Cukup kenal aku sebagai Ajam.

Meninggalkan cerita disini bukan ingin menarik follower blog nie. Tapi wujudnya aku disini untuk memberi dia melihat apa yang sedang berlaku sekarang. Benar.
Dia tidak dapat membaca sambil lena.
Tapi aku pasti, disini tujuan pertama dia apabila di alam maya.

Hari nie aku masih menanti khabar sedarnya dia. Walau jarak antara aku dengan dia sangat jauh sekarang, aku menanti panggilan.

Menjadi persoalan aku sekarang, mana darah daging dia? Mana sahabat dia? Mana orang yang dia tak pernah tinggalkan? Mana?

Benda yang paling membuat aku kecewa apabila wujud manusia yang menabur fitnah ke atas dia. Apa silap dia?

Jangan berkata apa2 kalau tak tahu hujung pangkalnya. Aku, family aku, Roy (along dia) cuba sebaik mungkin pulihkan dia. Cuba jaga dia siang malam. Cuba kerah otak fikir mana yang terbaik untuk dia. Cuba kumpul duit bayar treatment dia. Tapi kalau wujud orang macam korang semua, sia2 usaha kami. Dia tak perlukan kawan2 yang plastik macam korang. Dan tak layak pun sebenarnya untuk dia berkawan dengan korang. Sebab dia seorang yang sangat sayang dengan kawan2 dia, cermin diri korang. Sama?

Jangan sebab benda kecik, aku buat dia benci korang semua. Dia ada perasaan, aku pun ada perasaan. Manusia yang tak reti nak faham masalah orang lain nie memang susah.
Dalam keadaan dia koma hampir sebulan nie korang boleh tuntut macam2, fitnah macam2 tanpa sikit pun tanya keadaan dia. Kawan jenis apa nie?

Fikir balik apa korang dah buat & aku juga minta doakan dia cepat sedar dan dapat lihat sendiri sikap korang. And settle segala benda yang patut dia selesaikan awal2.
Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.