Skip to main content

Along lagi

Makin aku kira hari hari yang bakal tiba,
menitik je airmata mengalir.
makin hati tisu aku ni
kenapa?
Remy tanya, "mana cousin aku yg senyum je dengan semua benda?"
dia selalu tny mcm tu.
dan aku sendiri dah hilang diri aku sendiri.
aku tk tahu mana hilangnya aku yang dulu.

Dua hari lepas aku msg2 dengan along.
bunyik macam biasa kan?
tapi kali ni msg yang luar biasa.
kenapa?
entahlah. mungkin dua dua ada terkecik hati.
mungkin dua dua ade simpan apa yang terbuku at hati.
hari sebelumnya along msg,tanya
"ko ada tacing dengan aku ke?"
dan aku jawab tak.
dia tny dua tige kali, dan jawapan aku masih sama.
esok nya, aku nak msg dengan dia.
tapi aku tak tahu apa yang aku nak cakap.
aku tegur saja dia.
aku cakap,
aku saja je tegur dia.
okey lah. takpe.
lepas lama tu dia msg, tanya aku nak pkai duit ke?
aku jawab tak.
then aku terus tanya dia apa aku rasa.
aku tanya "kenapa aku rasa ko marah aku eh? aku ada buat silap ke?"
then dia jawab benda yang sama malam yang dia tanya aku tu.
lepas aku serius, die kata takde apa.
die tnya da kenapa dengan aku.
aku terus terang la. lepas tu boleh plak dia cakap aku yang tgh marah kat dia.
dan msa tu aku kata "mrah takde, kecik hati ada la kot"
dia tanya punya tanya kenapa aku kecik hati nan dia.
aku tak boleh nak kata masa tu.
memang banyak yang aku nak cakap. tapi aku tak thu mana puncanya masa tu.
bila dia cakap "aku dah lain ke?"
terus aku jwb yer.
memang bg aku dia dah lain.
bila dia tnya kenapa, aku takde jawapan.
bodohnya aku.
die kata lagi yang dlu dia student, skang dah kije.mungkin sebb tu jarang lepak dah.
mmmm tapi bukan sebab tu aku kecik hati.
dan bukan sebab dia slalu perli aku.
tibe tibe aku jawab "aku rasa kau cri aku masa susah je"
sumpah aku menyesal kata mcm tu.
aku dah cakap, jangan bagi aku tulis dekat msg.
sebab lain tanggapan nye nanti.
then die gelak.
dia kata die cri aku masa susah sbb awex die jauh la, itu la ini laa..
pajang msg die hantar masa tu.
panjang sangat.
dan setiap msg yang masuk tu buat aku mengalirkan air mata.
aku menyesal cakap mcm tu.
mcm mcm perasaan aku rasa tika itu.
dan bila dia ckp "lau itu yg kmo rasa, takpelah. sorry susahkan kau"
dan masa tu deras sangat airmata ni keluar.
hanya satu aku fikir.
aku tak nak hilang abang.
bila dia sebut semua benda...
semua yang aku pernah tlg dia... aku rasa menyesal sangat apa yang aku ckp.
dan klo boleh putar masa, aku takkan start conversation tu.
kadang aku ingt msg2 tu, aku rasa mcm peperangan.
aku tembak dia. dia tembak berdas das kat aku.
dan aku terkedu bila dia ckp "so, apa lg aku berubah di mata kamu?"
entah lah...
klo boleh masa tu aku nak sangat jumpa dia..
setel semua depan depan.

