Skip to main content

Bad News

Assalammualaikum

Abang,
Aku pergi hospital pagi tadi.
Jumpa doktor skali.
Aku tak tahu nak cerita kat siapa.
Dia cakap, treatment yang first ni hanya bbrapa percent je yang ok.
Dan dia suggestkan buat treatment ke dua lepas setel yg nie.
Treatment yg ni habis minggu depan.
Lepas tu nak kne buat lagi skali?
Aku tak cakap apa lagi
Aku cuma cakap, nanti aku bgi tahu balik.
Aku cakap aku kne bincang dengan family.
Bila aku sampai rumah.
Aku nangis,
Kosong.
Rumah kosong
Aku terfikir, family?
Aku takde family.
Macammane aku nak bicang dengan family

Aku tahu, kalau aku bagitahu Ajam ke Along ke atau Syid
Dorang mesti suruh aku proceed gak treatment ke dua tu.
Aku yakin sangat.
Tapi, Aku mcm mane??
Effect yang skang ni pun aku tak tahan dah.
Ni nak tambah lagi?
Aku penat.
Baru nak sihat sikit, dh kne buat treatment lagi,
Lepas tu sakit balik.
Bila dh nak okey, kne wat lagi.
Sumpah, aku penat.
Aku nak rehat.

Abang,
Aku tak tahu mana yang terbaik untuk aku abang
Apa yang aku patut buat.
 Aku tak tahu.
Aku buntu
Aku hilanggg apa yang patut aku buat.
Aku tak nak ajam risau lagi pasal aku.
Aku taknak Along sesusah lagi sebab aku.
Aku nak tengok orang sekeliling akuu happy senyummm sajaa bila dengan aku
Aku tak nak tngok muka risau diorang lagi.
Aku tak nak abang.
Aku kuat ke abang?
Aku selalu cakap dengan kau, aku tahu aku kuat;
Tapi skang ni aku nak tanya, Aku kuat ke abang??
Aku sendiri tak tahu.

Moga aku dapat buat keputasan yang terbaikk untuk diri aku sendiri
Mudah mudahan.

Salam

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.