Skip to main content

Selamat rehat sham!

Assalammualaikum.
Aku menulis dengan membawa seribu kesedihan,
Aku menulis dengan membawa seribu perasaan.
Aku juga menulis dengan membawa seribu persoalan 
dalam kotak minda ini.
Sukar untuk menerima kenyataan.
Sekali lagi seorang insan yg aku sayang diambil, diragut dari hidup aku.
Sekali lagi juga aku terduduk menahan perit didada saat dia hilang sekelip mata.
Aku amat menyayanginya. Dia hidup aku. separuh jiwa aku turut dikuburkan bersamanya.

20tahun aku diatas bumi ini..
20tahun aku bernafas di atas bumi ini..
20tahun aku bersama dia diatas bumi ini..
kini sudah 2 hari die pergi meninggalkan aku.
pergi tanpa sebarang hint.
pergi tanpa dipaksa.
pergi tanpa direlakan.
pergi tanpa disuruh..

Apakah selama 20thun ini aku hanya tunggul kayu??
apakah selama 20tahun ini aku hanya jasad yang tak bernyawa??
sedangkan selama 20tahun ini aku sentiasa bersamanya...
segala apa yang minta semua aku lakukan
sedangkan selama 20tahun ini dia adalah tulang belakang aku.
apa yang aku ingin ditunaikan
tapi kenapa aku terus ditinggalkan begitu saja??
kenapa???
pergi tanpa beritahu aku.
Aku adik mu..
dunia akhirat..kau abang ku..

abang.
Tahu ape yang aku fikir masa cium kau buat kali terakhir?
tahu ape yang aku rasa mase cium kau buat kali terakhir?
Jantung aku ibarat terhenti saat wajah kau ditutup dgn kain putih tu.
Semua kenangan pahit manis kau bersama aku aku ingt.
satu persatu terlintas dikepala aku.lalu di kelopak mata aku.
Abang.
Kau membentuk aku menjadi manusia.
kau membentuk aku menjadi aku yang sekarang.
6 bulan je lagi bakal berakhir.
6 bulan je lagi aku bakal pegang diploma tu untuk bwak kepada ibu dan ayah..
tapi kemarin kau dh pergi...
tak sempat aku nk tunjuk pada kau yang aku juga mampu memegang segulung diploma
walaupun dari KOLEJ bukannya UNIVERSITY.
tak sempat aku nak tunjuk pada kau yang budak yang kau sepak terajang masa sekolah dulu dh berjaya pegang segulung diploma.
walaupun diploma. ia bermakna buat aku.aku tahu kau akan tersenyum nnti.


Damailah wahai abg ku.
rehat lah kau bersama dengan alang..
sampaikan salam rindu aku dan keluarga buat alang..
Aku akan merinduikau mcm mane aku rindu pada iwan dan naim.
Selamat berehat abangku.
tunggu aku dipadang masyar.
Terima kasih untuk semua tunjuk ajar.
terima kasih untuk semua didikan.
terimakasih untuk semua caci maki yg menguatkan aku.
aku syg kau abg.
damailah.



Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.