Skip to main content

Terima Kasih

Assalammualaikum dunia.
Aku menulis lagi.
Menulis untuk menghilangkan ragu dihati.
Apa bakal terjadi?
Apa yang akan terjadi?
Aku tak pasti.
Perancangan atau pecaturan apa yang diberi aku pun tidak pasti.
Kata Ajrul  setiap ujian mesti bersebab.
Dan kini Ajrul aku masih menanti sebab sebabnya.
Kekuatan pada diri kian merundum.
Jatuh sejatuh jatuhnya.
Mengharapkan orang disekeliling.
Tapi hampa.
Pergi nya mereka tanpa kata.
Datangnya mereka dulu juga tanpa dipinta.
Fikiran masih berfikir
“Apakah ini dinamakan takdir?”
Jika iya.
Aku terima dengan lapang dada.

Cuba berdiam diri
Berfikir sedalam dalamnya kesalah diri
Tapi aku masih tidak menampakkan apa apa.
Apakah ini kerana aku masih bersikap ego?
Masih sombong diri?
Masih seperti dulu?
Aku tidak pasti.
Kalian yang melihat
Jadi biar kalian yang menghuraikan.

Diri terdiam saat Ajrul bertanya
“Ada mengadu pada Allah tak?”

Sejujurnya dia memang bertindak seperti abang.
Aku hargai itu. Dan aku bersyukur
Cuba berdiam diri untuk tidak terus berhubung hanya kerana
Aku tak mahu diri terus membayangi dia sebagai Arwah Izwan.
Arwah Izwan / abg wan yang suatu ketika dlu sering
Menasihatkan aku tentang agama.
Mengingatkan aku tentang agama.
Kini dia pengganti.
Terima kasih Tuhan.
Terima kasih kerana memberi aku kesempatan
Untuk terus merasai seperti adanya abg wan disisi.

Saat diri tersedar dia hanya seorang kawan yang
Baru aku kenal dalam 6 bulan kebelakangan ni
Aku berkata padanya “Thankz jadi abg aku walaupun kejap”
Dan dijawab “Sampai aku dapat cucu pun aku still abg kau”
Bersyukur skali lagi ketika itu.
Terima Kasih kerana memberi aku merasai kasih seorang abg.
Aku hargai.

Saat semua sibuk dengan ramadhan.
Saat semua tiada masa untuk aku.
Aku mencari dia, Along.
Dan aku harap suatu hari nanti aku ada saat dia dalam
Kesusahan.
Diri terlalu ingin membalas apa yang dilakukan.
Walau jauh.
Dia yang menemani aku.

Rutin aku kini hanya mengharapkan tersedarnya dari tidur aku dapat berlari.
Tapi itu hanya harapan.
Bila harapan itu bakal terlaksana aku sendiri takpasti.
Hanya perlu duduk berdiam dan terus berdoa.
Berdoa untuk terus diberi kekuatan.
Mental dan fizikal.
Diri kian malas untuk berhubung dengan sesiapa.
Diri kian malas untuk berbicara.
Hanya satu yang minta dari sang bapa
Beri aku sebatang pen dan buku kecil atau beri aku laptop.
Fikiran hanya mahu menulis.
Mencatat apa sahaja yang terlintas dikepala.
Meluahkan melalui tulisan.
Penat untuk berbicara.

Penat untuk berbicara
Atau hilang tempat berbicara?
Atau kedua duanya?
Hahaha aku pun tak pasti.
Dalam keadaan seperti ini
Terasa sedikit malu untuk berkawan.
Terasa malu untuk bergaul.
Terasa malu untuk mengadu.

Cukup.
mulai hari ini aku yang merasai
Tanpa sesiapa mengetahui.
Terima kasih pada insan insan yang pernah
Meminjamkan telinga buat aku.
Meminjamkan masa buat aku hanya untuk mendengar atau mengetahui segala
Masalah yang aku hadapi.
Terima kasih.

Mencuba menguatkan diri.
Dan bakal terus mengadu disini.
Aku yang dulu bakal kembali.
Maaf jika ada yang tidak senang.


Salam.

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.