Skip to main content

Mimpi?

Assalammualaikum.
Dunia penuh dengan persoalan dan teka teki.
Betul ke?
Dunia juga penuh dengan penipuan.
penipuan diri, emosi, atau apa saja.

Kenapa aku ke sini saat semua org sedang lena diulit mimpi?
kenapa aku masih menulis saat semua org masih belum celik.
Aku menulis mengikut rasa. menulis kerna rasa.
Bukan untuk sesiapa.

Atas nama Allah aku menyayanginya.
Aku tidak pernah mengukai org sebegini rupa.
Aku tak pernah mimpikan org yang aku suka.
Tapi dia hadir dalam mimpi aku.
Saat diri sedang mamai , wajah nya yang terpapar dalam
panggung mimpi ku.
Apa petandanya.
 2 hari aku termimpikannya.
Walau gila mana aku pada encik crush. tidak pernah sekali
encik crush  masuk dalam mimpi ku.
Tidak pernah sekali aku berdoa hanya kerana encik crush.
Tapi..
dia hadir dalam mimpi aku.
hati ini sering  nekad menyebut namanya disetiap doa ku.
Apa petandanya.
tersedar dari mimpi dalam keadaan hati yang berdebar.
Allah. jika dia buat ku erat kan lagi hubungan kami bila
kami bertemu nanti.
Allah. jika dia bukan untuk aku.. hentikan perasaan ini..
Aku tak mengharap. aku tak menaruh..
aku hanya ingin meluahkan rasa aku pada mu Allah...
Jika suatu hari nti dia milik aku, apa pun jadi dia tetap milik aku.

Apa jadi pada encik crush?
Siapa dia yang aku mimpikan?
Aku menghormati encik crush.
aku menyanjungi dia.
tapi aku harus membuka mata nak melihat pada diri sendiri.
Layak kah aku buat dia.?
jawapannya tidak...

Mengenali dia,
ramahnya dia..
jujurnya dia..
mencuit hati aku..
rasa ini indah saat ini..
aku akan terus menulis setiap
sambungan rasa ini.
Jika rasa ini terhenti suatu hari nanti aku masih
boleh melihat dari membaca posting ini.

Allah. makbulkan lah doa ku.
Kau sebaik baik perancang. baik untuk mu. 1000x baik untuk ku.
Amin...

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.