Skip to main content

Aku kena kuat,kan?

Assalammualaikum.
Rasanya lama aku tk menulis.
Kalau singgah hanya berapa kerat sahaja yang aku kata kan
Itu pun hanya mengeluh.
Tiada luahan rasa gembira.
Tiada kata bersyukur
Dan hari ni.
Aku kembali.
Rindu menjadi BudakPEMALAS.
Ramai yang bertanya.
Apa jadi BudakPEMALAS?
dan aku hanya tersenyum memberi jawapan.

Sekarang aku ade kat Ipoh.
Aku tak kerja dah. Cuti tanpa gaji.
Cuti hanya untuk rehat kan diri dengan penyakit yang aku hadapi.
Aku tahu aku kuat.
Dan aku tahu, aku kena kuat.
Depan siapa pun sekarang ni, aku tersenyum saja.
Cuba sembunyikan segala rasa sakit,
Cuba tidak kelihatan murung
Dan aku cuba untuk buat mereka tidak bertanya apa2 tentang sakit aku.
Macam korang tahu, aku tak suka orang terlalu mengambil berat tentang aku.
Nanti aku jatuh, aku tak kuat dah.
Jadi biar aku sendiri kuatkan diri aku.
Sebab aku tahu, semua orang yang ada diseliling aku skang, tak selamanya dengan aku.
Jadi tak salahkan aku latih diri untuk sendiri, kan?

Minggu lalu aku jumpa Add, jumpa Ira, jumpa Ash.
Aku rindu diri aku yang dulu.
Mereka tak tahu apa.
Dan aku harap aku dpt jumpa mereka lagi.

Sekarang ni setiap pagi aku akan pergi hospital untuk masuk ubat mcm dulu.
Sakit.
Memang sakit.
Tapi aku boleh buat apa? aku taknak kimo.
Aku taknak tubuh aku makin susut dan rambut aku tiada.
Aku taknak berat aku turun.
Aku taknak siapaa pun syak yang aku tak sihat.
Aku kena kuat, kan?

Makan.
Sekarang benda utama aku tak boleh makan
adalah Nasi.
Macam dulu.
aku tak boleh makan nasi hampir setahun.
Masa masuk ubat, kebiasaannya aku akan menahan sakit pedih ubat yan mengalir masuk
ke tubuh aku.
Dan dalam masa yang sama, aku akan kena muntah2 masa masuk ubat.
Dan balik dari hosptal, aku akan tidur sampai aku segar semula.
Lepas tu, aku akan pastikan aku makan mcm mcm.
Sebab apa?
Sebab aku tak berat aku turun.
Aku taknak ada yang tanya "kenapa kau mcm susut sikit?"
Dulu, masa masuk sem, ramai kawan2 yang kenal masa aku diploma tanya knp nampak sust badan.
Sampai lecture diploma pun tanya.
And sekarang. Aku nak bagiii berat aku naik balik.
Aku taknak nampak sakit.
Aku kena kuat kan?

Selalunya lepas keluar makan, aku akan balik makan ubat tahan muntah.
Sebab aku tahu, aku mesti akan kena muntah2...
Aku dah penat sebenarnya.
Penat berlakon depan semua orang yang aku kuat.
Tapi aku takde pilihan.
Aku taknak orang tahu semuanya.
Sebab aku tahu, aku blh kuat, kan?

Hujung bulan ni, aku start sem dah.
Aku dapat rasa sem ni aku x mcm sem lepas.
Lepak 24/7
Aku rasa aku banyak dekat rumah nanti.
Aku sendiri tak thu kenapa aku menjauhkan diri dari semua orang.
Aku tak tahu apa yang aku nak sebenarnya.
Kadang, aku rasa aku duduk sorang2 lagi baik dari aku duduk lepak dengan mereka.
Sebab aku taknak tipu mereka lgi.
Aku penat.
Penat nak berlakon aku kuat.
Penat nak menahan sakit depan mereka.

Tuhan.
Aku masih mencuba untuk terus kuat.
Bantu aku wahai Tuhan.
Aku kena kuat.
Apa pun jadi skali pun aku kene kuat..
Terima Kasih tuhan untuk semua ujian ni.
Aku tahu aku mampu, sebab tu kau uji aku,kan?
Hanya satu aku minta wahai Tuhan.
Beri aku kekuatan tika berada dihadapan mereka semua nanti.
okey?

Salam

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.