Skip to main content

Penat

Sekarang pukul 3.30 pagi
Dapat call bilik kena pecah masuk lagi sekali.
Boleh korang bayangkan apa aku rasa sekarang ni?
Dalam masa x sampai sebulan, tiga kali bilik di pecah masuk
Dan kali ni barang yang di ambil adalah hadiah dari walid
Hadiah dari dia masa aku berumur 16 tahun
Hadiah paling aku sayang.
Sebab nak dapatkan hadiah tu dulu aku kena macam macam dengan walid
Aku kena kurung dekat bilik kerja dia.
Aku tak boleh kuar rumah
Lappy, game semua dia ambil
hanya sebab nak aku lulus peperiksaan masa tu..
Hanya sebab nak aku dapat A dalam math ketika tu.
Aku di tengking oleh abang
Aku di maki oleh abang hanya sebab Math aku teruk masa tu
And guitar tu juga di tempah khas mengikut design yang aku nak.
Aku sayang sangat wehhhh...
Aku tak tahu nak mengadu pada siapa.
Aku tak tahu nak luahkan sedih aku pada siapa
Jujur aku terkilan benda tu yang di ambil.
Sejauh mana pun aku pergi, semarah mana pun aku pada walid,
Guitar tu yang aku akan bawak kemana saja.
Hanya guitar tu.

Kepada pencuri tersebut.
Aku rasa aku tak buat salah apa dengan kamu
Dan aku tak kenal pun siapa kamu.
Tapi kenapa harus buat aku mcm ni untuk kali ketiga?
Apa silap aku?

Dah terlalu banyak benda yang jadi sekarang ni
terlalu banyak
jangan tanya kenapa kalau kalau lepas ni aku tak lagi seperti sebelum ni
jangan tanya kenapa aku x seceria selalu
jangan tanya kenapa aku kembali mendiamkan diri
membisukan mulut sendiri.
Aku nak lari dari semua ni.
Aku nak lari dari semua orang
Aku tak mahu kenal atau tahu seorang pun orang orang yang aku kenal sebelum ni
Aku nak sendiri.
Aku hanya nak abang.
itu sahaja

Segarang abang aku,sebenci mana pun aku pada abang
dia sahaja yang mampu menenangkan aku sekarang

Aku harap esok takde lagi benda yang serabutkan kepala aku terjadi lagi
Sebab aku dah terlalu penat nak hadap semua benda.
Dengan sakit aku, dengan assignment, dengan family, dengan kawan kawan sekeliling aku.
Aku penat.
Itu je.

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.