dan sekarang along aku nak cakap,
aku nak kamu tahu yang aku cakap mcm tu bukan sebab aku tak mahu ada
masa kamu susah lagi...
bukan aku tak mahu tolong kmu lagi..
tapi aku nak kamu tahu apa aku rasa.
sebab akhir akhir ni aku rasa aku dengan kamu dah tk serapat macam lima enam bulan yang lepas.
tak along.
kita msg pun selalu tergantung.
kadang aku msg, kmu baca kamu tk balas.
kadang kamu msg, aku pulak tak balas.
dan bila jumpa.
kadang aku rasa janggal sangat dengan kamu.
dan kadang aku rasa rapat sangat dengan kamu mcm b4 ni.
dan mcm aku cakap.
aku rindu kamu.
aku rindu sangat.
rindu mesg kmu.
rindu nak spam kmu.
rindu nak buat kmu rasa annoying dengan aku.
rindu nak tarik2 rambut kamu..
dan bila kamu tanya aku "kamu pernah pikir tak kamu yang berubah?"
dan ye aku mengaku aku mula berubah.
aku tak luah mcm2 dengan kamu mcm dlu.
aku tak mengadu dekat kamu mcm sebelum ni.
aku tak infom kamu mana saja aku pergi mcm sebelum ni.
kamu tahu kenapa sebab kadang aku rasa mcm tak perlu.
kadang aku rasa aku mcm mengganggu kamu.
dan kadang aku rasa, kamu nak tahu ke?
sebab tu aku infom kamu bila aku nk gi jauh je ke.
ape ke.
dan ye betul kata kamu, aku berubah lepas kamu baca blog aku.
aku dah x mengadu mcm mcm dengan kamu.
kamu nak thu masalah aku pun, kmu thu dri blog.
maaf kan aku along.
aku nak sangat story masalah aku dekat kamu mcm sebelum ni.
tapi aku dh serik lah.
serik sebab aku tk nak tgk kamu berfikirkan masalah aku.
sedangkan kmu ada mslh kamu sendiri.
kmu ade hal kamu sendiri.
dan aku akan rasa bersalah klo aku cerita pada kamu.
aku harap lepas aku bgtahu apa aku rasa and lepas kamu bgtahu apa kmu rasa.
aku dengan kamu tk bertambah renggang.
aku taknak kmu hilang mcm kawan kawan aku yang lain.
aku tak mahu kamu pergi mcm kawan kawan aku yang lain.
aku sayang kamu.
sama mcm aku sayang family aku.
bonda dan walid aku.
adik beradik aku.
okey along.?
dan jangan salah anggap dengan apa yang aku bagi tahu.
itu hanya rasa aku.
aku tahu kmu mcm mana.
maafkan aku klo kmo terasa.
maafkan aku klo kmo kecik hati dengan apa saja yang aku cakap.

malam tu kami msg sampai lah aku tertido.
penat mengalirkan air mata.
kenapa aku nngis?
sebab dulu dengan wani kmi selalu cakap mcm ni, luah apa yang kami tk puas hati.
sebab tu lama kami berkawan.
cuma sekarang, masing2 hilang.
aku rindu wani.
rindu kawan aku yang dengar smua masalah aku dulu.
dan sekarang aku harap along tak hilang mcm wani hilang.
along tak tinggalkan aku tiba2 mcm tu.
along tak buang aku terus mcm tu.
sebab skang ni die sorng je kawan, teman, sahabat atau abang yang dengar semua mslh aku.
yang tahu masalah aku.
even benda kecil.

Abang.
mlm ni aku nak balik kl.
tapi ajam takde kat kl
ajam kat ganu.
ada event
mungkin mlm ni aku akan pusing2 saja kat kotaraya tu.
aku rindu kl, keluarga aku.
rindu?
tak penat ke ucap rindu?
selagi boleh rindu. biar lah.
sebab skng ni aku sendiri.
dan aku rindu semua.
SEMUA.

Salam

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen:Pengorbanan Seorang Guru

*mengisi ruang sunyi aku Setelah dimarah dan dipukul oleh abang,Aqid terus pergi ke bandar Seremban untuk berjumpa dengan kawan-kawannya.Ini kali pertama abang memukul dia.Dia merasakan dirinya tercabar setelah dipukul oleh abang.Aqid Amsyar adalah seorang pelajar perempuan yang menuntut di sebuah sekolah di Seremban.Aqid atau nama sebenarnya Siti Zuraidah telah mengubah identiti dirinya sejak berumur 12 tahun.Aqid merupakan anak bongsu dari 2 adik-beradik.Nama Siti Zuraidah Zainal telah ditukar sendiri menjadi Aqid Amsyar Zainal.Nama,diri dan percakapannya juga ditukar seperti seorang lelaki. "Zuraidah telah merokok didalam tandas sekolah pada waktu rehat tadi!!" kata-kata Cikgu Bob iaitu GPK HEM sekolah masih terngiang-ngiang di telinga abang.Kata-kata itu juga yang menyebabkan dia memukul adiknya sendiri menggunakan getah paip.Hal itu telah menyebabkan Aqid tidak pulang ke rumah sehingga larut malam.Jauh disudut hati abang,dia kesian melihat tangan dan kaki Aqid berb

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hingga kini

LEKA

Manusia takkan pernah puas Biar apa keinginan, walau besar mana dah digapai. Tetap, Tidak puas. Kau lupa matlamat hidup sebenarnya. Bukan untuk kaya, bukan untuk bergaya. Tapi untuk hidup yang selamanya.