Skip to main content

Semua

Assalammualaikum
Walid.
Terima kasih kerana mengajar diri ni rasa susah.
Memang adik rasa susah sangat skng ni.
Dan masih bertahan tk minta sesen pun dekat walid.
Dengan repair moto tah berapa kali tah.
Naik moto dalam hujan pergi setelkan kerja.
Dengan pergi chemor naik teksi duit tk cukup,
Then pinjam pada umi.
Makan tkde duit cash.
Bertahan lapar hanya Sebab tkde cash.
Terima kasih bagi rasa ni semua.

Kadang adik malu dengan kawan kawan.
Kadang adik terfikir, bukan adik x mampu.
Tp sebab walid ingin biar adik rasa susah.
Adik jd mcm ni.
Bertebal muka dengan semua orang.
Bila nak habis ni semua eh?
Adik pusing ipoh dengan moto yang mcm besi buruk tu.
Adik nangis sensowg.
Tanya pada diri.
Kenapa adik mcm ni?
moto tu.
Sampai malu nak bawak.
Tp adik kena bawak , sebab tknak jd mcm hri tu masa dlm teksi.
Tk siapa thu kan apa yg jadi?
Adik bawak juga moto tu walid.
Repair itu ini.
Even adik kena maki teruk dengan along sebab repair gi sendiri.
Sebab pergi tk menyempat.
Tapi..nak buat mcm mne?
Adik kena pergi sendiri.
sebab adik xnak duit ni habis mcm air.
kadang rasa rugi ambik moto ni
Bayar duit moto, byr puspakom, repair lgi.
Mmmmm tp nk buat mcm mane.
Moto besar besar kt rumah tu walid beli mmg nk buat perhiasan kan??
Kereta besar besar kt rumah tu walid beli mmg nk simpan je kan? Tk pun bg driver je.
Kan? Tkpe walid.
Adik faham.
Adik tkpenting mcm kak qis, mcm kak nurul,mcm abg shuk. Mcm abang abang ipar adik yang lain.
dan adik thu, adik tk sehebat mereka, adik tk sepandai mereka.
Dan adik tk sebaik mereka.
Sebab tu tk pernah siapa pun peduli tentang mati hidup adik kan?
Adik ingat semua nya. Adik tahu semuanya. Dan adik faham.
Adik xde siapa pun dlm hidup ni.
Melainkan Tuhan.
DIA saja sentiasa ada..
kawan?
Ramai sangat yang plastik.
Tkpe . Adik faham. Adk bukan siapa siapa..

Terima kasih eh untuk semua.
Terima kasih sangat

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.