Skip to main content

~Negeri Sembilan Lagiii ..:))~


2011/02/03

Mahu NS kumpul banyak mata untuk kekal kelompok terbaik KEKALKAN prestasi cemerlang. Itu yang dituntut Wan Jamak Wan Hassan daripada pemain Negeri Sembilan untuk mengumpul sebanyak mungkin mata untuk memastikan cengkaman kukuh dalam kelompok terbaik carta Liga Super. Kelmarin, skuad bimbingannya mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan T-Team, 3-1, sekali gus mengumpul mata maksimum daripada dua perlawanan sebelum saingan ditangguhkan sempena cuti Tahun Baru Cina. Negeri Sembilan akan menentang Perak di Stadium Ipoh, 12 Februari ini.
Bagi pengendali berpengalaman itu, kemenangan malam kelmarin adalah sesuatu yang amat membanggakan namun pemain tidak boleh cepat berasa berbangga kerana saingan berprestij ini masih pada peringkat awal.
"Bagaimanapun saya tetap berpuas hati dengan persembahan malam ini (kelmarin) dan mengucapkan syabas kepada pemain kerana berjaya mempamerkan aksi cemerlang dan berjaya mencipta banyak peluang. "Ini berbanding perlawanan pertama bertemu Harimau Muda A, apabila barisan depan dilihat kurang menyerlah, tetapi berdasarkan aksi malam ini, pemain berjaya menunjukkan peningkatan dengan memanfaatkan peluang," katanya selepas perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. Menteri Besar merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan, ketika ditemui di Rembau semalam, turut memuji persembahan pemain skuad itu. "Jika skuad Harimau Muda A yang menjadi sandaran negara pada Sukan Olimpik 2012 mampu ditewaskan, ia petanda baik buat pasukan. Jika prestasi cemerlang dapat dikekalkan, Negeri Sembilan mampu melangkah lebih jauh musim ini," katanya. Dalam perlawanan sulung mereka, Negeri Sembilan menewaskan Harimau Muda A 1-0.

[FROM BHARIAN]

*harap2 skuad negeri sembilan akan bermain dgn lebih baik lagi...
:))

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.